Saturday, 28 December 2013

Lagenda: Ikon terawal Barcelona dari Filipina

Alcantara mendapat digelar 'Si Penghancur Gawang' disebabkan kederasan sepakannya
sehingga pernah dikhabarkan menyebabkan jaring gol bocor.

Pada 25 Februari 1912, seorang pemain berusia 15 tahun 18 bulan yang turun dalam penampilan sulungnya meledak hatrik untuk kelab bola sepak Barcelona menjadikan dia pemain termuda (rekod masih dipegang) penampilan sulung dan menjaring tiga gol dalam kemenangan 9-0.

Pemain ini bukanlah dari negara gergasi bola sepak dari benua Amerika Latin mahupun Eropah tetapi dari Filipina dan namanya adalah Paulino Alcantara.

Sebelum tiba lagenda dan ikon masa lalu gergasi Sepanyol itu seperti Cesar Rodroguez, Hristo Stoichkov, Johan Cruyff, Rivaldo, Michael Laudrup, Ronaldinho, Deco - Alcantara adalah antara bintang terawal kelab Blaugrana.

Antara penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu dengan catatan 369 dalam 357 penampilan, dikira termasuk gol kompetitif dan persahabatan untuk Barcelona.

Jika Lionel Messi kini penjaring terbanyak dalam sejarah Barcelona (dikira hanya dalam gol kompetitif) tetapi kini catatan Alcantara masih belum dipecahkan jika gol keseluruhannya iaitu 369 dicipta di antara tahun 1912 hingga 1927. Rekod ini dirujuk dalam arkib FC Barcelona di sini.

Selain itu, bintang bola sepak pertama dari Asia beraksi di Eropah itu juga memimpin dalam mencitpa rekod dunia dalam kemenangan 17-2 mengetuai Filipina melawan Jepun pada 1917.

Pemain kacukan Sepanyol 
dan Filipina ini memiliki 
369 gol untuk Barcelona.

Fenomena menakjubkan dicipta oleh pemain Filipina berdarah Sepanyol ini juga menjadikan dia ikon terawal kelab dan juga bakat dimilikinya tidak disangkal sebaik menjaring malah dengan tiga gol ketika penampilan sulung pada usia baru 15 tahun dalam perlawanan rasmi - satu pencapaian yang mengagumkan.

Dilahirkan di bandar Iloilo, Filipina dengan ayahnya seorang pegawai tentera Sepanyol manakala ibunya warganegara di tanah kelahirannya, sensasi remaja itu terbukti menjadi tokoh pelopor dalam satu perkara ini. Belum pernah lagi seorang pemain Asia mewakili sebuah kelab Eropah sebelum perpindahannya ke Sepanyol.

Alcantara masih berusia 19 tahun apabila membantu kelab Catalan itu menang gelaran Copa del Rey dan dua Campionat de Catalunyas sebelum kembali di negara kelahirannya selama dua tahun menambah pingat dalam koleksi peribadinya.

Pemergiannya serba sedikit terbukti menjadi kesukaran buat Barca apabila tidak menjulang apa-apa kejuaraan sejak ketiadaannya dan hanya apabila Alcantara kembali semula ke kelab itu zaman emas kelab itu bermula.

Dia bersara pada tahun 1927 untuk menjadi seorang doktor pada usia 31 tahun dan sudah mengumpul 17 gelaran dan pernah mewakili Sepanyol, Catalonia dan Filipina di peringkat antarabangsa dan mendapat gelaran 'El Romperedes' atau 'Trencaxarxes' (Si Penghancur Gawang) ketika bersama La Roja selepas dikhabarkan jaringan 30 ela oleh pemain itu menghancurkan jaring gawang ketika menentang Perancis.

Lagenda kekuatan sepakan Alcantara juga jelas ketika satu perlawanan menentang Real Sociedad pada 13 April 1919, menurut rekod kelab Barca.

Alcantara menjaring 'gol polis' apabila satu sepakan sangat deras dari pemain Filipina itu menuju ke pintu gol   selepas mengenai dan menjatuhkan seorang polis kebetulan berada di atas padang.

Bintang Catalan itu juga menjadi pemain  pertama menulis memoir diri dalam karier bola sepaknya dan satu tugu Alcantara masih berdiri sehingga hari ini di luar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Filipina.

Alcantara ketika bergelar doktor.

Selepas persaraan sebagai pemain untuk menjadi doktor, Alcantara belum mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak apabila berkhidmat dalam lembaga pengarah Barcelona di antara tahun 1931 hingga 1934.

Kelab bola sepak Barcelona pasti belum melupai lagenda ini apabila pada tahun 2012, kelab itu membawa hadia khas buat cucu perempuan Alcantara sebelum perlawanan menentang Sporting Gijon ketika merai ulang tahun ke-100 penampilan sulung pemain lagenda itu untuk Blaugrana.

Tolak semua jaringan "tidak rasmi" Alcantara tetapi dia masih dalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan jumlah 142 gol. Jumlah ini lebih banyak daripada Samuel Eto'o, Rivaldo, Patrick Kluivert dan Hristo Stoichkov dan selayaknya mendapat tempat dalam bukur sejarah kelab bola sepak Barcelona.

Wednesday, 25 December 2013

Lagenda: Fandi Ahmad 'mutiara' bola sepak Singapura

Fandi Ahmad. Gambar: Straits Times

Bekas pemain kebangsaan Singapura Fandi Ahmad dilantik ketua jurulatih kelab bola sepak LionsXII selepas menandatangi kontrak tiga tahun pada pada 7 Disember 2013 dengan pilihan melanjutkan tempoh kepada dua tahun.

LionsXII menang gelaran Liga Super Malaysia tahun 2013 ketika di bawah jurulatih V Sundramoothy.

"Saya gembira dan diberi penghormatan daripada 70 calon lain untuk terpilih dan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Singapura bagi peluang membina kejayaan dicapai oleh V Sundramoothy," kata jurulatih berusia 51 tahun itu.

Fandi adalah salah seorang jurulatih yang dihormati di Singapura dan memiliki pengalaman luas di peringkat domestik dan rantau termasuk liga bola sepak Singapura, Indonesia Belanda dan Malaysia.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Singapura itu dengan anak lelakinya yang sulung, Irfan pemain bola sepak bawah 16 tahun Singapura dan ketika artikel ini ditulis, berada di Chile untuk tempoh ujian memperoleh kontrak profesional.

Kelab-kelab terkemuka seperti Ajax di Belanda, Boca Juniors di Argentina dan Young Boys di Switzerland pernah mememancing pemain berbakat dari negara kecil di seberang tambak Johor itu.

