![]() |
Kagawa memiliki gerakan dan daya kreatif tengah yang baik. Gambar: AP |
Shinji Kagawa akhirnya berpeluang beraksi dalam posisi paling digemarinya, bahagian tengah di belakang penyerang utama sebagai 'pemain nombor 10' dalam aksi Liga Juara-Juara Manchester United menentang Bayer Leverkusen.
Meskipun mengisi sebagai menyokong penyerang utama Wayne Rooney dalam pertemuan di tempat lawan kerana ketiadaan Robin van Persie dan Michael Carrick, Kagawa berjaya membuktikan keupayaannya dalam memegang peranan yang menaikkan namanya ketika bermain untuk Borussia Dortmund dua musim lepas.Manchester menang 5-0 ke atas Leverkusen di BayArena, persembahan terbaik era David Moyes dan pemilihan perancang tengah Jepun itu pastinya akan 'memeningkan' kepala pengurus United kerana cemerlang dalam posisi itu berbanding bermain di bahagian sayap seperti sebelum ini.
Impak dicipta Kagawa ketika di Jerman itu jelas apabila gerakan berbahaya ketika serangan balas dan sering kali menyebabkan pertahanan kucar-kacir dan membuka ruang kepada rakan sepasukan untuk menerobos benteng pertahanan lawan.
Mungkin tumpuan lebih terarah kepada Ryan Giggs malam itu dalam perlawanan dua hari sebelum menyambut hari lahir ke-40 yang juga beraksi cemerlang, Rooney mendapat empat bantuan gol. Tetapi Kagawa banyak memain peranan penting dalam aksi serangan menentang Leverkusen.
"Musim masih panjang dan kami kena pastikan kami memiliki kombinasi berlainan bagi perlawanan berasingan dan malam ini Shinji serta Rooney bermain dengan baik," kata Moyes dalam sejurus selepas perlawanan.
Jelas sekali pengurus United itu masih memilih untuk menggandingkan Rooney dan Van Persie dalam serangan tetapi persembahan dipamerkan Kagawa malam itu memberi pilihan lain dan sedikit sebanyak menyukarkan Moyes membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment