Saturday, 30 November 2013

Ramsey: Wira Arsenal, budak lama Cardiff City

Aaron Ramsey memilih tidak merai gol menentang kelab lamanya. Gambar: AFP

Arsenal menjarakkan diri dari pasukan terdekat sebanyak tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu perlawanan selepas kemenangan meyakinkan 3-0 di Cardiff City.

Tumpuan pra dan pasca perlawanan pastinya terarah kepada Aaron Ramsey, 22, yang menentang bekas kelab lamanya di negara asalnya di sini. Menjaring dua gol ke atas bekas kelab lamanya, Ramsey menunjukkan rasa hormat buat kelab yang membimbing melancarkan kerjayanya ketika zaman remaja apabila tidak meraikan dua golnya ke atas Cardiff.

Arsenal menguasai perlawanan menerusi corak hantaran lancar menentang pasukan tuan rumah di selatan Wales malam itu. Gunners juga menguasai bola dengan menyempurnakan sebanyak 468 hantaran selain efisien dalam melakukan tackle dengan 94 peratus kadar berjaya.
Gambar skrin ini diperoleh menerusi Aplikasi Bolasepak Squawka - Sila tekan sini untuk muat turun
Pemain terbaik perlawanan malam itu pastinya Ramsey, pemain yang dipupuk di Cardiff sebelum dibeli Arsenal pada 2008 dan pernah dipinjamkan ke kelab lamanya pada musim 2010/11 dan bergelut dengan masalah kecederaan beberapa kali. Tetapi peningkatan ditonjolkan pemain antarabangsa Wales itu musim ini mengangkat dia sebaris dengan pemain berstatus bintang lain seperti Luis Suarez di Liverpool. Tiga belas gol dalam 22 penampilan bukan sesuatu yang biasa bagi pemain tengah, apa lagi dengan pemain yang dianggap bergelut dengan masalah kecederaan musim sebelum ini.

Pemain lain yang menunjukkan perbezaan di atas padang juga adalah seperti Wojciech Szczesny, Mikel Arteta, Mesut Ozil, Bacary Sagna serta Jack Wilshere yang bekerja keras. Penjaga gol Szczesny cemerlang melakukan empat tangkapan kemas dari cubaan tepat pemain Cardiff tetapi satu daripadanya berkelas dunia apabila meluru pantas menangkap bola dari gerakan kilat lawan ke kotak penalti Arsenal.

Ozil juga cemerlang apabila melengkapkan 94 peratus hantaran, mencipta tiga peluang dan membuat dua hantaran gol.


Serangan Cardiff banyak tertumpu di bahagian sayap di ruang sekitar Kieran Gibbs, pemain Arsenal yang sedikit mengalami malam sukar selain daripada Olivier Giroud dalam perlawanan itu. Giroud pula walaupun bekerja keras, ternyata sukar mencari posisi baik sebagai penyerang utama.

Ketika keputusan masih 0-0 pada minit ke-15, Ozil membuat sentuhan cantik menemui Giroud di kotak penalti tetapi kesilapan pemain Perancis itu menyangkakan kedudukan offside ketika hanya tinggal penjaga gol untuk ditewaskan tetapi berhenti seketika selama beberapa saat sebelum sedar penjaga garisan tidak memberi isyarat offside dan mula mengatur langkah tetapi sudah terlambat dan pertahanan Cardiff Steven Caulker sempat menyelamatkan keadaan. Ini menyebabkan Arsenal terlepas satu gol mudah tetapi Giroud bernasib baik kerana Ramsey cemerlang.

                    Ozil                                          Ramsey




Sementara itu, Giroud pula masih perlu terus meningkat dan membuktikan kredibili untuk Arsenal bagi memperkukuhkan pemburuan gelaran liga musim ini.

Tetapi Gunners perlu membeli penyerang lebih prolifik ketika jendela perpindahan Januari hadapan untuk memperkukuh jentera serangan. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, maka perancang tengah Arsenal Ozil akan lebih kerap memberi bantuan gol seperti dilakukannya semasa bermain untuk Real Madrid. Untuk Ronaldo sahaja Ozil memberi 27 hantaran gol dan kelebihan Ozil untuk mencari ruang untuk lorongan dan permainan tidak pentingkan diri adalah salah satu perkara yang perlu diambil kesempatan oleh Arsenal dengan mencari penyerang lebih berbisa.

Manakala Ramsey pula baru berusia 22 tahun tetapi sudah menunjukkan peningkatan mendadak berbanding musim sebelum ini.

Bagi seorang pemain tengah, menjaringkan 13 gol daripada 22 penampilan, membuat 47 tackle dan 4 bantuan gol adalah sesuatu yang bagus dan sekiranya pemain Wales ini mengekalkan momentum sebegini sehingga penghujung musim, tidak syak lagi pemburuan gelaran lebih cerah dan membariskan dia di kalangan pemain terbaik di EPL untuk musim ini.

Friday, 29 November 2013

Fergie pernah tawar saya kontrak tujuh tahun: Gerrard

Gerrard.

Steven Gerrard mendedahkan Alex Ferguson pernah cuba memancingnya ke Manchester United dengan menawarkan kontrak selama tujuh tahun.

Pendedahan kapten Liverpool ini dibuat selepas mendiamkan diri ekoran kenyataan pengurus lagenda Manchester United itu seperti didedahkan dalam Daily Mirror baru-baru ini.

Fergie yang memberi cadangan Gerrard sebagai "bukan pemain berkelas" menerusi buku setebal lebih 350 halaman tulisan pengurus dari Scottland itu tetapi kenyataan terbaru bintang Liverpool itu menunjukkan Ferguson memberi penarafan yang bagus kepada pemain antarabangsa England itu.

Tawaran kontrak tujuh tahun dan cuba memikatnya ke Manchester United sebanyak dua kali membuktikan Ferguson menganggap Gerrard sebagai pemain dengan kualiti tersendiri - bertentangan dengan kenyataannya Gerrard bukan seorang pemain berkelas.

Pengurus Liverpool ketika ini, Brendan Rodgers yang menepis kenyataan Ferguson walaupun Gerrard tidak memberi sebarang komen.

Pertama kali Ferguson cuba merekrut Gerrard ketika masih berusia 13 tahun sebagai pemain memiliki masa hadapan cerah.

