Monday, 25 November 2013

Villas-Boas malu dibelasah enam gol

Andre Villas-Boas mengakui malu selepas Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 6-0 di Stadium Etihad dalam aksi Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

City yang mendahului selepas hanya 14 saat perlawanan bermula dan Villas-Boas berkata: "Kami kena malu dengan diri kami sendiri. Susah nak jelaskan. Semuanya nampak silap bagi kami."

"Tidak perlulah saya sebut individu tertentu, tetapi kalah 6-0 semua yang terbabit mestilah merasakan malu."

"Daripada catatan pertahanan terbaik di negara ini apabila kepada melepaskan enam gol, sangat sukar cari penjelasan."
Andre Villas-Boas.

"Rancangan dan motivasi kami terjejas sebaik sahaja gol saat ke-14 itu. Keyakinan kami hilang sebail gol keempat menembusi gawang.

"Ini adalah keputusan terburuk kami di Tottenham kerana jangkaan ke atas kami tinggi."

"Ia detik buruk buat kami dan kami hanya perlu pastikan jaga diri serta terus maju ke hadapan."

"Ini kekalahan kedua berturut-turut. Kami masih dekat dengan pasukan lain yang sama objektif dengan kami dan masih boleh berubah."

"Tetapi kami kena bangkit, kembali kerja dan beri fokus kesilapan kami."

Tottenham kini gagal menjaring dalam tiga perlawanan Liga Perdana mereka dan akan berdepan juara bertahan Manchester United minggu hadapan.

Villas-Boas yang membelanjakan £110 juta pada musim panas mengakui kurang gol adalah kebimbangan utamanya dan berkata: "Kami tidak ada peluang baik untuk menjaring."

"Kami kena cari lebih jauh, bukan yang sedia ada sekarang ini.

"Kadang-kala ini adalah kerana lawan anda, kadang kala anda tidak lakukan secukupnya. Realiti adalah ini yang kita kena hadapi dan kena perbetulkannya.

Sergio Aguerp dan Jesus Navas menjaring dua gol, Sandro gol sendiri dan Alvaro Negredo menambah dengan kejutan gol keenam.

Sementara itu pengurus City Manuel Pellegrini mengakui: "Bukannya perkara normal menang dengan enam gol menentang pasukan sekuat Tottenham tetapi kami bermain dan bertahan dengan baik."

No comments:

Post a Comment

Pages