Masih bergelar 'budak kampung' ketika itu, Fandi mendapat peluang dari Ajax tapi ditolak dselepas nasihat daripada keluarganya untuk bermain untuk kelab Indonesia yang lebih dekat. Kelab gergasi Belanda itu dikemudi oleh lagenda bola sepak Johan Cruyff dengan pemain seperti Marco Van Basten, tetapi sebaliknya Fandi memilih untuk bermain dengan sebuah kelab Indonesia, Niac Mitra.

Tetapi Fandi Ahmad mengakui tidak memilih Ajax adalah satu kesilapan besarnya dalam masa yang sama menyatakan gembira di Indonesia.

Mula menunjukkan bakatnya di Liga Galatama apabila membantu Niac mempertahankan kejuaraan dan namanya lebih naik selepas menjaring 13 gol meskipun bukan penyerang utama kelab - dalam posisi penyerang kedua.

Kali ini arena bola sepak Belanda masih mengintai bakatnya dan kali ini Fandi menandatangani kontrak dua tahun bersama FC Groningen, kelab zaman remaja bintang ketika ini seperti Arjen Robben.

Fandi menjadi satu-satunya pemain Singapura yang pernah bermain untuk kelab Eropah secara profesionalnya.
Fandi Ahmad diapit anaknya Ikhsan (kiri) dan Irfan. Gambar: Straits Times
Meskipun kecederaan mengganggu beberapa minggu pertamanya dalam kelab, Fandi tidak perlu memerlukan permulaan awal untuk membuktikan dirinya dan penyerang itu dilihat memberi kerja keras dalam jentera serangan.

Pada awalnya, Fandi bermain di bahagian tengah dalam kejohanan Piala Malaysia tetapi selepas mengisi bahagian penyerang, dia dilihat lebih gemar menjaringkan gol dan ini berlaku ketika 1980 apabila dia menjaring lapan gol walaupun dari tengah, menjadikan kelebihan ini memungkinkan dia dipilih oleh Jita Singh sebagai penyerang untuk skuad kebangsaan Singapura.

"Sukar tahu detik gembira bermula. Tapi tidak susah agak ia sudah bermula," laya H.W. Longfellow merujuk kepada Fandi dan mempamerkan harapan dari peminat Groningen.

Fandi menjaring dua gol dalam penampilan sulungnya dan penyokong mula menggemari penyerang berkulit sawo matang ini.

19 Oktober 1983 pastinya menjadi hari paling diingati apabila Fandi menyumbang membawa Groningen layak beraksi Piala UEFA buat pertama kali dalam sejarah kelab bola sepak itu dan pusingan kedua menentang kelab seperti Inter Milan dari Itali - pasukan yang dibarisi lagenda seperti Giuseppe Baresi, Bergomi dan Walter Zenga.

Umpama kisah dongeng bagi pemain dari Asia Tenggara yang menentang kelab gergasi seperti Inter Milan dengan bersemuka pertahanan kental Itali dikenali dengan Catenaccio. Dalam saat-saat akhir minit permainan, tandukan buang dari Van Tiggelen ditanduk kembali McDonald dan ditemui Fandi yang kemudian menyepak masuk bola melepasi Zenga dan kemudian merai jaringannya dalam kemenangan sensasi 2-0 Groningen ke atas gergasi Itali itu.

Penyokong Groningen merai di stadium itu selepas wira tidak tersangka mereka beribu batu jauhnya melengkapkan salah satu kemenangan paling bersejarah dalam kelab itu.

Fandi kemudian menghabiskan musim dengan 10 gol dan dipilih sebagai Pemain Tersohor kelab untuk musim itu dan selepas walaupun menghabiskan masa kurang daripada dua tahun di Groningen, Fandi mendapat tempat dalam Hall of Fame dan diundi antara 25 pemain terbaik dalam sejarah kelab itiu sebelum kembali ke Asia Tenggara untuk bermain bersama kelab Kuala Lumpur FA.

Mengejutkan, sekali lagi Ajax cuba mendapatkan penyerang itu tetapi gagal dan memori ditinggalkan bersama kelab kecil di Belanda itu walaupun singkat, cukup untuk kesan kepada penyokong Groningen.

Pada 2006, bekas penyerang kebangsaan dari republik kecil di selatan Malaysia itu kembali ke kelab lamanya semasa pembukaan stadium baru dan segera mendapat tepukan bagi penampilannya. Hadir bersama dua anak lelakinya, di stadium yang mana Fandi menjaring gol ketika perlawanan menentang Inter Milan sudah diganti.

Boleh dikatakan Fandi Ahmad adalah pemain bola sepak tersohor dihasilkan di Singapura dan kekal sebagai  wira, dianggap lagenda oleh penyokong di sini dan kini anak sulungnya Irfan boleh mengikut jejak kaki ayahnya sekiranya terus dipupuk.

Tuesday, 24 December 2013

Analisis:Perlawanan ingin menang tapi tidak mahu kalah di antara Chelsea dan Arsenal

Petr Cech cuba menangkap bola ketika bertembung dengan Mesut Ozil. Gambar: AP

Arsene Wenger masih belum menang menentang Jose Mourinho. Ini kenyataan dan sekali lagi jurulatih dari Portugal ini membuktikannya pada perlawanan Liga Perdana baru-baru ini.

Chelsea bertandang ke Stadium Emirates menentang Arsenal dan memperoleh keputusan seri 0-0 yang pastinya membuka ruang kepada pasukan lain (Manchester City, Liverpool, Everton misalnya) dalam lima kelab teratas selain Gunners dan Blues.

Walaupun Chelsea masih belum mencapai kekuatan seperti ketika musim 2005/06, Mourinho menggerakkan pasukannya dengan cara hampir serupa dengan memakai corak bertahan kukuh dengan 8 atau 7 pemain di belakang bola, perkara yang menjelaskan kenapa Wenger tidak pernah menewaskan Mourinho dalam liga. Ironiknya, Mourinho hanya menang dua perlawanan liga daripada tujuh menentang jurulatih daripada Perancis itu.

Kesebelasan utama utama Arsenal (kiri)
dan Chelsea. Foto ehsan Skysport

Arsenal menguasai 61.4 peratus bola tetapi dalam bola sepak, keputusan perlawanan diterjemahkan menerusi gol. Tetapi Mourinho sedia maklum penguasan bola tidak terlalu penting dan mengimbangkan pasukan kendaliannya.

Strategi Chelsea malam itu berkesan apabila Arsenal yang menguasai bola memiliki 7 cubaan manakala Chelsea yang bermain lebih waspada memiliki 13 cubaan. Cubaan Arsenal untuk mencorak permainan di bahagian kotak musuh kurang berkesan disebabkan taktik bertahan Chelsea apabila barisan pemain Blues yang ramai memaksa Gunners menghantar kembali ke belakang.