"Sekali lagi dia pernah cuba pancing saya pada awal 2002/2003. Jelas sekali saya menolak, jadi saya tidak ambil hati sangat.

"Memang saya rasa sedikit tergugat ketika membaca komennya apabila beliau cakap saya bukan seorang pemain berkelas tinggi. Tapi saya tidak akan termakan dengannya dan setiap orang ada pendapat mereka sendiri.
Ferguson ketika pelancaran buku tulisannya.


"Saya peminat besar Alex Ferguson dan apa yang beliau sumbangkan dalam sukan ini memang hebat, sebab itu kenapa bukunya terjual banyak dalam minggu pertama."

Pendedahan Gerrard ini dibuat pada rancangan tengah malam Clare Balding Show di rangkaian BT Sport.

Gerrard juga menyatakan dalam program itu menegaskan tidak pernah mempertimbangkan United sebagai pilihan meskipun ketika masih remaja. Tetapi mengakui pernah hampir terpanggil dengan pendekatan Jose Mourinho di Chelsea suatu ketika dahulu.

Ancelotti: Saya tidak akan benarkan Ramos pergi

Ancelotti. Gambar: AP

Ancelotti menegaskan tidak ada masalah di antara dia dengan Sergio Ramos susulan pemain pertahanan Real Madrid itu dibuang padang ketika menentang Galatasaray selain menepis khabar angin mengenai perpindahan pemain berkenaan.

"Saya tidak ada masalah dengan Sergio Ramos dan dia juga tidak ada masa dengan saya. Itu hanyalah percakapan mengenai taktik. Dia buat silap di atas padang yang memang berlaku masa itu. Ramos adalah pemain yang sangat penting untuk pasukan ini. Dia baik sahaja dan akan beraksi dengan bagus."

Pengurus dari Itali itu juga tidak ingin mendengar soalan mengenai kemungkinan pemain pertahanan yang dinilai oleh Perez pada harga 60 juta euro meninggalkan kelab berkenaan.
Sergio Ramos.

"Saya tidak akan benarkan penjualan Sergio Ramos kerana dia antara yang terbaik di dunia. Semua tahu betapa penting dia untuk kelab ini. Hubungan di antara presiden dan pemain juga bagus."

Mengambil kesempatan ke atas isu Ramos itu, Ancelotti juga memberitahu Pepe: "Saya gembira dengan Pepe meskipun dia melakukan kesalahan yang sama seperti Ramos ketika perlawanan."

Ancelotti berharap Real akan terus cemerlang ketika menentang Valladolid nanti dan berkata: "Saya lega cara kami bermain, dengan suasana ini. Semua pemain fahami saya apabila keputusan saya buat. Kami dalam landasan yang bagus, kami akan terus memperbaiki diri selagi mana boleh.'

Ketika ditanya sama ada perlawanan menentang Valladolid itu boleh memotong jurang dengan Barcelona di puncak La Liga, Ancelotti menjawab: "Kami hanya fikir lakukan tugas kami. Barca menang 13 daripada 14 perlawanan musim ini, jadi saya tidak fikir mereka ada masalah serius.

Ozil perlu bukti kemampuan sebenar

Ozil perlu tunjuk lebih 'bisa'. Gambar: AFP

Baru-baru ini, Mesut Ozil kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan terutamanya ketika menentang Marseille dan Manchester United apabila menyaksikan pemain belian termahal Arsenal itu mempamerkan aksi kurang meyakinkan.

Belum ada kritikan jelas ditujukan ke atas perancang tengah Jerman itu tetapi terdapat segelintir pihak mempersoalkan keupayaan sebenar Ozil yang pernah digelar 'raja hantaran gol' ketika menyarung jersi Real Madrid selama tiga musim.

Ozil bernasib baik kerana peminat Gunners tidak melulu mengecamnya kerana pertama Arsenal memiliki keputusan positif, keduanya adalah pemain tengah lain kelab London utara itu lebih menyerlah dan memang tidak sepatutnya menyalahkan perkara yang dijangka muncul dari pemain status bintang itu belum lagi wujud.

Pemain tengah Jerman itu menyaksikan sepakan penaltinya ke atas Marseille diselamatkan Streve Mandanda dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Rakan senegaranya di Arsenal, Per Mertesacker menyokong Ozil untuk menyerlah dan berkata: "Mesut ada perkembangan yang bagus. Dia sentiasa jadi ancaman ketika menentang Marseille dan tidak putus asa meskipun penaltinya diselamatkan.

"Kami lega dengan dia terutamanya dari peralihan di antara pertahanan kepada serangan, dia sering berbahaya..

"Kadang-kala dia mungkin nampak sedikit rebah tetapi pada rehat selepas separuh masa pertama, kami cakap kami tidak kisah pasal penalti itu."
Gambar skrin ini diperoleh dari Aplikasi Bola Sepak Squawka - Sila tekan di sini untuk muat turun.
Berbanding perlawanan menentang Southampton, Ozil lebih 36 hantaran ketika menentang Marseille (71 hantaran) dan rajah di atas menunjukkan posisi dan gerakannya sepanjang perlawanan. Secara statistiknya, ini masih bagus buat Ozil dan sedikit sebanyak kenyataan Mertesacker benar apabila menyatakan Ozil masih ancaman ketika menentang Marzeille.
Gambar: Whoscored dan data dari Opta
Gambar di atas dan di bawah adalah statistik semua perlawanan yang menampilkan Ozil untuk Arsenal setakat ini dan jelas mempamerkan keupayaan perancang tengah ini masih hebat - 2.8 purata hantaran penting dan 1.7 purata gelecekan bola sebagai bukti.
Gambar: Whoscored dan data dari Opta

Gambar di atas dan di bawah adalah statistik semua perlawanan yang menampilkan Ozil untuk Arsenal setakat ini dan jelas mempamerkan keupayaan perancang tengah ini masih hebat - 2.8 purata hantaran penting dan 1.7 purata gelecekan bola sebagai bukti.

Ozil, baru berusia 25 tahun mungkin tidak memberi jangkaan segera diharapkan dengan tag harga pemain termahal Arsenal dan Jerman tetapi ini berlaku kepada semua pemain.

Perlu diingatkan, dia masih menyesuaikan diri di negara dan liga baru dan musim masih panjang buat tonggak tengah Jerman itu. Jika pemain lagenda Gunners seperti Thierry Henry dan Robert Pires juga mengambil masa dan ada ketika kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan, kenapa tidak Ozil.

Walaupun terlepas penalti, Ozil masih memberi bantuan gol untuk dijaring Jack Wilshere dalam perlawanan menentang Marseille. Ozil juga mengutip empat hantaran gol dan hanya tiga pemain sahaja yang lebih banyak daripada dia di Liga Perdana Inggeris iaitu Steven Gerrard, Wayne Rooney dan Kevin Mirallas - semua lima dan kita perlu ingat bahawa dia hanya bermain untuk Arsenal pada bulan Ogos.

Sumbangan keseluruhan Ozil patut lebih baik lagi tapi perkara terbaik dari pemain ini masih ada dan sesiapa yang mengikuti permainannya untuk kelab Werder Bremen dan Real Madrid serta skuad kebangsaan Jerman akan faham justifikasi perkara ini.

Saido Berahino naik gaji 1,764 peratus di West Brom

Saido Berahino, jaring gol kemenangan ke atas Manchester United awal musim ini. 

West Brom menaikkan gaji Saido Berahino sebanyak 1,764 peratus daripada gaji £850  seminggu (RM4,472) sebelumnya.

Pengurus Baggies, Steve Clarke menjangkakan menjangkakan prestrasi penyerang muda itu akan meningkat selepas spekulasi berhubung kontrak barunya.

Berahino disebut-sebut sebagai tonggak kelab itu musim ini ketika persediaan untuk menandatangni kontrak dengan West Brom.

Baggies mengumumkan perkara itu semalam apabila penyerang England Bawah 21 tahun itu menandatangani kontrak baru berkenaan.

Berahino, 20, menjaring enam gol Albion musim ini termasuk jaringan kemenangan ke atas juara bertahan Manchester United baru-baru ini termasuk enam dalam empat perlawanan skuad bawah dua puluh satu

Gajinya meningkat berbanding RM4,472 sebelum ini kepada 15,000 pound (RM78,918.5) seminggu  dalam kontrak empat tahun itu.

Clarke berkata Berahino kini boleh mengukuhkan tempat di dalam kesebalasan utama dan akan memaksa pengiktirafan daripada pemain kanan England.

""Memang hebat bagi Saido, dia masih muda dan dia sebanyak sedikit diganggu dengan perkara ini beberapa ketika lamanya (berhubung kontrak).

"Ini sedikit negatif  tapi musim ini tidak banyak yang negatif mengenai Saido musim ini.

"Dia bernafas udara segar dan penilaian semula dalam skuad.

"Dia sudah memberi sumbangan besar. Apabila dia menandatangani kontrak, dia ada peranan penting untuk bermain sepanjang musim untuk kami.

"Saya tidak fikir ini memberi kesan ke atas prestasinya di atas padang, tetapi saya rasa ada beberapa perkara dalam mindanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila hampir menandatangani kontrak yang bagus.

"Sebagai pemain yang masih muda,sedikit mengganggu fikiran dengan fakta itu di kepala.

"Kini dia akan tandatangninya dan kita boleh lupakan mengenai kontrak dan bercakap mengenai Saido.

"Peringkat seterusnya bagi dia adalah untuk terus melakukan perkara sepatutnya dan memperbaiki permainan. Dia boleh bermula perlawanan, dia tidak perlu bimbang pasal itu.

Clarke juga menegaskan penyerang Ireland, Shane Long tidak akan ke mana-mana ketika jendela perpindahan Januari hadapan.

Long menjaring tiga gol dalam dua perlawanan tetapi belum diberi kontrak baru oleh West Brom.

Hull City hampir mendapatkan khidmat pemain itu dengan harga £5.5 juta pada jendela perpindahan baru-baru ini tetapi Clarke menegaskan ingin mengekalkan Long di kelab itu.

"Jika anda tanya saya jual atau tidak Shane pada Januari, jawapannya tidak. Kenapa saya jual penyerang terbaik saya?

Thursday, 28 November 2013

Aksi Kagawa memberi impresi cemerlang

Kagawa memiliki gerakan
 dan daya kreatif
tengah yang baik.
Gambar: AP

Shinji Kagawa akhirnya berpeluang beraksi dalam posisi paling digemarinya, bahagian tengah di belakang penyerang utama sebagai 'pemain nombor 10' dalam aksi Liga Juara-Juara Manchester United menentang Bayer Leverkusen.

Meskipun mengisi sebagai menyokong penyerang utama Wayne Rooney dalam pertemuan di tempat lawan kerana ketiadaan Robin van Persie dan Michael Carrick, Kagawa berjaya membuktikan keupayaannya dalam memegang peranan yang menaikkan namanya ketika bermain untuk Borussia Dortmund dua musim lepas.

Manchester menang 5-0 ke atas Leverkusen di BayArena, persembahan terbaik era David Moyes dan pemilihan perancang tengah Jepun itu pastinya akan 'memeningkan' kepala pengurus United kerana cemerlang dalam posisi itu berbanding bermain di bahagian sayap seperti sebelum ini.

Impak dicipta Kagawa ketika di Jerman itu jelas apabila gerakan berbahaya ketika serangan balas dan sering kali menyebabkan pertahanan kucar-kacir dan membuka ruang kepada rakan sepasukan untuk menerobos benteng pertahanan lawan.

Mungkin tumpuan lebih terarah kepada Ryan Giggs malam itu dalam perlawanan dua hari sebelum menyambut hari lahir ke-40 yang juga beraksi cemerlang, Rooney mendapat empat bantuan gol. Tetapi Kagawa banyak memain peranan penting dalam aksi serangan menentang Leverkusen.

"Musim masih panjang dan kami kena pastikan kami memiliki kombinasi berlainan bagi perlawanan berasingan dan malam ini Shinji serta Rooney bermain dengan baik," kata Moyes dalam sejurus selepas perlawanan.

Jelas sekali pengurus United itu masih memilih untuk menggandingkan Rooney dan Van Persie dalam serangan tetapi persembahan dipamerkan Kagawa malam itu memberi pilihan lain dan sedikit sebanyak menyukarkan Moyes membuat keputusan.

