![]() |
Fernandinho ketika merai jaringan kelima Manchester City. |
Fernandinho cemerlang dengan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Manchester City menundukkan Arsenal 6-3, dalam pertemuan yang barangkali kunci pemburuan gelaran liga.
Pemain tengah berusia 28 tahun itu menjaring gol pertamanya selepas beberapa minit babak kedua bermula membolehkan City mendahului 3-1 selepas komunikasi buruk di antara pertahanan Arsenal membawa padah membenarkan larian deras diikuti jaringan oleh pemain Brazil itu.Tetapi impak besar ditunjukkan Fernandinho adalah sebelum itu lagi apabila melengkapkan 80 peratus hantarannya dalam masa yang sama konsisten dalam sentuhan di bahagian tengah selain memperoleh empat terjahan berjaya.
Penyokong City kini sudah menyaksikan jenis pemain yang bagaimana Fernandinho ini apabila kerap menjadi kuasa di tengah, membantu meledak peluang serangan, membantu bahagian pertahanan menerusi beberapa tackle penting tetapi jelas sukar menarik perhatian bagi seorang pemain tengah melainkan menjaringkan gol.
Gol keduanya adalah hasil kombinasi skil dan tuah selepas larian Samir Nasri membolehkan lorongan menemui Fernandinho yang kemudian menolak masuk bola melepasi Wojciech Szczesny.
Kemenangan City ini membolehkan kelab 'biru' Manchester itu menjarakkan diri dengan tiga mata di belakang pendahulu Arsenal dan ini antaranya hasil sumbangan Fernandinho. Pemain Brazil ini yang diberi 'Pemain Terbaik Perlawanan' dan Whoscored meletak rating 9.78 buatnya.
Kadar ketepatan hantaran 87.2 peratus Fernandinho tidaklah sesensasi mana tetapi sangat cemerlang bagi seseorang yang melengkapkan purata 3.6 lorongan jauh setiap perlawanan. Fernandinho juga memiliki kadar terjahan berjaya 3.4 setiap perlawanan, angka kelapan tertinggi di kalangan pemain tengah.
Dengan persembahan ini, Fernandinho mengharap dapat dipanggil mewakili Brazil semula di Piala Dunia tahun hadapan.
"Itu adalah aksi terbaik saya, bukan hanya pasal gol tetapi seluruh persembahan 90 minit."
"Saya cuba yang terbaik dan hari itu menjadi. Saya bernasib baik dapat jaring dua gol."
![]() |
Statistik Fernandinho menerusi Whoscored |
Follow @abishukri
No comments:
Post a Comment