Arsenal terdedah dengan serangan balas Chelsea - perkara yang menjadi ancaman pasukan dari Stamford Bridge malam itu dan dua peluang jelas ketika counter attack apabila mula-mula sekali cubaan Frank Lampard terkena palang dan kedua ketika Willian menyepak rendah bola di sekitar ruang ditinggalkan Bacary Sagna.

Secara keseluruhan, pertahanan Arsenal masih memberangsangkan dan Thomas Vermaelen kembali mengetuai Gunners dan Mikel Arteta sedikit mengalami kesukaran di bahagian pemain tengah bertahan apabila Aaron Ramsey lebih ke depan dengan cuba mencari hantaran penting atau larian gol. 

Arsenal ada detik berbahaya apabila Sagna membuat hantaran berbahaya yang dikejar Ramsey tetapi tersia-sia dan pemain Wales itu masih bergerak seperti apa yang dilakukannya sepanjang musim ini memaksa Tomas Rosicky memenuhi ruang ditinggalkan Ramsey.

Chelsea berada di tangga keempat manakala Arsenal di tempat kedua, sama mata dengan Liverpool dan berada di belakang kerana perbezaan gol.

"Kami boleh perbaiki keputusan dnegan mendapatkan keselamatan (pertahanan) lebih baik apabila terlepas penguasaan bola," kata Mourinho minggu lepas dan berjaya membuktikannya malam itu.

Dan selepas perlawanan itu Mourinho berkata: "Ini adalah pertempuran taktikal. Arsenal mahu menang tapi tidak ingin kalah dan Chelsea juga ingin menang tapi tidak mahu kalah."

Arsene Wenger menyebut perkara yang hampir serupa dan Arsenal ternyata melepaskan peluang untuk memintas Liverpool di puncak dalam perlawanan yang dari segi teorinya memihak kepada Chelsea.

"Bahagian terakhir perlawanan itu kami patut menang. Mereka datang sini dan bertahan dengan baik dan hentam kami ketika serangan balas. Awal perlawanan kami sedikit nampak kurang kemas tetapi kami mengawal perlawanan pada separuh masa kedua dan patut menang."

"Apabila anda tidak dapat menang satu-satu perlawanan, jangan kalah dan itulah yang kami telah buat. Itu kenyataan yang kuat tapi lepaskan dua mata di tempat sendiri. Kami sudah bekerja keras."

Monday, 23 December 2013

Mackay ramal dipecat dalam masa terdekat


Malky Mackay meramal akan dipecat dalam masa terdekat ini.

Pada Isnin, pengurus Cardiff City itu mengesahkan laporan dia menerima satu emel dari pemilik kelab Vincent Tan sebelum perlawanan menentang Liverpool dan memberitahunya untuk meletak jawatan atau dipecat.

Mackay ditekan oleh Tan untuk
meletak  jawatan.
Gambar: AP

Cardiff kemudiannya menerbitkan sebuah kenyataan pada Ahad mengesahkan Mackay akan kekal sebagai pengurus dengan dialog dirancang di antara pengurus dari Scottland itu dengan Tan.

Dalam sidang berita 24 jam kemudian Mackay berkata: "Saya rasa akan dipecat hujung minggu ini. Emel itu memang benar-benar mengecewakan saya.

"Saya sebelum ini enggan meletak jawatan dan agak akan dipecat hujung minggu ini. Peminat beri tepukan (di Anfield, sesuatu yang saya ingin lakukan bagi sokongan yang telah diberikan kepada saya.

"Saya tidak tahu jika kami boleh berunding. Mehmet (Dalman, pengerusi Cardiff) melakukan benda ini dalam tiga bulan seperti saya juga.

"Ada beberapa perkara perlu disebut, juga ada tertulis dalam emel. Saya akan tahu apabila bertemu nanti."

Friday, 20 December 2013

Suarez idam Liga Juara-Juara bersama Reds selepas kontrak baharu

Suarez sain kontrak jangka panjang untuk Liverpool.

Selepas menandatangani perjanjian jangka panjang bersama Livepool, Luis Suarez menyatakan hasrat beraksi Liga Juara-Juara bersama kelab kelab Merseyside itu.

Bintang Uruguguay pernah seketika mendesak Liverpool menjualnya ke kelab lain yang beraksi kejohanan elit kelab Eropah pada musim panas, selepas Arsenal menyatakan minat ke atas penyerang itu - pembelian yang gagal menjadi realisasi buat Gunners.

Suarez setakat meledak 17 gol dalam hanya 11 perlawanan, menandatangani kontrak lima tahun dengan gaji 200 ribu pound sterling seminggu - pemain gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.

Pemain berusia 26 tahun itu juga mengepalai kejayaan Reds di domestik apabila kembali ke tempat Liga Juara-Juara sejak musim 2008-09.
Suarez cemerlang beraksi bersama
 Liverpool setakat ini.

"Impian saya adalah beraksi Liga Juara-Juara bersama Liverpool," kata Suarez.

"Ini adalah harapan dan impian saya. Apabila kami miliki pemain yang bagus, kami akan cuba yang terbaik di Liga Perdana. Jika kami kekal perjuangan pada tahap ini, saya rasa kami boleh tentang pasukan hebat atas carta."

Dengan banyak ketidaktentuan di sekitar kedudukan EPL, jaringan Suarez (dan tidak dilupa Daniel Sturridge  mengisi kekosongan Suarez pada awal musim) banyak membantu Liverpool rapat dengan pendahulu Arsenal dan memiliki peluang untuk teratas liga walau seketika memandangkan perlawanan Arsenal menentang Chelsea berlangsung lebih lewat.

Sejak digantung 10 perlawanan kerana menggigit Branislav Ivanovic pada hujung musim 2012-13, Suarez ketika musim panas menegaskan ingin meninggalkan Reds. Tetapi kini mengaku sokongan peminat menyebabkan dia ingin kekal bersama Liverpool.

"Saya suka bandar dan penyokong di sini. Mereka banyak bantu saya dan akan cuba yang terbaik di atas padang demi mereka," kata Suarez.

"Musim panas lepas adalah masa yang sukar tetapi mereka bantu saya bangkit dan saya beraksi bagus. Jika anda fikirkan sokongan peminat, anda akan cuba yang terbaik dan akan beraksi cemerlang dalam perlawanan agar penyokong gembira."

Tuesday, 17 December 2013

Fernandinho: Wira tidak ternama Manchester City

Fernandinho ketika merai jaringan kelima Manchester City.

Fernandinho cemerlang dengan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Manchester City  menundukkan Arsenal 6-3, dalam pertemuan yang barangkali kunci pemburuan gelaran liga.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu menjaring gol pertamanya selepas beberapa minit babak kedua bermula membolehkan City mendahului 3-1 selepas komunikasi buruk di antara pertahanan Arsenal membawa padah membenarkan larian deras diikuti jaringan oleh pemain Brazil itu.

