![]() |
Fluminense tersingkir ke divisyen dua. |
Fluminense mencipta sejarah menjadi juara bertahan liga Brazil pertama yang tersingkir ke divisyen kedua manakala lawan tradisi mereka dari Rio de Janeiro, Vasco dam Gama juga tersingkir ke Sirie B.
Fluminense yang menang gelaran liga pada 2010, menjaring lewat untuk menang 2- ke atas Bahia di Salvador tetapi keputusan itu tidak cukup untuk mengekalkan mereka di liga utama. Vasco da Gama, juara empat kali seperti Fluminense, tewas 5-1 kepada Atletico Paranaense dalam perlawanan yang disemarakkan oleh keganasan penyokong.Empat peminat dimasukkan ke hospital selepas bergaduh di bandar Joinville, termasuk salah seorang yang teruk di bahagian kepala. Perlawanan terpaksa dihentikan selama lebih daripada sejam dan helikopter polis juga diterbangkan untuk membawa salah seorang cedera.
Fluminense mengumpul hanya 46 mata sama manakala Criciuma di luar zon penyingkiran tapi tidak cukup satu kemenangan. Vasco da Gama berakhir dengan 44 mata.
Liga Brazil sangat kompetitif dalam dekad lepas dan kelab tradisional kelapan di negara itu tersingkir dalam masa 10 tahun termasuk Palmeiras tahun lepas. Vasco da Gama beraksi di divisyen kedua pada 2009 dan setahun sebelum itu kelab terkemuka Corinthians juga tersingkir dari liga utama.
Fluminense mesti mengalahkan Bahia dengan harapan keputusan lain memihak mereka tetapi penyingkiran itu disahkan apabila Coritiba mengalahkan Sao Paulo 1-0 seterusnya mengakhiri harapan Fluminense.
Bahia membuka jaringan di Arena Fonte Nova menerusi William pada minit ke-42 dan Fluminense menjaring menerusi gol masing-masing oleh Wagner pada minit ke-56 dan Samuel pada minit ke-83.
"Kami sangat sedih sekarang," kata penjaga gol Fluminense Diego Cavalieri. "Kami tahu bukan mudah bermain di divisyen kedua tahun depan tapi kami kena bekerja keras memastikan kami kembali."
No comments:
Post a Comment