Sunday, 8 December 2013

Martinez bangga aksi Everton

Martinez.

Roberto Martinez mengakui gembira dengan persembahan Everton selepas mengikat seri 1-1 pendahulu Liga Perdana, Arsenal.

Masih segar dari kemenangan 1-0 di Old Trafford sebelumnya, Everton sekali lagi menunjukkan persembahan impresif di bawah pengurus baru Toffees itu yang kini berada di tangga kelilma, tujuh mata di belakang Arsenal.

Perlawanan berlalu tanpa jaringan sehinggalah minit ke-80 menerusi Mesut Ozil membolehkan Arsenal mendahului 1-0 sehinggalah empat minit kemudian, pemain gantian pinjaman dari Barcelona Gerard Deulofeu menyamakan kedudukan.

"Persembahan dipamerkan - saya tidak boleh tidak gembira," kata Martinez memberitahu Sky Sports.

"Sedikit kritikan hanyalah peluang yang disia-siakan, penyudah kami tidak tajam.

"Tetapi saya lega. Kami pamerkan karakter yang kukuh.

"Kami lepaskan gol lewat tetapi tidak akur kalah begitu sahaja."

Keputusan kali ini bermakna Everton menambah rentetan tanpa kalah dalam Liga Perdana kepada lapan perlawanan dan mengekalkan mereka di kedudukan kelima selepas baru menang di Manchester United.
"Seri kali ini adalah keputusan yang adil. Bagi tempoh panjang kami kecewakan Arsenal dan nampak macam pasukan tuan rumah. Pemain layak dipuji."

Bekas pengurus Wigan itu berkata gabungan di antara pemain muda dan berpengalaman sebagai penting dan penyeimbang dalam pasukan.

Kaptern Everton Phil Jagielka turut memuji Ross Barkley dalam aksi di Stadium Emirates itu.

"Hebat - ketika latihan, mereka buat kami terasa muda, kami miliki ramai pemain muda belaka.

No comments:

Post a Comment

Pages