Pengurus Swansea City Michael Laudrup mengakui pasukan kendaliannya tidak perlu merungut selepas seri 1-1 menentang Hull City.
Pasukan kendalian Laudrup ketinggalan di belakang ketika Danny Graham kembali menghantui bekas kelabnya dengan jaringan minit kesembilan untuk Hull, mengakhiri kemarau golnya sejak ke Stadium Liberty.Swansea menyamakan kedudukan menerusi kontroversi pada separuh masa kedua menerusi gol Chico Flores yang dibenarkan meskipun dia dilihat tersentuh bola.
Kelab Wales itu tidak mencitpa gol penyamaan itu dalam erti kata sebenar dan Laudrup merasakan seri adalah memadai bagi perlawanan itu.
"Separuh masa pertama kami bermain dengan sangat, sangat perlahan," kata pengurus dari Denmark itu.
"Separuh masa kedua kami buat lebih baik, lebih pantas dan peroleh penyamaan. Kami ada peluang sebelum gol kedua tetapi saya fikir selepas apa yang kami lalui pada babak pertama, kami tidak layak menang perlawanan ini.
Pengadil Chris Foy enggan memberikan penalti kepada Hull apabila bola tersentuh Dwight Tiendalli tidak lama selepas gol Flores.
"Saya tidak tahu. Itu terkena badannya jadi dia bukan guna tangan menjaring," kata Laudrup.
"Ada satu lagi situasi dengan bola (tersentuh) dalam kotak penalti. Macam saya cakap selepas perlawanan menentang Newcastle, ia 50-50. Kami alaminya banyak kali, kini kami ada dua situasi 50-50 dengan bola memihak kami."
No comments:
Post a Comment