Monday, 25 November 2013

Kaka akui suasana sedikit tegang di AC Milan

Kaka. Gambar: GETTY IMAGES

Kaka mengakui suasana di ruang persalinan AC Milan sedikit hangat menjelang pertemuan Liga Juara-Juara bertemu Celtic.

Selepas sekadar seri 1-1 ke atas Genoa dalam perlawanan di Sirie A, Rossoneri mengharungi  tujuh perlawanan tanpa kemenangan sehingga menyebabkan kemarahan sebagai peminat yang bertindak melampau apabila menghalang pintu keluar di San Siro dengan memaksa para pemain Milan berdepan dengan mereka.

Kaka ketika itu menenangkan peminat ‘ultra’ ini bersama dengan penjaga gol Christian Abbiati dan perancang tengah itu mengakui Milan perlukan keputusan positif di Glasgow bukan hanya untuk mengukuhkan cengkaman di kedudukan kedua di Kumpulan H tetapi juga untuk meredakan penyokong.

“Ketika ini, masalah besar kami adalah belum menang,” kata pemain Brazil itu. “Kami cuba akan menang tidak kira perlawanan kami bagus atau tidak.”

“Adalah sangat penting dalam kumpulan itu Milan peroleh tiga mata. Suasana sedikit tegang di bilik persalinan tetapi kadang-kala ini adalah satu motivasi.

“Kami sering didesak di Milan. Tujuh perlawanan tanpa satu kemenanga, ini bermakna tekanan dan tekanan untuk menang untuk perlawanan berikutnya. Dan kali ini akan menentang lawan yang sangat sukar.

“Suasana (di Celtic) memang hebat. Beberapa rakan sepasukan pernah beraksi di sini. Bukannya mudah menentang pasukan yang disokong kuat. Samalah hari ini (Selasa).”


Milan menuju perlawanan itu dengan lima mata, satu mata berbanding Ajax yang akan melayani pendahulu kumpulan, Barcelona di Amsterdam dan dua mata di hadapan Celtic. Goal.com

No comments:

Post a Comment

Pages