Tetapi impak besar ditunjukkan Fernandinho adalah sebelum itu lagi apabila melengkapkan 80 peratus hantarannya dalam masa yang sama konsisten dalam sentuhan di bahagian tengah selain memperoleh empat terjahan berjaya.

Penyokong City kini sudah menyaksikan jenis pemain yang bagaimana Fernandinho ini apabila kerap menjadi kuasa di tengah, membantu meledak peluang serangan, membantu bahagian pertahanan menerusi beberapa tackle penting tetapi jelas sukar menarik perhatian bagi seorang pemain tengah melainkan menjaringkan gol.

Gol keduanya adalah hasil kombinasi skil dan tuah selepas larian Samir Nasri membolehkan lorongan menemui Fernandinho yang kemudian menolak masuk bola melepasi Wojciech Szczesny.

Kemenangan City ini membolehkan kelab 'biru' Manchester itu menjarakkan diri dengan tiga mata di belakang pendahulu Arsenal dan ini antaranya hasil sumbangan Fernandinho. Pemain Brazil ini yang diberi 'Pemain Terbaik Perlawanan' dan Whoscored meletak rating 9.78 buatnya.

Kadar ketepatan hantaran 87.2 peratus Fernandinho  tidaklah sesensasi mana tetapi sangat cemerlang bagi seseorang yang melengkapkan purata 3.6 lorongan jauh setiap perlawanan. Fernandinho juga memiliki kadar terjahan berjaya 3.4 setiap perlawanan, angka kelapan tertinggi di kalangan pemain tengah.

Dengan persembahan ini, Fernandinho mengharap dapat dipanggil mewakili Brazil semula di Piala Dunia tahun hadapan.

"Itu adalah aksi terbaik saya, bukan hanya pasal gol tetapi seluruh persembahan 90 minit."

"Saya cuba yang terbaik dan hari itu menjadi. Saya bernasib baik dapat jaring dua gol."
Statistik Fernandinho menerusi Whoscored

Monday, 16 December 2013

Analisis perlawanan: Taktik AVB jerat diri sendiri

Kesebelasan awal perlawanan Liverpol lwn Spurs.
Andre Villas-Boas tidak pernah belajar daripada kesilapannya. Kekalahan 5-0 di White Hart Lane oleh Liverpool menyebabkan pengurus dari Portugal ini dipecat. Baru beberapa minggu selepas diratah 6-0 oleh Manchester City, Villas-Boas memutuskan menggunakan taktitk yang sama hingga membawa padah bukan sahaja mengakibatkan kekalahan tetapi memakan diri hingga dia dipecat.

Villas-Boas membuat dua perubahan dengan menurunkan Roberto Soldado dan Sandro dalam kesebelasan utama dengan memilih formasi 4-2-3-1, manakala Liverpool dikendalikan Brendan Rodgers menurunkan Lucas Leiva menggantikan tempat Steven Gerrard yang cedera dengan memutuskan 4-3-3 sebagai formasi pilihan.

Pendekatan diguna dalam perlawanan ini adalah bagaimana kedua-dua pasukan bermain tanpa menguasai bola adalah kunci perlawanan.

Lucas Leiva duduk jauh di belakang dan mengawasi rapat Paulinho yang berada dalam posisi lebih hadapan dan membolehkan dua pemain Reds, Joe Allen dan Jordan Henderson mara mengasak lawan terutamanya pemain seperti Moussa Dambele dan Sandro.
AVB.

Spurs cuba mengasak Liverpool menerusi pertahanan dan walaupun Soldado serta Paulinho cuba mengasak benteng pertahanan lawan tetapi Lucas yang berada di hadapan Mamadou Sakho serta Martin

Tetapi keengganan barisan tengah Spurs menganakan asakan selain benteng pertahanan Tottenham dipersoalkan dan ini diburukkan dengan pemain yang cemerlang di EPL ketika ini, Luis Suarez menemui ruang di celah pertahanan lawan.

Villas-Boas tentunya mengalami masalah di bahagian pertahanan hingga tiada pilihan menurunkan pemain yang ada tetapi jelas sekali Capoue dan Dawson tidak dapat menampung beban selain tidak ada persefahaman di antara mereka.

Awal perlawanan menyaksikan Raheem Sterling menyerang dari bahagian sayap di sekitar kawasan Naughton satu lawan satu dan jelas sekali memihak kepada pemain muda England itu.

Kurang cubaan mengasak di bahagian tengah menyebabkan Spurs lembik dan Liverpool pula ketika tidak menguasai bola akan cuba merampas dengan mengasak. Ini dapat dilihat menerusi Joe Allen dan Henderson.

Masalah terbesar taktik pilihan Villas-Boas dalam perlawanan ini, serupa dengan kekalahan 6-0 oleh Manchester City dua minggu lepas dan juga kekalahan 5-3 ketika Arsenal menentang Chelsea (ketika itu masih dibimbing AVB).

Pemain Tottenham terlalu naik di atas padang tetapi kurang mengasak dan ini membawa kepada gol untuk Liverpool selepas larian daripada Suarez membolehkan penyerang Uruguay itu membolosi benteng lawan.
Dalam prestasi Suarez ketika ini, Rodgers tidak perlu memberi banyak peranan kepada pemain bintangnya itu ketika ini. Cukup sekadar mainan biasa seperti larian atau gelecekan melepasi lawan sudah mampu mendedahkan kelemahan Spurs.

Tetapi bagi pemain lain dengan Brendan Rodgers memberi beberapa pilihan taktik yang memberi impak perlawanan terutamanya Jordan Henderson di tengah padang walaupun bukan dalam peranan 'pemain nombor 10' tetapi menggunakan larian-larian yang menyusahkan lawan seperti diarah jurulatihnya.
Tetapi masalah bahagian tengah Spurs tidak selesai semakin perlawanan berlanjutan. Mula-mula sekali, Sandro mengalami kecederaan dan mesti diganti dan Lewis Holtby diturunkan dan menyebabkan Paulinho bergerak lebih jauh di belakang.

Selepas sejam perlawanan, Villas-Boas memperkenalkan Andros Townsend mengganti Mousa Dambele. Nacer Chadli mara ke hadapan dengan Townsend di sayap kiri dan ini bermakna Holtby dan Paulinho digandingan tengah menentang tiga pemain tengah Liverpool.

Tetapi kad merah dilayangkan kepada Paulinho menjadikan masalah lebih buruk memaksa Spurs menukar formasi kepada 4-4-1.

