![]() |
Villas-Boas dipecat selepas 18 bulan membimbing Tottenham. Gambar: AP |
Tottenham Hotspurs memecat Andre Villas-Boas kurang daripada 18 bulan mengendalikan kelab itu selepas kekalahan 5-0 di tempat sendiri oleh Liverpool.
Kekalahan perlawanan Liga Perdana oleh Reds itu dilihat sebagai pengukur terakhir kesabaran lembaga pengarah di White Hart Lane, baru tiga minggu selepas dibelasah 6-0 oleh Manchester City di Stadium Etihad."Kelab mengumumkan perjanjian telah dicapai dengan ketua jurulatih Andre Villas-Boas untuk menamatkan perkhidmatannya."
:Semua keputusan adalah dicapai berdasarkan persetujuan di antara semua pihak berkepentingan."
Villas-Boas pernah melalui detik bergolak ketika membimbing Chelsea selepas perpindahan dari Porto pada 2011 sebelum dipecat pada Mac 2012 oleh pemilik Blues, Roman Abramovich.
Dia kemudian dipancing kembali ke Liga Perdana pada Julai tahun itu dan kemudian membimbing Tottenham dalam kemenangan pertama di Old Trafford sejak 1989, mengalahkan pasukan kendalian Alex Ferguson iaitu Manchester United dengan 3-2 pada September.
Spurs kemudian mengumpul 72 mata dalam hanya tempoh singkat kendalian jurulatih dari Portugal itu, mata terbesar dikutip yang tidak membolehkan layak Liga Juara-Juara dalam sejarah di England.
Pengurus 36 tahun itu kemudian mendedahkan pada musim panas menolak tawaran mengendalikan Paris Saint Germain dan Real Madrid untuk kekal di Tottenham sebelum bintang kelab itu Gareth Bale dijual kepada gergasi Sepanyol dalam perjanjian rekod dunia.
Hasil jualan Bale digunakan untuk memperkuatkan skuad mereka dengan membeli antaranya pemain penyerang Sepanyol Roberto Soldado, perancang tengah Christian Eriksen dari Denmark dan pemain muda Argentina Erik Lamela selain pemain tengah dari Brazil Paulinho.
Bagaimanapun selepas permulaan musim menggalakkan sebelum tewas 3-0 di tempat sendiri oleh West Ham menimbulkan persoalan mengenai kekuatan Tottenham sebelum bergelut untuk mencari gol liga.
Minggu lepas, kemenangan meyakinkan 4-1 ke atas Anzhi Makhachakala di siangan Liga Europa dan dilihat mengurangkan kebimbangan mengenai jentera serangan kelab itu sehinggalah dimalukan di tempat sendiri membuatkan lembaga pengarah Spurs memutuskan untuk memecat Villas-Boas.
No comments:
Post a Comment