Monday, 25 November 2013

Mentaliti skuad Arsenal berubah sejak ketibaan Ozil

Ozil belum menunjukkan kelas dengan standard dipamerkannya seperti
ketika bermain untuk Real Madrid.

Persembahan Mesut Ozil dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini kurang memberangsangkan berbanding ‘standard’ dimiliki perancang tengah Jerman itu.

Dibeli dari Real Madrid dengan harga £42.5 juta (222.14 juta ringgit) berkemungkinan belum menunjukkan aksi mantap selepas rehat antarabangsa dalam dua minggu ini. Dan masalah kesihatan kecil dan jumlah perlawanan terlibat mungkin mengakibatkan pemain itu perlahan sejak perpindahan.
Walaupun belum mempamerkan prestasi sebenar ketika digelar ‘antara pemain terbaik dunia’ ketika cemerlang selama tiga musim bersama Real Madrid, Ozil menunjukkan impak positif ke atas Arsenal apabila serba sedikit mengubah mental kelab utara London itu.

Ketibaan pemain berketurunan Turki kelahiran Jerman itu mengubah suasana di Arsenal apabila Gunners beberapa tahun kebelakangan ini dianggap hanya kelab melahirkan pemain bintang untuk dibeli pasukan lain. Lihat sahaja pemergian pemain sejak Ashley Cole ke Chelsea, Patrick Viera ke Manchester City, Cesc Fabregas ke Barcelona, Samir Nasri ke City dan terbaru Robin van Persie ke Manchester United.

Satu persatu pemain utama di kelab itu meninggalkan Arsenal dan kemarau trofi selama tujuh tahun berterusan. Ini menyebabkan kekecewaan peminat dan mempersoalkan sama ada kelab itu mampu menarik pemain nama besar atau tidak. Memanglah polisi Arsenal dan terutama sekali Arsene Wenger adalah menggunakan kewangan sebaiknya, tidak sewenang-wenang membelanjakan wang untuk membeli pemain. Tetapi peminat kelab itu semakin hilang sabar ketika awal musim apabila kalah 3-1 di tangan Aston Villa ketika perlawanan pembukaan di Liga Perdana Inggeris.

Pengakuan Wenger bahawa Ozil akan meningkat baik akan membimbangkan pertahanan lawan dalam masa yang sama galakan kepada penyokong Arsenal yang tonggak Jerman itu memiliki keupayaan membawa Gunners menjulang gelaran.

Ketika itu Wenger sedar dan mengakui perkara itu dan mula mensasarkan beberapa pemain bagi mengisi posisi sangat diperlukan, penyerang. Gonzalo Higuain mula-mula menjadi sasaran selepas pemain itu berlaih ke Napoli dari Real Madrid dan kemudian Luis Suarez ditagih dari Liverpool tetapi bidaan pemain itu ditolak.
Ozil ketika menyarung jersi kebangsaan
 
Jerman. Gambar: AP

Skuad Arsenal tahu kelab itu perlu sekurang-kurangnya membeli satu nama besar untuk memperkasa semula pasukan itu yang dianggap kurang kaliti untuk menang trofi. Tetapi pada saat akhir Ozil tiba dari Real dan menjadi sebahagian daripada kebangkitan Gunners dan pemain itu mencipta impak lebih kuat di luar padang.

Masih tinggi harapan diletak di atas bahu Ozil meskipun Wenger mengakui pemain Jerman itu tidak ada tanggungjawab besar dan tidak memaksa tetapi yakin pemain itu akan menunjukkan kebolehan sebenar.
“Pertama sekali, Ozil seorang pemain yang berbakat besar,” kata Wenger.

‘Dia baru sahaja tiba di sini tiga bulan lepas dan secara keseluruhan tidak ada persiapan terbaik untuk Liga Perdana.

“Ozil pemain muda, berusia 25 tahun jadi masih banyak ruang untuk diperbaiki ke atasnya,” kata Wenger bercakap menjelang pertemuan Arsenal menentang Marseille di Liga Juara-Juara.

Ketika ini, Ozil sudah menjaring tiga dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan.

“Kami ada ramai pemain yang bola mengambil bola di bahagian tengah tetapi mestilah dia jadi tumpuan di medan tengah. Tapi kami tidak letak tanggungjawab tertentu ke atasnya. Mungkin dia merasakan tekanan berbuat demikian. Kami hanya ingin perlawanan seperti yang ingin dilihat tapi tidak letak sebarang tanggungjawab ke atas dia,” kata Wenger enggan menunjukkan tekanan.

Walaupun Ozil kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir, Ozil memiliki statistik berikut:

 - Ozil sudah memiliki memiliki empat bantuan gol ketika ini, hanya di belakang Steven Gerrard, Kevin Mirallas dan Wayne Rooney (lima bantuan gol) - tetapi masing-masing memiliki kelebihan perlawanan berbanding bekas pemain tengah Real Madrid itu.


 -Bekas bintang Werder Bremen ini juga antara tiga pemain teratas EPL yang membuat hantaran penting (2.8) setiap perlawanan dan hanya diatasi Luis Suarez dan David Silva.


 -Ozil tersenarai antara tujuh pemain paling banyak membuat purata hantaran bagi setiap perlawanan dengan jumlah 66.2, .


 -Dia juga adalah pemain Arsenal yang membuat hantaran paling tepat dan antara 20 terbaik di Liga Perdana dengan purata 1.4 setiap perlawanan.

Ozil digelar 'raja assist' di Sepanyol kerana bantuan gol lebih banyak daripada mana-mana pemain La Liga sejak tiba pada 2010, mengatasi Lionel Messi.
Ozil nampak gembira di Arsenal di bawah bimbingan Wenger.

No comments:

Post a Comment

Pages