Monday, 25 November 2013

Mentaliti skuad Arsenal berubah sejak ketibaan Ozil

Ozil belum menunjukkan kelas dengan standard dipamerkannya seperti
ketika bermain untuk Real Madrid.

Persembahan Mesut Ozil dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini kurang memberangsangkan berbanding ‘standard’ dimiliki perancang tengah Jerman itu.

Dibeli dari Real Madrid dengan harga £42.5 juta (222.14 juta ringgit) berkemungkinan belum menunjukkan aksi mantap selepas rehat antarabangsa dalam dua minggu ini. Dan masalah kesihatan kecil dan jumlah perlawanan terlibat mungkin mengakibatkan pemain itu perlahan sejak perpindahan.
Walaupun belum mempamerkan prestasi sebenar ketika digelar ‘antara pemain terbaik dunia’ ketika cemerlang selama tiga musim bersama Real Madrid, Ozil menunjukkan impak positif ke atas Arsenal apabila serba sedikit mengubah mental kelab utara London itu.

Ketibaan pemain berketurunan Turki kelahiran Jerman itu mengubah suasana di Arsenal apabila Gunners beberapa tahun kebelakangan ini dianggap hanya kelab melahirkan pemain bintang untuk dibeli pasukan lain. Lihat sahaja pemergian pemain sejak Ashley Cole ke Chelsea, Patrick Viera ke Manchester City, Cesc Fabregas ke Barcelona, Samir Nasri ke City dan terbaru Robin van Persie ke Manchester United.

Satu persatu pemain utama di kelab itu meninggalkan Arsenal dan kemarau trofi selama tujuh tahun berterusan. Ini menyebabkan kekecewaan peminat dan mempersoalkan sama ada kelab itu mampu menarik pemain nama besar atau tidak. Memanglah polisi Arsenal dan terutama sekali Arsene Wenger adalah menggunakan kewangan sebaiknya, tidak sewenang-wenang membelanjakan wang untuk membeli pemain. Tetapi peminat kelab itu semakin hilang sabar ketika awal musim apabila kalah 3-1 di tangan Aston Villa ketika perlawanan pembukaan di Liga Perdana Inggeris.

Pengakuan Wenger bahawa Ozil akan meningkat baik akan membimbangkan pertahanan lawan dalam masa yang sama galakan kepada penyokong Arsenal yang tonggak Jerman itu memiliki keupayaan membawa Gunners menjulang gelaran.

Ketika itu Wenger sedar dan mengakui perkara itu dan mula mensasarkan beberapa pemain bagi mengisi posisi sangat diperlukan, penyerang. Gonzalo Higuain mula-mula menjadi sasaran selepas pemain itu berlaih ke Napoli dari Real Madrid dan kemudian Luis Suarez ditagih dari Liverpool tetapi bidaan pemain itu ditolak.
Ozil ketika menyarung jersi kebangsaan
 
Jerman. Gambar: AP

Skuad Arsenal tahu kelab itu perlu sekurang-kurangnya membeli satu nama besar untuk memperkasa semula pasukan itu yang dianggap kurang kaliti untuk menang trofi. Tetapi pada saat akhir Ozil tiba dari Real dan menjadi sebahagian daripada kebangkitan Gunners dan pemain itu mencipta impak lebih kuat di luar padang.

Masih tinggi harapan diletak di atas bahu Ozil meskipun Wenger mengakui pemain Jerman itu tidak ada tanggungjawab besar dan tidak memaksa tetapi yakin pemain itu akan menunjukkan kebolehan sebenar.
“Pertama sekali, Ozil seorang pemain yang berbakat besar,” kata Wenger.

‘Dia baru sahaja tiba di sini tiga bulan lepas dan secara keseluruhan tidak ada persiapan terbaik untuk Liga Perdana.

“Ozil pemain muda, berusia 25 tahun jadi masih banyak ruang untuk diperbaiki ke atasnya,” kata Wenger bercakap menjelang pertemuan Arsenal menentang Marseille di Liga Juara-Juara.

Ketika ini, Ozil sudah menjaring tiga dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan.

“Kami ada ramai pemain yang bola mengambil bola di bahagian tengah tetapi mestilah dia jadi tumpuan di medan tengah. Tapi kami tidak letak tanggungjawab tertentu ke atasnya. Mungkin dia merasakan tekanan berbuat demikian. Kami hanya ingin perlawanan seperti yang ingin dilihat tapi tidak letak sebarang tanggungjawab ke atas dia,” kata Wenger enggan menunjukkan tekanan.

Walaupun Ozil kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir, Ozil memiliki statistik berikut:

 - Ozil sudah memiliki memiliki empat bantuan gol ketika ini, hanya di belakang Steven Gerrard, Kevin Mirallas dan Wayne Rooney (lima bantuan gol) - tetapi masing-masing memiliki kelebihan perlawanan berbanding bekas pemain tengah Real Madrid itu.


 -Bekas bintang Werder Bremen ini juga antara tiga pemain teratas EPL yang membuat hantaran penting (2.8) setiap perlawanan dan hanya diatasi Luis Suarez dan David Silva.


 -Ozil tersenarai antara tujuh pemain paling banyak membuat purata hantaran bagi setiap perlawanan dengan jumlah 66.2, .


 -Dia juga adalah pemain Arsenal yang membuat hantaran paling tepat dan antara 20 terbaik di Liga Perdana dengan purata 1.4 setiap perlawanan.

Ozil digelar 'raja assist' di Sepanyol kerana bantuan gol lebih banyak daripada mana-mana pemain La Liga sejak tiba pada 2010, mengatasi Lionel Messi.
Ozil nampak gembira di Arsenal di bawah bimbingan Wenger.

Kaka akui suasana sedikit tegang di AC Milan

Kaka. Gambar: GETTY IMAGES

Kaka mengakui suasana di ruang persalinan AC Milan sedikit hangat menjelang pertemuan Liga Juara-Juara bertemu Celtic.

Selepas sekadar seri 1-1 ke atas Genoa dalam perlawanan di Sirie A, Rossoneri mengharungi  tujuh perlawanan tanpa kemenangan sehingga menyebabkan kemarahan sebagai peminat yang bertindak melampau apabila menghalang pintu keluar di San Siro dengan memaksa para pemain Milan berdepan dengan mereka.

Kaka ketika itu menenangkan peminat ‘ultra’ ini bersama dengan penjaga gol Christian Abbiati dan perancang tengah itu mengakui Milan perlukan keputusan positif di Glasgow bukan hanya untuk mengukuhkan cengkaman di kedudukan kedua di Kumpulan H tetapi juga untuk meredakan penyokong.

“Ketika ini, masalah besar kami adalah belum menang,” kata pemain Brazil itu. “Kami cuba akan menang tidak kira perlawanan kami bagus atau tidak.”

“Adalah sangat penting dalam kumpulan itu Milan peroleh tiga mata. Suasana sedikit tegang di bilik persalinan tetapi kadang-kala ini adalah satu motivasi.

“Kami sering didesak di Milan. Tujuh perlawanan tanpa satu kemenanga, ini bermakna tekanan dan tekanan untuk menang untuk perlawanan berikutnya. Dan kali ini akan menentang lawan yang sangat sukar.

“Suasana (di Celtic) memang hebat. Beberapa rakan sepasukan pernah beraksi di sini. Bukannya mudah menentang pasukan yang disokong kuat. Samalah hari ini (Selasa).”


Milan menuju perlawanan itu dengan lima mata, satu mata berbanding Ajax yang akan melayani pendahulu kumpulan, Barcelona di Amsterdam dan dua mata di hadapan Celtic. Goal.com

Villas-Boas malu dibelasah enam gol

Andre Villas-Boas mengakui malu selepas Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 6-0 di Stadium Etihad dalam aksi Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

City yang mendahului selepas hanya 14 saat perlawanan bermula dan Villas-Boas berkata: "Kami kena malu dengan diri kami sendiri. Susah nak jelaskan. Semuanya nampak silap bagi kami."

"Tidak perlulah saya sebut individu tertentu, tetapi kalah 6-0 semua yang terbabit mestilah merasakan malu."

"Daripada catatan pertahanan terbaik di negara ini apabila kepada melepaskan enam gol, sangat sukar cari penjelasan."
Andre Villas-Boas.

"Rancangan dan motivasi kami terjejas sebaik sahaja gol saat ke-14 itu. Keyakinan kami hilang sebail gol keempat menembusi gawang.

"Ini adalah keputusan terburuk kami di Tottenham kerana jangkaan ke atas kami tinggi."

"Ia detik buruk buat kami dan kami hanya perlu pastikan jaga diri serta terus maju ke hadapan."

"Ini kekalahan kedua berturut-turut. Kami masih dekat dengan pasukan lain yang sama objektif dengan kami dan masih boleh berubah."

"Tetapi kami kena bangkit, kembali kerja dan beri fokus kesilapan kami."

Tottenham kini gagal menjaring dalam tiga perlawanan Liga Perdana mereka dan akan berdepan juara bertahan Manchester United minggu hadapan.

Villas-Boas yang membelanjakan £110 juta pada musim panas mengakui kurang gol adalah kebimbangan utamanya dan berkata: "Kami tidak ada peluang baik untuk menjaring."

"Kami kena cari lebih jauh, bukan yang sedia ada sekarang ini.

"Kadang-kala ini adalah kerana lawan anda, kadang kala anda tidak lakukan secukupnya. Realiti adalah ini yang kita kena hadapi dan kena perbetulkannya.

Sergio Aguerp dan Jesus Navas menjaring dua gol, Sandro gol sendiri dan Alvaro Negredo menambah dengan kejutan gol keenam.

Sementara itu pengurus City Manuel Pellegrini mengakui: "Bukannya perkara normal menang dengan enam gol menentang pasukan sekuat Tottenham tetapi kami bermain dan bertahan dengan baik."