Bagi Villas-Boas, kejayaan menggunakan taktik serupa di Potugal ketika mengendalikan Porto sukar diserap seluruhnya di England. Ketika dibelasah 6-0 oleh Manchester City, dia dilihat belajar kesilapan dengan mengubah formasi dan taktik ketika seri 2-2 menentang Manchester United tetapi sekali lagi mengulangi kesilapan dengan falsafah bola sepaknya yang sama menyebabkan dia membayar harganya selepas baru 18 bulan bergelar pengurus Spurs.

Villas-Boas dipecat

Villas-Boas dipecat selepas 18 bulan membimbing Tottenham. Gambar: AP

Tottenham Hotspurs memecat Andre Villas-Boas kurang daripada 18 bulan mengendalikan kelab itu selepas kekalahan 5-0 di tempat sendiri oleh Liverpool.

Kekalahan perlawanan Liga Perdana oleh Reds itu dilihat sebagai pengukur terakhir kesabaran lembaga pengarah di White Hart Lane, baru tiga minggu selepas dibelasah 6-0 oleh Manchester City di Stadium Etihad.

"Kelab mengumumkan perjanjian telah dicapai dengan ketua jurulatih Andre Villas-Boas untuk menamatkan perkhidmatannya."
:Semua keputusan adalah dicapai berdasarkan persetujuan di antara semua pihak berkepentingan."

Villas-Boas pernah melalui detik bergolak ketika membimbing Chelsea selepas perpindahan dari Porto pada 2011 sebelum dipecat pada Mac 2012 oleh pemilik Blues, Roman Abramovich.

Dia kemudian dipancing kembali ke Liga Perdana pada Julai tahun itu dan kemudian membimbing Tottenham dalam kemenangan pertama di Old Trafford sejak 1989, mengalahkan pasukan kendalian Alex Ferguson iaitu Manchester United dengan 3-2 pada September.

Spurs kemudian mengumpul 72 mata dalam hanya tempoh singkat kendalian jurulatih dari Portugal itu, mata terbesar dikutip yang tidak membolehkan layak Liga Juara-Juara dalam sejarah di England.

Pengurus 36 tahun itu kemudian mendedahkan pada musim panas menolak tawaran mengendalikan Paris Saint Germain dan Real Madrid untuk kekal di Tottenham sebelum bintang kelab itu Gareth Bale dijual kepada gergasi Sepanyol dalam perjanjian rekod dunia.

Hasil jualan Bale digunakan untuk memperkuatkan skuad mereka dengan membeli antaranya pemain penyerang Sepanyol Roberto Soldado, perancang tengah Christian Eriksen dari Denmark dan pemain muda Argentina Erik Lamela selain pemain tengah dari Brazil Paulinho.

Bagaimanapun selepas permulaan musim menggalakkan sebelum tewas 3-0 di tempat sendiri oleh West Ham menimbulkan persoalan mengenai kekuatan Tottenham sebelum bergelut untuk mencari gol liga.

Minggu lepas, kemenangan meyakinkan 4-1 ke atas Anzhi Makhachakala di siangan Liga Europa dan dilihat mengurangkan kebimbangan mengenai jentera serangan kelab itu sehinggalah dimalukan di tempat sendiri membuatkan lembaga pengarah Spurs memutuskan untuk memecat Villas-Boas.

Sunday, 15 December 2013

Wilshere berdepan siasatan FA

Mertesacker memarahi Ozil kerana tidak merai penyokong Arsenal.

Jack Wilshere mungkin berdepan siasatan Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas dilihat membuat isyarat lucah dalam kekalahan 6-3 Arsenal kepada Manchester City di Stadium Etihad.

Gambar potong Wilshere dari TV.
Rakaman televisyen jelas menunjukkan Wilshere yang kecewa melakukan isyarat jari tengah ketika separuh masa kedua dalam perlawanan perit buat pendahulu Liga Perdana itu, yang kini hanya mendahului City dengan tiga mata.

Turut berlaku ialah pertengkaran di antara dua rakan sepasukan Per Mertesacker dan Mesut Ozil ketika mereka meninggalkan padang, walaupun pengurus Arsenal Arsene Wenger sekadar ketawa tentang konfrontasi tersebut.

“Begitulah orang Jerman!” kata Wenger berseloroh. “Mereka akan selesaikannya sesama mereka, jangan bimbang tentangnya.”

Bagaimanapun, FA dijangka melihat sikap Wilshere tanpa rasa humor dan, walaupun sekiranya pengadil Martin Atkinson gagal menyebut insiden tersebut dalam laporannya, badan induk itu memiliki kuasa untuk mendakwa pemain kebangsaan England itu dengan salah laku.

Pemain Liverpool Luis Suarez sebelum ini digantung satu perlawanan atas kesalahan sama dua musim lepas.

“Saya tidak melihatnya,” kata Wenger berhubung tindakan Wilshere. “Saya tidak pasti jika dia lakukannya. Jika benar dia buat begitu dan digantung, kami terpaksa menerimanya.”

Mengejutkan, mengambil kira yang City telah menjaringkan 31 gol dalam enam perlawanan di tempat sendiri selain turut menjaringkan enam gol ketika menentang Tottenham Hotspur, selain empat ketika menentang Manchester United, Wenger enggan menganggap pasukan bimbingan Manuel Pellegrini itu sebagai pencabar utama Arsenal dalam memburu gelaran liga.

“Saya tak tahu. Kita tunggu dan lihat,” kata Wenger ketika ditanya sama ada kekalahan ini boleh membawa kesan besar.

“Mereka adalah antara pasukan yang perlu diberi perhatian, tetapi tidak lebih dari pasukan lain. Kami telah bermain menentang Everton yang sebagus City, kami telah menentang Southampton,  juga sebagus City.

“Apa yang paling mengecewakan saya ialah kami berpeluang meninggalkan City dengan sembilan mata tetapi mereka semakin dekat dengan tiga mata malam ini (Sabtu). Itu amat sukar diterima kerana itu sebuah pasukan yang bukannya tidak boleh dikahkan hari ini.”

Dakwaan Wenger bagaimanapun dilihat tidak tepat, mengambil kira penguasaan City dengan Pellegrini menikmati jaringan Sergio Aguero, Alvaro Negredo dan David Silva, satu penalti Yaya Toure dan dua daripada pemain Brazil Fernandinho.

Wenger mendakwa pasukannya dinafikan satu penalti jelas dan sering menjadi mangsa keputusan tidak tepat penjaga garisan, menyaksikan pasukannya memperolehi dua gol menerusi Theo Walcott dan satu tandukan lewat Mertesacker.

Bagi Pellegrini, kemenangan ini menyusul selepas kemenangan menarik ke atas di Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, keputusan yang sedikit dibayangi oleh pengakuan pengurus itu yang dia tidak sedar berapa banyak gol yang diperlukan pasukannya dalam perlawanan tersebut untuk memenangi peringkat kumpulan.

