Saturday, 28 December 2013

Lagenda: Ikon terawal Barcelona dari Filipina

Alcantara mendapat digelar 'Si Penghancur Gawang' disebabkan kederasan sepakannya
sehingga pernah dikhabarkan menyebabkan jaring gol bocor.

Pada 25 Februari 1912, seorang pemain berusia 15 tahun 18 bulan yang turun dalam penampilan sulungnya meledak hatrik untuk kelab bola sepak Barcelona menjadikan dia pemain termuda (rekod masih dipegang) penampilan sulung dan menjaring tiga gol dalam kemenangan 9-0.

Pemain ini bukanlah dari negara gergasi bola sepak dari benua Amerika Latin mahupun Eropah tetapi dari Filipina dan namanya adalah Paulino Alcantara.

Sebelum tiba lagenda dan ikon masa lalu gergasi Sepanyol itu seperti Cesar Rodroguez, Hristo Stoichkov, Johan Cruyff, Rivaldo, Michael Laudrup, Ronaldinho, Deco - Alcantara adalah antara bintang terawal kelab Blaugrana.

Antara penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu dengan catatan 369 dalam 357 penampilan, dikira termasuk gol kompetitif dan persahabatan untuk Barcelona.

Jika Lionel Messi kini penjaring terbanyak dalam sejarah Barcelona (dikira hanya dalam gol kompetitif) tetapi kini catatan Alcantara masih belum dipecahkan jika gol keseluruhannya iaitu 369 dicipta di antara tahun 1912 hingga 1927. Rekod ini dirujuk dalam arkib FC Barcelona di sini.

Selain itu, bintang bola sepak pertama dari Asia beraksi di Eropah itu juga memimpin dalam mencitpa rekod dunia dalam kemenangan 17-2 mengetuai Filipina melawan Jepun pada 1917.

Pemain kacukan Sepanyol 
dan Filipina ini memiliki 
369 gol untuk Barcelona.

Fenomena menakjubkan dicipta oleh pemain Filipina berdarah Sepanyol ini juga menjadikan dia ikon terawal kelab dan juga bakat dimilikinya tidak disangkal sebaik menjaring malah dengan tiga gol ketika penampilan sulung pada usia baru 15 tahun dalam perlawanan rasmi - satu pencapaian yang mengagumkan.

Dilahirkan di bandar Iloilo, Filipina dengan ayahnya seorang pegawai tentera Sepanyol manakala ibunya warganegara di tanah kelahirannya, sensasi remaja itu terbukti menjadi tokoh pelopor dalam satu perkara ini. Belum pernah lagi seorang pemain Asia mewakili sebuah kelab Eropah sebelum perpindahannya ke Sepanyol.

Alcantara masih berusia 19 tahun apabila membantu kelab Catalan itu menang gelaran Copa del Rey dan dua Campionat de Catalunyas sebelum kembali di negara kelahirannya selama dua tahun menambah pingat dalam koleksi peribadinya.

Pemergiannya serba sedikit terbukti menjadi kesukaran buat Barca apabila tidak menjulang apa-apa kejuaraan sejak ketiadaannya dan hanya apabila Alcantara kembali semula ke kelab itu zaman emas kelab itu bermula.

Dia bersara pada tahun 1927 untuk menjadi seorang doktor pada usia 31 tahun dan sudah mengumpul 17 gelaran dan pernah mewakili Sepanyol, Catalonia dan Filipina di peringkat antarabangsa dan mendapat gelaran 'El Romperedes' atau 'Trencaxarxes' (Si Penghancur Gawang) ketika bersama La Roja selepas dikhabarkan jaringan 30 ela oleh pemain itu menghancurkan jaring gawang ketika menentang Perancis.

Lagenda kekuatan sepakan Alcantara juga jelas ketika satu perlawanan menentang Real Sociedad pada 13 April 1919, menurut rekod kelab Barca.

Alcantara menjaring 'gol polis' apabila satu sepakan sangat deras dari pemain Filipina itu menuju ke pintu gol   selepas mengenai dan menjatuhkan seorang polis kebetulan berada di atas padang.

Bintang Catalan itu juga menjadi pemain  pertama menulis memoir diri dalam karier bola sepaknya dan satu tugu Alcantara masih berdiri sehingga hari ini di luar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Filipina.

Alcantara ketika bergelar doktor.

Selepas persaraan sebagai pemain untuk menjadi doktor, Alcantara belum mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak apabila berkhidmat dalam lembaga pengarah Barcelona di antara tahun 1931 hingga 1934.

Kelab bola sepak Barcelona pasti belum melupai lagenda ini apabila pada tahun 2012, kelab itu membawa hadia khas buat cucu perempuan Alcantara sebelum perlawanan menentang Sporting Gijon ketika merai ulang tahun ke-100 penampilan sulung pemain lagenda itu untuk Blaugrana.

Tolak semua jaringan "tidak rasmi" Alcantara tetapi dia masih dalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan jumlah 142 gol. Jumlah ini lebih banyak daripada Samuel Eto'o, Rivaldo, Patrick Kluivert dan Hristo Stoichkov dan selayaknya mendapat tempat dalam bukur sejarah kelab bola sepak Barcelona.

No comments:

Post a Comment

Pages