Analisis perlawanan: Jaringan Goetze hantui kelab lamanya


Mario Goetze memberi reaksi tenang selepas menjaring ke atas kelab lamanya. Gambar: AP
Pertemuan pertama di antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund musim ini memihak kepada kelab Bavaria yang menang 3-0 dan tujuh mata meninggalkan pencabar terdekat mereka itu di Bundesliga dalam pertembungan Der Klassiker itu.
Keputusan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar perlawanan apabila 45 minit awal Bayern dilihat bergelut di bahagian tengah dan serangan. Dalam banyak pandangan, ini kemungkinan antara persembahan terburuk mereka musim ini.
Guardiola mengguna pakai formasi standard pilihannya iaitu 4-1-4-1 dengan kombinasi bahagian tengah meliputi pilihan paling luar biasa dengan menurunkan Javier Martinez bagi peranan perancang tengah 'nombor 10' manakala Phillip Lahm sebagai pivot tunggal.
Penguasaan bola pada sekitar 15 minit gagal diterjemah menjadi peluang mencipta gol sehinggalah 17 minit kemudian baru mendaftar cubaan tepat gawang oleh Bayern dalam masa yang sama menghadapi ancaman dari Borussia Dortmun yang memiliki pertama hanya beberapa minit selepas sepak mula.
Jakub Blazczykowski mencari peluang menghantar bola untuk cuba disepak Robert Lewandowski dan penyerang Poland itu sepatutnya menyepak lebih baik selepas menerima hantaran tetapi sekadar melepasi atas palang dijaga Manule Nueuer.
Impak Marco Reus dan Henrik Mkhitaryan dikekang selama 10 minit pertama oleh Lahm dan Rafinha. Tetapi ruang ditinggalkan Blazczykowski di bahagian kiri meninggalkan banyak ruang tetapi memerlukan Bayern menumpukan kawasan itu untuk membuka jalan kepada Reus dan Mkhitaryan di bahagian tengah memecah benteng Bayern.
30 Minit awal dikawal Dortmund apabila terus menyerang menyebabkan tengah dan pertahanan Bayern mengalami kesukaran.
Keputusan Guardiola untuk menggunakan Martinez sebagai pemain nombor 10 di belakang penyerang tunggal ternyata kurang berkesan apabila pemain Sepanyol itu statik hingga bahagian serangan mereka tersekat di zon tertentu tanpa sokongan.
Mario Mandzukic yang memiliki malam hambar dan membiarkan Arjen Robben cuba memotong dari tepi dan cuba ke arah gol. Tanpa ruang itu Toni Kroos kena pergi jauh ke belakang di hadapan Lahm yang membuka ruang di bahagian serangan Bayern tempat apabila pertahanan Dortmund mengekang ruang serangan juara Bundesliga itu.
Bayern menghadapi gelombang serangan Dortmund dan hanya mula cemerlang pada minit ke-37 apabila Robben tidak dikawal di bahagian sayap kiri dan pemain Belanda itu cuba melorongkan bola buat Mandzukic tetapi tersasar dari capaian penyerang Bayern itu.
Babak pertama semakin tamat ketik Rafinha memutuskan untuk menjatuhkan Reus tetapi menerima kad kuning. Kekasaran itu diikuti dengan pertikaman lidah di antara Mandzukic dan Kevin Grosskreutz dan kedua-dua dilayang kad kuning.
Separuh masa kedua Guardiola mula menukar rentak bahagian tengah dengan menukar Martinez ke posisi pertahanan bahagian tengah dan Lahm serta Kroos ditukar ke posisi biasa mereka. Untuk mempertakan Bayern lebih baik kurag tepat hanya kerana mereka lebih berbisa mencipta peluang serangan apabila kuasa bertahan dipersoalkan apabila Reus bergerak bebas di bahagian kanan.
Reus cuba mencari lorongan untuk Lewandowski tetapi mudah disambut Manuel Neuer dalam cubaan itu.
Bagaimanapun Bayern hidup pada minit ke-55 apabila Mario Goetze menggantikan Mandzukic. Pemain Jerman itu pernah bermain di posisi penyerang palsu nombor 9 tetapi dalam perlawanan kali ini sebagai penyerang biasa dan bertukar-tukar bola dengan baik di antara Kroos, Muller dan Robben.
Thiago Alcantara turun menggantikan Jerome Boateng dan ternyata tindakan itu membuahkan hasil buat Guardiila apabila menukar Martinez dengan Dante, Lahm kembali ke posisi awal perlawanan dan Thiago diletak bergandingan dengan Kroos.
Pertukaran bola di antaranya kemudian mencipta huru-hara dalam seminit sebelum Muller membuat hantaran lintang rendah dan Goetze serta-merta meledak masuk bola itu melepas gawang dikawal Roman Weidenfeller. Lihat imej bergerak di bawah.
Foto diambil dari http://giant.gfycat.com
 Lapan minit kemudian serangan balas Dortmund, Marco Reus melepasi Martinez dan Dante tetapi cubaannya diselamatkan Neuer. Itu adalah peluang jelas tunggal selepas minit ke-71 buat Dortmund dan Jurgen Klopp menggantikan Blazczykowski dan Mkhitaryan dan menandakan pengakhiran bagi peluang gol apabila asakan Bayern cukup mengasingkan Aubameyang dan Hofmann.
Ketika peringkat ini, Bayern semakin jelas mengakhiri tirai perlawanan mengutip tiga mata dari Westfalenstadion menerusi serangan balas. Dante membuat tackle mudah ke atas Reus dan bola itu ditemui Thiago dan kemudiannya menhantar kepada Robben. Pemain Belanda itu kemudian berlari dari sebelah kiri dan menyepak lembut bola melepasi Weidenfeller.
Permainan jauh dari jangkauan buat Dortmund apabila dua minit kemudian Mueller menjaring gol selepas bergandingan dengan Goetze dan Thiago.

FAM benar 4 kuota pemain import

Bermula musim depan, setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana boleh mendaftarkan sehingga tiga pemain import berbanding dua pemain musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara berkenaan telah dipersetujui ahli majlis FAM pada mesyuarat exco yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah baharu-baharu ini.

Beliau bagaimanapun berkata pasukan yang berminat perlu mengambil sekurang-kurangnya seorang pemain import dari benua Asia, dan mereka tidak dibenarkan mengambil pemain import yang bermain di posisi penjaga gol.
Datuk Hamidin Mohd Amin.
Gambar: ABN News

"Kita sedar mengenai bebanan sesetengah pasukan yang terpaksa mengharungi kejohanan penting seperti Kelantan dan Selangor yang bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Hamidin berkata ahli exco bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa baru bagi memastikan Liga-M diswastakan sepenuhnya menjelang 2015.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh beberapa individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran sukan di peringkat kebangsaan termasukh wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), universiti-universiti tempatan dan sebagainya.

"Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat dengan AFC dalam masa terdekat dan selepas memperolehi kaedah sebenar (mengenai penswastaaan Liga Malaysia), kita akan panjangkan pada mesyuarat exco akan datang untuk dibincangkan di kalangan ahli exco," katanya.

Hamidin berkata banyak manfaat yang boleh diperolehi menerusi penswastaan sesebuah liga seperti perolehan keuntungan yang tinggi serta boleh bergerak dengan lebih bebas selaku liga bola sepak profesional.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata Artikel 88 Statut Perlembagaan FAM yang sering menjadi perdebatan hangat dalam arena bola sepak tempatan akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada mesyuarat exco akan datang sebelum di bawa ke Kongres Tahunan FAM ke-49 pada 17 Ogos di sini.

"Kita prihatin dengan perkara ini (Artikel 88) yang banyak dibincangkan di kalangan peminat serta penggiat bola sepak tempatan, maka kita bersetuju untuk membincangkan dengan lebih lanjut," katanya.

Artikel 88 Statut FAM melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu melainkan mendapat kebenaran daripada Kongres FAM.

Antara yang menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didenda sebanyak RM18,000 selain digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM pada 8 Mac lepas.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang merupakan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama. - Bernama

Sunday, 24 November 2013

FAM tidak sambung kontrak Rajagobal

Kontrak Rajagobal tidak disambung Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tamat 31 Disember ini.

Keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Ahad.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata jurulatih skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) Datuk Ong Kim Swee akan menggantikan Rajagobal sebagai pengendali sementara selepas Sukan SEA Myanmar, bulan depan.

Rajagobal dilantik sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya pada 2009.

"Untuk menaikkan lagi tahap sukan bola sepak negara, adalah perlu untuk kita memberikan peluang kepada jurulatih lain yang boleh memberikan sumbangan lebih hebat kepada negara," kata Subahan pada sidang media selepas mesyuarat itu.