“Ini perlawanan yang lebih lengkap berbanding ketika menentang Bayern Munich kerana kami tidak dapat jaringkan empat gol menentang Bayern dan ada banyak rungutan tentang itu,” kata pengurus City dalam nada bergurau.

“Tetapi saya tidak fikir ini persembahan terbaik kami kerana Arsenal menjaringkan tiga gol dan itu terlalu banyak untuk peluang yang mereka dapat.

“Tetapi ia permainan yang amat lengkap dari segi serangan kerana bukan mudah menjaringkan enam gol menentang Arsenal. Mereka memiliki pertahanan terbaik dalam Liga Perdana, dan kami ada sekurang-kurangnya empat atau lima lagi peluang untuk menjaringkan gol.”

Persembahan Fernandinho, dibeli $49 juta dolar dari Shakhtar Donetsk Jun lepas, mendapat pujian Pellegrini, yang berkata: “Fernandinho bermain dengan sempurna. “Bukan sahaja dia berjaya jaringkan dua gol, tetapi dia bermain dengan baik sekali, mendapatkan kembali banyak bola sepanjang perlawanan dan menunjukkan kepantasan yang baik. Saya gembira dengannya, dia seorang pemain yang bagus dan anda akan melihat dalam setiap perlawanan yang dia akan terus meningkat.” -AFP

Tuesday, 10 December 2013

Andrea Pirlo: Penterjemah seni 'regista'

Pirlo arkitek Azzuri dan Bianconeri.

Peminat di Turin menggelarnya 'Mozart'. Dia berpindah ke Juventus dari AC Milan pada 2011 menerusi perpindahan percuma kerana faktor usia tetapi menjadi arkitek di Juventus dengan merampas kejuaraan Sirie A pada musim dia direkrut Old Lady. Dia juga seorang pakar hantaran dari Itali dan pernah menjulang Piala Dunia pada 2006. Namanya adalah Andrea Pirlo.

'Bagi saya, dia 
adalah pemain 
tengah terbaik
di dunia'  

-Carlo Ancelotti
Pirlo adalah salah seorang pakar hantaran bola disegani di Eropah dan antara pemain tengah terhebat dalam sejarah Itali. Namanya sebaris dengan pemain hebat ketika ini seperti Xavi, Sergio Busquets, Xabi Alonso dalam posisinya. Tonggak Juventus ini menterjemah makna 'regista', peranan perancang tengah jauh di belakang dalam dunia bola sepak moden.

Pada usia 34 tahun ketika ini, mengekalkan konsistensi permainan bagi seorang sepertinya sangat mengagumkan. Pastinya Ryan Giggs atau Francesco Totti -masing-masing berusia 40 dan 37 tahun dan masih bermain - lebih berusia jika dibandingkan dengan dia, tetapi Pirlo lebih konsisten dalam permainan dan sentiasa memberi impresi mendalam dengan statistik hantarannya dan tahun hadapan masih kekal bermain untuk Itali dan musim ini memimpin Juve untuk memburu kejuaraan Sirie A berturut-turut.

Dia juga menjadi tunjang bagi Azzurri dengan 108 cap di atas namanya dan digelar i'architetto si tukang arkitek Itali dengan hantaran menakjubkan.

Dalam dunia bola sepak moden, kita sering disajikan dengan pemain perancang "nombor 10" semakin kerap dipakai dengan antaranya pemain ketika ini seperti Wayne Rooney, Mesut Ozil, Cesc Fabregas, Wesley Sneijder, Juan Mata atau Mario Goetze antara yang cemerlang dalam posisi itu tetapi peranan 'regista' belum pernah lagi diterjemahkan dengan erti kata sebenar melainkan Pirlo, seorang 'artis' dunia bola sepak.

Regista adalah posisi klasik perancang tengah jauh di belakang dengan mengatur gerak, lorongan untuk rakan pasukan. Pirlo menjadi pengatur dalang untuk rakan pasukan sama ada memulakan gerakan menyerang untuk rakan di hadapan, mencari ruang serangan atau mencipta peluang dari bahagian belakang. Posisi ini juga menjadi penyambung di antara benteng pertahanan dan jentera serangan selain pasukan dibina di sekeliling pemain 'regista' - inilah yang membezakan di antara regista, yang digambarkan sebagai perancang tengah dalam (deep-lying playmaker) berbanding pemain pemegang tengah (holding midfielder). Pemegang tengah berperanan mematikan serangan lawan, gabungan bantuan ke atas benteng pertahanan dan jentera serangan tetapi corak permainan tidak dibina berdasarkan holding midfielder.

Xavi (seorang lagi pakar hantaran) juga adalah pemain dalam posisi regista tetapi bintang Sepanyol ini tidak terlalu sinonim dengan nama peranan ini berbanding Pirlo.

Itali menang Piala Dunia 2006 dengan adanya Pirlo, Sepanyol menang Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 menerusi kewujudan Xavi. Regista dalam bentuk asli diguna di Sirie A dan pemenang Scudetto dalam tiga musim terakhir yang lepas (AC Milan sekali dan Juventus dua kali) dengan adanya regista. Menariknya si tukang regista ini adalah Pirlo.

Pirlo menterjemahkan makna regista hampir kepada peranan 'Makalele', diabadikan menerusi posisi oleh Claude Makalele di Chelsea.

Beberapa rajah berikut merupakan penunjuk statistik Pirlo.


Menakjubkan Pirlo mencatat 90 hantaran berjaya daripada 98 cubaan, iaitu kadar ketepatan 92 peratus menentang pasukan seperti Real Madrid pada 5 November.
Hantaran Pirlo ketika menentang Real Madrid. Foto: Ehsan Squawka

Ketika mewakili Itali, Pirlo juga merekodkan 114 hantaran berjaya daripada 131 dengan kadar ketepatan 87 peratus ketika perlawanan menentang Euro 2012.
Hantaran Pirlo ketika menentang England.  Foto: Ehsan Zonalmarking

Ini menunjukkan Pirlo sentiasa memukau dengan statistik hantarannya dan cara hantaran pemain Old Lady ini  menunjukkan variasi bukan sekadar hantaran pendek, tetapi juga jauh dan lorongan sederhana. Dia juga sering menyempurnakan sepakan sudut dan percuma untuk Juventus dan Itali.
Penghantar tepat Eropah 2012/13.
Musim 2012/13 Pirlo terus cemerlang dengan Whoscored merekodkan pemain kelahiran Flero, Lombardy di Itali ini antara lima pemain hantaran paling tepat di Eropah.

