![]() |
Saido Berahino, jaring gol kemenangan ke atas Manchester United awal musim ini. |
West Brom menaikkan gaji Saido Berahino sebanyak 1,764 peratus daripada gaji £850 seminggu (RM4,472) sebelumnya.
Pengurus Baggies, Steve Clarke menjangkakan menjangkakan prestrasi penyerang muda itu akan meningkat selepas spekulasi berhubung kontrak barunya.Berahino disebut-sebut sebagai tonggak kelab itu musim ini ketika persediaan untuk menandatangni kontrak dengan West Brom.
Baggies mengumumkan perkara itu semalam apabila penyerang England Bawah 21 tahun itu menandatangani kontrak baru berkenaan.
Berahino, 20, menjaring enam gol Albion musim ini termasuk jaringan kemenangan ke atas juara bertahan Manchester United baru-baru ini termasuk enam dalam empat perlawanan skuad bawah dua puluh satu
Gajinya meningkat berbanding RM4,472 sebelum ini kepada 15,000 pound (RM78,918.5) seminggu dalam kontrak empat tahun itu.
Clarke berkata Berahino kini boleh mengukuhkan tempat di dalam kesebalasan utama dan akan memaksa pengiktirafan daripada pemain kanan England.
""Memang hebat bagi Saido, dia masih muda dan dia sebanyak sedikit diganggu dengan perkara ini beberapa ketika lamanya (berhubung kontrak).
"Ini sedikit negatif tapi musim ini tidak banyak yang negatif mengenai Saido musim ini.
"Dia bernafas udara segar dan penilaian semula dalam skuad.
"Dia sudah memberi sumbangan besar. Apabila dia menandatangani kontrak, dia ada peranan penting untuk bermain sepanjang musim untuk kami.
"Saya tidak fikir ini memberi kesan ke atas prestasinya di atas padang, tetapi saya rasa ada beberapa perkara dalam mindanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila hampir menandatangani kontrak yang bagus.
"Sebagai pemain yang masih muda,sedikit mengganggu fikiran dengan fakta itu di kepala.
"Kini dia akan tandatangninya dan kita boleh lupakan mengenai kontrak dan bercakap mengenai Saido.
"Peringkat seterusnya bagi dia adalah untuk terus melakukan perkara sepatutnya dan memperbaiki permainan. Dia boleh bermula perlawanan, dia tidak perlu bimbang pasal itu.
Clarke juga menegaskan penyerang Ireland, Shane Long tidak akan ke mana-mana ketika jendela perpindahan Januari hadapan.
Long menjaring tiga gol dalam dua perlawanan tetapi belum diberi kontrak baru oleh West Brom.
Hull City hampir mendapatkan khidmat pemain itu dengan harga £5.5 juta pada jendela perpindahan baru-baru ini tetapi Clarke menegaskan ingin mengekalkan Long di kelab itu.
"Jika anda tanya saya jual atau tidak Shane pada Januari, jawapannya tidak. Kenapa saya jual penyerang terbaik saya?
No comments:
Post a Comment