"Saya yakin dengan pengalaman beliau bersama FAM sebelum ini dapat membimbing beberapa pasukan lain di luar sana. FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal atas sumbangannya terjadap negara selama ini," katanya.
               
Subahan berkata FAM sedang menyenarai pendek beberapa calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Rajagobal.
                "Kalau mengambil masa yang lama (untuk melantik jurulatih baharu), maka Kim Swee bertanggungjawab untuk membimbing skuad Harimau Malaya pada perlawanan terakhir (kelayakan Piala Asia 2015) menentang Yemen pada Mac depan.

"Kita bagaimanapun masih berharap dapat mencari pengganti Rajagobal selewat-lewatnya sebelum aksi menentang Yemen nanti," katanya.

Antara pencapaian terbaik Rajagobal ialah membantu skuad B-23 negara menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selain membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF buat kali pertama pada 2010.

FAM sebelum ini meletakkan petunjuk prestasi utama kepada Rajagobal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia namun ia gagal dicapai oleh jurulatih berusia 57 tahun itu selepas Malaysia sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan D kelayakan dengan empat mata.
               
Dalam pada itu, Subahan mengesahkan bahawa FAM bersetuju untuk menyambung kontrak Kim Swee yang tamat pada 31 Dis ini, namun beliau enggan mendedahkan tempoh kontrak berkenaan.


Kim Swee yang membimbing skuad muda negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Indonesia sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Myanmar untuk membimbing skuad kebangsaan negara berkenaan. -Bernama

Saturday, 23 November 2013

La Liga: Ronaldo sempat jaring satu sebelum cedera

Sempat jaring satu gol sebelum direhatkan kerana masalah otot. Gambar: AP

MADRID: Cristiano Ronaldo terpaksa dikeluarkan akibat ketegangan otot paha selepas membuka tirai jaringan manakala Gareth Bale turut meledak gol dalam kemenangan 5-0 Real Madrid di Almeria untuk kekal enam mata di belakang Barcelona yang berada di puncak La Liga.

Barcelona pula tidak terjejas dengan krisis kecederaan walaupun turun tanpa kehadiran Lionel Messi untuk menang 4-0 keatas Granada di Camp Nou.

Ronaldo hanya memerlukan kurang dari tiga minit untuk menyumbat golnya ke-14 dalam tujuh perlawanan terakhir untuk kelab dan negara apabila menyudahkan hantaran lintang Isco bagi meletakkan Madrid di hadapan.

Bagaimanapun, dia kemudian digantikan dengan Jese Rodriguez enam minit selepas babak kedua disambung akibat kecederaan itu.
Walaupun kehilangan pemain utama, Madrid terus mengasak dengan Karim Benzema menambah kelebihan sebelum Bale, Isco dan Alvaro Morata melengkapkan kemenangan besar.

Pengurus Madrid Carlo Ancelotti yakin kecederaan Ronaldo tidak akan membuatkan dia direhatkan untuk tempoh masa yang panjang.
“Saya tak fikir ia serius kerana dia tidak kesakitan. Ia ketegangan otot, jadi saya harap dia akan pulih tidak lama lagi. Ujian akan dibuat lagi esok, tetapi kami tidak fikir ia masalah besar.”

Selepas meledak hatrik menentang Sweden untuk menjamin tempat Portugal di Piala Dunia minggu lepas, Ronaldo meneruskan rentak jaringannya apabila menolak masuk hantaran lintang rendah Isco dari sebelah kanan.

Bekas pemain Manchester United itu kemudian menyaksikan rembatan deras jarak jauhnya dihalang oleh Esteban dan penjaga gol Almeria itu turut cemerlang menafikan percubaan susulan Benzema.

Ronaldo dinafikan satu lagi tindakan baik Esteban pada pertengahan babak pertama tetapi itu menjadi penglibatan signifikan terakhirnya  apabila mengalami kecederaan selepas perlawanan disambung.

Benzema memastikan Almeria tidak sempat mendapat semangat daripada ketiadaan Ronaldo apabila melencongkan bola masuk dari jarak 20 ela dua minit selepas itu.
David Villa turut menjaring dalam kemenangan 7-0
Atletico Madrid ke atas Getafe.
Gambar: AP 
Bale kemudian menyumbat gol keempatnya dalam enam perlawanan dari jarak dekat apabila menghukum kesilapan pertahanan tuan rumah.

Madrid menambah dua lagi gol menerusi percubaan jarak jauh Isco dan penyudah menarik pemain gantian Morata 10 minit sebelum permainan tamat.
Awal sebelum itu, Barca meneruskan rekod 100 peratus di tempat sendiri musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Granada yang bermain 10 pemain.

Penalti di separuh masa pertama menerusi Andres Iniesta sebelum Cesc Fabregas memberi kelebihan selesa buat kelab Catalan itu menjelang rehat.
Pelawat kemudian terpaksa bermain suku terakhir perlawanan dengan 10 orang apabila Manuel Iturra dilayangkan kad kuning keduanya.

Alexis Sanchez menambah gol ketiga tidak lama kemudian selepas menyudahkan lorongan Neymar sebelum Pedro Rodriguez melengkapkan kemenangan bergaya seminit sebelum tamat perlawanan.

Dengan Victor Valdes, Xavi Hernandez, Dani Alves dan Jordi Alba turut cedera, pengurus Barca Gerardo Martino terpaksa melakukan tujuh pertukaran dari pasukan yang memulakan perlawanan sebelum ini ketika menentang Real Betis dua minggu lepas.

Bagaimanapun, Martino mengulangi keyakinannya yang Barca memiliki pemain yang cukup untuk menampung ketiadaan mereka.

“Ramai pemain terbaik, seperti Leo atau Victor, tidak bermain, tetapi semua pemain memang bagus. Mereka yang diturunkan amat bagus, jadi saya tidak melihatya sebagai perlawanan yang berbeza. Ia satu perlawanan dimana kami berdepan kesukaran tetapi tidak ada sebab untuk kami tidak bermain dengan baik.

“Kami perlu menumpukan usaha untuk memenangi setiap perlawanan yang kami hadapi dan perkara terbaik yang boleh lakukan ialah menunggu Leo, Victor, Jordi, Dani, Xavi sambil terus mencatat kemenangan bagi membolehkan pasukan ini membentuk keyakinan, dan mereka tidak kembali dalanm semiggu atau sebulan lagi dengan tekanan tambahan untuk mula menyelamatkan pasukan ini.