Dalam dekad lepas, kita melihat kebangkitan "pemain nombor 10" dengan lagenda seperti Zinadine Zidane, Michael Platini, Manuel Rui Costa - perancang tengah klasik. Tetapi 'regista' akan semakin digunakan dalam dunia bola sepak moden yang terus berkembang dengan perubahan taktik-taktik ketika ini dan peranan ini kini sebati dengan Pirlo kerana dia menterjemahkan bola sepak itu umpama seni bagi sebilangan peminat, jika tidak masakan dia boleh digelar Mozart, antara pemuzik, komposer paling berbakat era Victoria dari Salzburg, Austria.

Pirlo adalah antara pemain paling berpengaruh dalam generasi mereka dan kini adalah lagenda hidup dan masih konsisten beraksi ketika artikel ini ditulis. Menjelang Piala Dunia di Brazil, mampukah Pirlo terus menjadi arkitek buat Itali dan kekal sebagai 'Mozart' buat Juventus, adalah sesuatu yang ingin dilihat oleh pemerhati, peminat dunia bola sepak.

Oh, masih ingin mencari artistri Pirlo?

Monday, 9 December 2013

Ballon d'Or: Messi, Ronaldo dan Ribery disenarai pendek

Siapa akan menang?

Franck Ribery, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah tiga pemain muktamad yang disenarai untuk menang Ballon d'Or Fifa 2013.

Messi menang empat edisi terakhir anugerah itu dan mengetuai Barcelona dalam pemburuan gelaran La Liga musim lepas dengan 46 gol.

Sementara itu, Ribery menikmati musim terbaiknya dalam karier selepas membantu Bayern Munich menang tiga kejuaraan berganda dengan persembahan konsisten, terutamanya di Bundesliga.

Ronaldo yang mengakhiri 2013 tanpa sebarang trofi tetapi memulakan kempen musim ini dengan cemerlang untuk kelab dan negara, menjaring sejumlah 28 gol untuk Real Madrid dan Portugal.

Pemain berusia 28 tahun itu menang anugerah itu pada 2008 ketika masih bersama Manchester United dan ketika ini antara pilihan utama selepas mempamerkan aksi memukau memastikan Seleccao layak ke Piala Dunia 2014 selepas meledak hatrik menentang Sweden dalam perlawanan kedua.

Undian Ballon d'Or telah ditutup pada 29 November selepas tempoh asal dilanjutkan dan pemenangnya akan diumumkan pada 13 Januari di Zurich.

Kami tidak layak kalahkan Hull

Pengurus Swansea City Michael Laudrup mengakui pasukan kendaliannya tidak perlu merungut selepas seri 1-1 menentang Hull City.

Pasukan kendalian Laudrup ketinggalan di belakang ketika Danny Graham kembali menghantui bekas kelabnya dengan jaringan minit kesembilan untuk Hull, mengakhiri kemarau golnya sejak ke Stadium Liberty.

Swansea menyamakan kedudukan menerusi kontroversi pada separuh masa kedua menerusi gol Chico Flores yang dibenarkan meskipun dia dilihat tersentuh bola.

Kelab Wales itu tidak mencitpa gol penyamaan itu dalam erti kata sebenar dan Laudrup merasakan seri adalah memadai bagi perlawanan itu.

"Separuh masa pertama kami bermain dengan sangat, sangat perlahan," kata pengurus dari Denmark itu.

"Separuh masa kedua kami buat lebih baik, lebih pantas dan peroleh penyamaan. Kami ada peluang sebelum gol kedua tetapi saya fikir selepas apa yang kami lalui pada babak pertama, kami tidak layak menang perlawanan ini.

Pengadil Chris Foy enggan memberikan penalti kepada Hull apabila bola tersentuh Dwight Tiendalli tidak lama selepas gol Flores.

"Saya tidak tahu. Itu terkena badannya jadi dia bukan guna tangan menjaring," kata Laudrup.

"Ada satu lagi situasi dengan bola (tersentuh) dalam kotak penalti. Macam saya cakap selepas perlawanan menentang Newcastle, ia 50-50. Kami alaminya banyak kali, kini kami ada dua situasi 50-50 dengan bola memihak kami."

Sunday, 8 December 2013

Juara bertahan liga Brazil tersingkir divisyen dua

Fluminense tersingkir ke divisyen dua.

Fluminense mencipta sejarah menjadi juara bertahan liga Brazil pertama yang tersingkir ke divisyen kedua manakala lawan tradisi mereka dari Rio de Janeiro, Vasco dam Gama juga tersingkir ke Sirie B.

Fluminense yang menang gelaran liga pada 2010, menjaring lewat untuk menang 2- ke atas Bahia di Salvador tetapi keputusan itu tidak cukup untuk mengekalkan mereka di liga utama. Vasco da Gama, juara empat kali seperti Fluminense, tewas 5-1 kepada Atletico Paranaense dalam perlawanan yang disemarakkan oleh keganasan penyokong.

Empat peminat dimasukkan ke hospital selepas bergaduh di bandar Joinville, termasuk salah seorang yang teruk di bahagian kepala. Perlawanan terpaksa dihentikan selama lebih daripada sejam dan helikopter polis juga diterbangkan untuk membawa salah seorang cedera.
Fluminense mengumpul hanya 46 mata sama manakala Criciuma di luar zon penyingkiran tapi tidak cukup satu kemenangan. Vasco da Gama berakhir dengan 44 mata.

Liga Brazil sangat kompetitif dalam dekad lepas dan kelab tradisional kelapan di negara itu tersingkir dalam masa 10 tahun termasuk Palmeiras tahun lepas. Vasco da Gama beraksi di divisyen kedua pada 2009 dan setahun sebelum itu kelab terkemuka Corinthians juga tersingkir dari liga utama.


Fluminense mesti mengalahkan Bahia dengan harapan keputusan lain memihak mereka tetapi penyingkiran itu disahkan apabila Coritiba mengalahkan Sao Paulo 1-0 seterusnya mengakhiri harapan Fluminense.
Bahia membuka jaringan di Arena Fonte Nova menerusi William pada minit ke-42 dan Fluminense menjaring menerusi gol masing-masing oleh Wagner pada minit ke-56 dan Samuel pada minit ke-83.
"Kami sangat sedih sekarang," kata penjaga gol Fluminense Diego Cavalieri. "Kami tahu bukan mudah bermain di divisyen kedua tahun depan tapi kami kena bekerja keras memastikan kami kembali."

Read more here: http://www.miamiherald.com/2013/12/08/3806480/defending-brazilian-champion-fluminense.html#storylink=cpy

Everton kuasai Arsenal di Emirates

Deulofeu merai jaringan, memadam gol pembukaan Ozil. Gambar: AP

Arsenal mensia-siakan peluang untuk membuka jurang tujuh mata di puncak ketika melayan Everton di Stadium Emirates selepas perlawanan berakhir seri 1-1.

