![]() |
Suarez sain kontrak jangka panjang untuk Liverpool. |
Selepas menandatangani perjanjian jangka panjang bersama Livepool, Luis Suarez menyatakan hasrat beraksi Liga Juara-Juara bersama kelab kelab Merseyside itu.
Bintang Uruguguay pernah seketika mendesak Liverpool menjualnya ke kelab lain yang beraksi kejohanan elit kelab Eropah pada musim panas, selepas Arsenal menyatakan minat ke atas penyerang itu - pembelian yang gagal menjadi realisasi buat Gunners.Suarez setakat meledak 17 gol dalam hanya 11 perlawanan, menandatangani kontrak lima tahun dengan gaji 200 ribu pound sterling seminggu - pemain gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.
Pemain berusia 26 tahun itu juga mengepalai kejayaan Reds di domestik apabila kembali ke tempat Liga Juara-Juara sejak musim 2008-09.
![]() |
Suarez cemerlang beraksi bersama Liverpool setakat ini. |
"Impian saya adalah beraksi Liga Juara-Juara bersama Liverpool," kata Suarez.
"Ini adalah harapan dan impian saya. Apabila kami miliki pemain yang bagus, kami akan cuba yang terbaik di Liga Perdana. Jika kami kekal perjuangan pada tahap ini, saya rasa kami boleh tentang pasukan hebat atas carta."
Dengan banyak ketidaktentuan di sekitar kedudukan EPL, jaringan Suarez (dan tidak dilupa Daniel Sturridge mengisi kekosongan Suarez pada awal musim) banyak membantu Liverpool rapat dengan pendahulu Arsenal dan memiliki peluang untuk teratas liga walau seketika memandangkan perlawanan Arsenal menentang Chelsea berlangsung lebih lewat.
Sejak digantung 10 perlawanan kerana menggigit Branislav Ivanovic pada hujung musim 2012-13, Suarez ketika musim panas menegaskan ingin meninggalkan Reds. Tetapi kini mengaku sokongan peminat menyebabkan dia ingin kekal bersama Liverpool.
"Saya suka bandar dan penyokong di sini. Mereka banyak bantu saya dan akan cuba yang terbaik di atas padang demi mereka," kata Suarez.
"Musim panas lepas adalah masa yang sukar tetapi mereka bantu saya bangkit dan saya beraksi bagus. Jika anda fikirkan sokongan peminat, anda akan cuba yang terbaik dan akan beraksi cemerlang dalam perlawanan agar penyokong gembira." Follow @abishukri
No comments:
Post a Comment