“Satu-satunya perkara yang tidak akan saya lakukan ialah membuat alasan.”

Persembahan individu paling menyerlah pagi kelmarin, bagaimanapun, menjadi milik pemain Real Sociedad Carlos Vela apabila meledak empat gol untuk membantu pasukan Basques itu bangkit dari ketinggalan 3-1 untuk menundukkan Celta Vigo yang bermain 10 orang 4-3 di Anoeta. -AFP

Klopp: Saya tidak peduli gol kedua dan ketiga Bayern

Jurgen Klopp menyatakan dia tidak peduli dengan gol kedua dan ketiga Bayern Munich apabila Borussia Dortmund kecundang 3-0 di laman sendiri dalam pertembungan 'Der Klassiker'.

Klopp percaya Dortmund tidak
selayaknya tewas 3-0 di tangan Bayern.
Bavaria menang pertama kali dalam Bundesliga ke atas BVB sejak Februari 2010 dalam perlawanan di Signal Iduna Park menerusi jaringan Mario Goetze, Arjen Robben dan Thomas Muller untuk meninggalkan tujuh mata pencabar mereka itu.

Bagaimanapun Klopp merasakan pasukan kendaliannya tidak selayaknya kalah dengan keputusan seperti itu memandangkan peluang mereka miliki pada awal perlawanan.

“Saya tidak kisah betapa buruk kami kalah. Gol kedua dan ketiga tidak menjadi penentu perlawanan ini,” katanya bercakap kepada Skyafter selepas perlawanan.

“Bayern bermain dengan berbeza. Mereka guna banyak hantaran bola jauh dan sangat sabar. Kami ada peluang lebih besar sehinggalah ketinggalan 1-0 dan juga ada peluang menyamakan kedudukan.

“Tapi anda tidak tukar peluang jadi gol. Maka gol kedua anda nampak pasukan kami mula retak. Saya tidak kira pasal gol ketiga.

Sementara itu, penjaga gol Borussia yang juga kapten pengganti Roman Weidenfeller tegas pasukan mereka lebih bagus di antara kedua-dua pasukan itu sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami lebih baik dalam perlawanan ini tetapi ditentukan menerusi beberapa gol. Dan ada ketiga anda tidak dapat menjaring gol,” katanya.

“Kami kurang tajam di hadapan gawang musuh. Kadang-kala anda hanya kena cuba sepak untuk menjaring gol. Kekalahan besar ini tidak layak kami terima. Kami cuba mendapatkan 1-1 (sebelum perlawanan berubah arah).

“Tidak kira berapa banyak kami kalah. Ini hanyalah keperitan kerana pada diterima kami.”

Gunners kukuh cengkaman

Olivier Giroud memberi persembahan cemerlang ketika Arsenal membenam Southampton di laman sendiri, membolehkan Gunners kekal teratas liga. Gambar: AP

Arsenal menang 2-0 ke atas Southampton dalam perlawanan yang disebut Arsene Wenger sebagai penting apabila kedua-dua pasukan masing-masing berada di tempat pertama dan kedua sebelum perlawanan bermula.

Cubaan Jack Wilshere dan Aaron Ramsey untuk Arsenal kedua-dua terkena palang manakala Southampton hampir membuka jaringan menerusi Adam Lalana dan Jay Rodriguez menyepak tepat ke arah gol.

Tetapi kesilapan penjaga gol Southampton Artur Boruc membolehkan Olivier Giroud merampas bola daripada dia pada minit ke-22 bagi membuka jaringan untuk Arsenal sebelum pemain Perancis itu menambah gol menerusi penyempurnaan penalti menjelang tamat perlawanan membolehkan Gunners empat mata teratas carta.

Persembahan Arsenal menentang Southampton tidaklah seimpresif berbanding beberapa perlawanan sebelum ini apabila Southampton mengguna format asakan ke atas kelab utara London itu tetapi pastinya lega dengan perbezaan empat mata di atas berbanding Liverpool yang sebelum itu seri 3-3 menentang Everton.

Kesilapan Boruc melepaskan gol pelik sebegini mengingatkan kita bagi kekalahan tipis 1-0 ke atas Stoke City   tetapi kelab jolokan Saints itu masih boleh dianggap dalam kedudukan selesa berbanding berbanding penyingkiran dari liga utama pada 2009.








Dua gambar di sebelah keadaan Giroud  mengasak sebelum mencuri bola itu.
Boruc sepatutnya pantas menghantar bola ke hadapan tetapi sebaliknya cuba menggelecek bola berkenaan tetapi malangnya dirampas oleh Giroud. Foto: AP
Dan lebih jelas adalah menerusi imej bergerak ini,

Bagaimanapun, keseluruhan perlawanan boleh dikatakan adil buat kedua-dua pasukan apabila kita mengetepikan kemenangan Arsenal yang mengambil positif kekalahan di tangan Manchester United sebelum rehat antarabangsa.

Tetapi kemenangan ini juga galakan buat pasukan kendalian Wenger menentang pasukan yang merampas mata  penuh daripada Liverpool dan Manchester United dalam perlawanan sebelumnya.
Wenger tersenyum sinis? Gambar: AP

"Arsenal tidak perlu beli      penyerang"                   

Awal sebelum itu, Wenger mengakui Arsenal tidak semestinya perlu seorang penyerang pada Januari hadapan.

Dia berkata sedemikian selepas Theo Walcott kini mampu mula turun beraksi sementara menunggu kepulangan Lukas Podolski dari kecederaan dan yakin kedua-dua pemain itu mampu mengisi dan sebanyak sedikit meringankan beban Giroud.

Nicklas Bendtner yang dikhabar akan dibenarkan meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan depan, kurang diyakini mampu menampung ruang penyerang.

"Saya rasa kami boleh menang kejuaraan tanpa perlu beli penyerang," kata pengurus dari Perancis bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan menentang Southampton.

"Saya bukannya bantah (beli penyerang). Saya tidak kata tidak pernah buat silap.Saya pernah buat silap. Kadang-kala kerana kami beli pemain yang salah."

Pages