Perlawanan memberikan masing-masing satu mata untuk dikongsi kedua-dua pasukan apabila Gunners dan Toffees bersaing dengan sengit sekali. Bagaimanapun, Arsenal melepaskan kelebihan untuk menjarakkan diri bermain di laman sendiri selepas kebanyakan pencabar terdekatnya kecundang atau sekadar seri tetapi patut merasa bersyukur kerana tetap mengutip mata.

Ini kerana Everton bermain dengan baik sekali terutamanya pada separuh masa pertama. Setakat musim ini, barisan tengah Arsenal antara yang terbaik di England dan sering mendominasi kawasan tengah lawan menerusi pemain seperti Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Mikel Arteta dan Santi Cazorla. Tetapi tidak malam ini, menentang Everton.

Mengejutkan (sekurang-kurangnya perlawanan ini), Everton yang dikendalikan Roberto Martinez mengasak pasukan tuan rumah dan menguasai bola sebanyak 55% - menyempurnakan 433 daripada 515 hantaran mereka iaitu kadar kejayaan 84%.

Terutamanya pada separuh masa pertama, bukan sahaja Everton menguasai hampir 70% bola tetapi melakukan pintasan, mengganggu hantaran serta mengasak Arsenal sehingga Gunners banyak melakukan kesilapan hantaran - daripada 403 hantaran, hanya 317 sahaja yang berjaya. Bagi pasukan kendalian Arsene Wenger untuk dikuasai musim ini adalah sesuatu yang agak mengejutkan.

Kebiasaannya, pasukan pelawat beraksi di Emirates akan lebih banyak bertahan tetapi pemain Everton bermain dengan yakin dan mampu memaksa kesilapan Arsenal. Bagaimanapun, benteng pertahanan Arsenal boleh dipuji kerana mampu mengekang Romelu Lukaku.

Dengan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny di bahagian pertahanan tengah, Arsenal masih kental. Koscielny melakukan 8 pintasan, membuang 9 kali bola dan dua halangan cubaan gol menjadikannya antara pemain melakukan tugas bertahan terbaik malam itu.

Tetapi tumpuan malam itu pastinya terarah kepada Everton di bahagian tengah dengan pemain seperti Ross Barkley antara yang menyerlah selain daripada Gareth Barry, Bryan Oviedo. Ross Barkley, pemain dari England baru berusia 20 tahun mampamerkan aksi cemerlang apabila beberapa kali menemui ruang di bahagian tengah, meloloskan diri dari pemain lawan.
Barkley membawa bola dikejar Giroud. Gambar: AP

Tidak hairan jika Barkley boleh diserap ke skuad England untuk Piala Dunia tahun hadapan selepas beberapa perlawanan menunjukkan kematangan permainannya. Malam itu, dia menyempurnakan 46 daripada 5 hantaran, mencipta tiga peluang gol.

Gerard Deulofeu menggantikan Barkley menjelang tamat permainan dan pemain pinjaman dari Barcelona itu tidak mensia-siakan penampilannya dengan menjaring gol penyamaan pada minit ke-83 yang mengejutkan Gunners apabila mendahului 1-0 hanya selama tiga minit.

Roberto Martinez boleh berbangga dengan pasukannya dan boleh dipuji kerana dalam tempoh singkat, dia sudah menerap falsafah permainan diinginkannya dalam kelab Merseyside itu. Pertemuan menentang Arsenal menunjukkan kelab itu selayaknya berada di antara lima pasukan teratas di Liga Perdana.

Martinez bangga aksi Everton

Martinez.

Roberto Martinez mengakui gembira dengan persembahan Everton selepas mengikat seri 1-1 pendahulu Liga Perdana, Arsenal.

Masih segar dari kemenangan 1-0 di Old Trafford sebelumnya, Everton sekali lagi menunjukkan persembahan impresif di bawah pengurus baru Toffees itu yang kini berada di tangga kelilma, tujuh mata di belakang Arsenal.

Perlawanan berlalu tanpa jaringan sehinggalah minit ke-80 menerusi Mesut Ozil membolehkan Arsenal mendahului 1-0 sehinggalah empat minit kemudian, pemain gantian pinjaman dari Barcelona Gerard Deulofeu menyamakan kedudukan.

"Persembahan dipamerkan - saya tidak boleh tidak gembira," kata Martinez memberitahu Sky Sports.

"Sedikit kritikan hanyalah peluang yang disia-siakan, penyudah kami tidak tajam.

"Tetapi saya lega. Kami pamerkan karakter yang kukuh.

"Kami lepaskan gol lewat tetapi tidak akur kalah begitu sahaja."

Keputusan kali ini bermakna Everton menambah rentetan tanpa kalah dalam Liga Perdana kepada lapan perlawanan dan mengekalkan mereka di kedudukan kelima selepas baru menang di Manchester United.
"Seri kali ini adalah keputusan yang adil. Bagi tempoh panjang kami kecewakan Arsenal dan nampak macam pasukan tuan rumah. Pemain layak dipuji."

Bekas pengurus Wigan itu berkata gabungan di antara pemain muda dan berpengalaman sebagai penting dan penyeimbang dalam pasukan.

Kaptern Everton Phil Jagielka turut memuji Ross Barkley dalam aksi di Stadium Emirates itu.

"Hebat - ketika latihan, mereka buat kami terasa muda, kami miliki ramai pemain muda belaka.

Balotelli janji berubah

Balloteli sering menimbulkan kontroversi ketika masih
 bersama Manchester City.
Gambar: AP

Mario Balloteli berjanji untuk memperbaiki sifat  panas barannya di padang dan menegaskan tiada hasrat meninggalkan San Siro.

Penyerang AC Milan itu berjanji akan memperbaiki perangainya di atas padang apabila pernah terbabit dalam beberapa pertikaian dalam perlawanan setakat musim ini selain bergaduh dengan Nicolas Spolli berhubung kes cemuh perkauman baru-baru ini.

Bagaimanapun bekas pemain Manchetser City menjelaskan hasratnya untuk memperbaiki tingkah laku dan hasrat kekal di Milan.

"Jika dibandingkan dengan masa lepas, banyak sudah berubah. Saya akan cuba mengubah beberapa perangai. Dan saya akan kekal," katanya memberitahu majalah Buone Notizie. "Saya letak semua kehangatan peminat apabila saya menyertai pasukan ini."

Balotelli turut memuji barisan jurulatih dia pernah bekerja sepanjang kariernya dengan menggambarkan setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan dirinya meskipun berbeza pendekatan.

"Semua memainkan peranan berbeza, Roberto Mancini macam ayah, Jose Mourinho penggalak motivasi yang hebat. Dan Massimiliano Allegri, macam seorang rakan pasukan."

Pages