![]() |
Kesebelasan awal perlawanan Liverpol lwn Spurs. |
Villas-Boas membuat dua perubahan dengan menurunkan Roberto Soldado dan Sandro dalam kesebelasan utama dengan memilih formasi 4-2-3-1, manakala Liverpool dikendalikan Brendan Rodgers menurunkan Lucas Leiva menggantikan tempat Steven Gerrard yang cedera dengan memutuskan 4-3-3 sebagai formasi pilihan.
Pendekatan diguna dalam perlawanan ini adalah bagaimana kedua-dua pasukan bermain tanpa menguasai bola adalah kunci perlawanan.
Lucas Leiva duduk jauh di belakang dan mengawasi rapat Paulinho yang berada dalam posisi lebih hadapan dan membolehkan dua pemain Reds, Joe Allen dan Jordan Henderson mara mengasak lawan terutamanya pemain seperti Moussa Dambele dan Sandro.
![]() |
AVB. |
Spurs cuba mengasak Liverpool menerusi pertahanan dan walaupun Soldado serta Paulinho cuba mengasak benteng pertahanan lawan tetapi Lucas yang berada di hadapan Mamadou Sakho serta Martin
Tetapi keengganan barisan tengah Spurs menganakan asakan selain benteng pertahanan Tottenham dipersoalkan dan ini diburukkan dengan pemain yang cemerlang di EPL ketika ini, Luis Suarez menemui ruang di celah pertahanan lawan.
Villas-Boas tentunya mengalami masalah di bahagian pertahanan hingga tiada pilihan menurunkan pemain yang ada tetapi jelas sekali Capoue dan Dawson tidak dapat menampung beban selain tidak ada persefahaman di antara mereka.
Awal perlawanan menyaksikan Raheem Sterling menyerang dari bahagian sayap di sekitar kawasan Naughton satu lawan satu dan jelas sekali memihak kepada pemain muda England itu.
Kurang cubaan mengasak di bahagian tengah menyebabkan Spurs lembik dan Liverpool pula ketika tidak menguasai bola akan cuba merampas dengan mengasak. Ini dapat dilihat menerusi Joe Allen dan Henderson.
Masalah terbesar taktik pilihan Villas-Boas dalam perlawanan ini, serupa dengan kekalahan 6-0 oleh Manchester City dua minggu lepas dan juga kekalahan 5-3 ketika Arsenal menentang Chelsea (ketika itu masih dibimbing AVB).
Pemain Tottenham terlalu naik di atas padang tetapi kurang mengasak dan ini membawa kepada gol untuk Liverpool selepas larian daripada Suarez membolehkan penyerang Uruguay itu membolosi benteng lawan.
Dalam prestasi Suarez ketika ini, Rodgers tidak perlu memberi banyak peranan kepada pemain bintangnya itu ketika ini. Cukup sekadar mainan biasa seperti larian atau gelecekan melepasi lawan sudah mampu mendedahkan kelemahan Spurs.
Tetapi bagi pemain lain dengan Brendan Rodgers memberi beberapa pilihan taktik yang memberi impak perlawanan terutamanya Jordan Henderson di tengah padang walaupun bukan dalam peranan 'pemain nombor 10' tetapi menggunakan larian-larian yang menyusahkan lawan seperti diarah jurulatihnya.
Tetapi masalah bahagian tengah Spurs tidak selesai semakin perlawanan berlanjutan. Mula-mula sekali, Sandro mengalami kecederaan dan mesti diganti dan Lewis Holtby diturunkan dan menyebabkan Paulinho bergerak lebih jauh di belakang.
Selepas sejam perlawanan, Villas-Boas memperkenalkan Andros Townsend mengganti Mousa Dambele. Nacer Chadli mara ke hadapan dengan Townsend di sayap kiri dan ini bermakna Holtby dan Paulinho digandingan tengah menentang tiga pemain tengah Liverpool.
Tetapi kad merah dilayangkan kepada Paulinho menjadikan masalah lebih buruk memaksa Spurs menukar formasi kepada 4-4-1.
Bagi Villas-Boas, kejayaan menggunakan taktik serupa di Potugal ketika mengendalikan Porto sukar diserap seluruhnya di England. Ketika dibelasah 6-0 oleh Manchester City, dia dilihat belajar kesilapan dengan mengubah formasi dan taktik ketika seri 2-2 menentang Manchester United tetapi sekali lagi mengulangi kesilapan dengan falsafah bola sepaknya yang sama menyebabkan dia membayar harganya selepas baru 18 bulan bergelar pengurus Spurs. Follow @abishukri
No comments:
Post a Comment