Friday, 29 November 2013

Ozil perlu bukti kemampuan sebenar

Ozil perlu tunjuk lebih 'bisa'. Gambar: AFP

Baru-baru ini, Mesut Ozil kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan terutamanya ketika menentang Marseille dan Manchester United apabila menyaksikan pemain belian termahal Arsenal itu mempamerkan aksi kurang meyakinkan.

Belum ada kritikan jelas ditujukan ke atas perancang tengah Jerman itu tetapi terdapat segelintir pihak mempersoalkan keupayaan sebenar Ozil yang pernah digelar 'raja hantaran gol' ketika menyarung jersi Real Madrid selama tiga musim.

Ozil bernasib baik kerana peminat Gunners tidak melulu mengecamnya kerana pertama Arsenal memiliki keputusan positif, keduanya adalah pemain tengah lain kelab London utara itu lebih menyerlah dan memang tidak sepatutnya menyalahkan perkara yang dijangka muncul dari pemain status bintang itu belum lagi wujud.

Pemain tengah Jerman itu menyaksikan sepakan penaltinya ke atas Marseille diselamatkan Streve Mandanda dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Rakan senegaranya di Arsenal, Per Mertesacker menyokong Ozil untuk menyerlah dan berkata: "Mesut ada perkembangan yang bagus. Dia sentiasa jadi ancaman ketika menentang Marseille dan tidak putus asa meskipun penaltinya diselamatkan.

"Kami lega dengan dia terutamanya dari peralihan di antara pertahanan kepada serangan, dia sering berbahaya..

"Kadang-kala dia mungkin nampak sedikit rebah tetapi pada rehat selepas separuh masa pertama, kami cakap kami tidak kisah pasal penalti itu."
Gambar skrin ini diperoleh dari Aplikasi Bola Sepak Squawka - Sila tekan di sini untuk muat turun.
Berbanding perlawanan menentang Southampton, Ozil lebih 36 hantaran ketika menentang Marseille (71 hantaran) dan rajah di atas menunjukkan posisi dan gerakannya sepanjang perlawanan. Secara statistiknya, ini masih bagus buat Ozil dan sedikit sebanyak kenyataan Mertesacker benar apabila menyatakan Ozil masih ancaman ketika menentang Marzeille.
Gambar: Whoscored dan data dari Opta
Gambar di atas dan di bawah adalah statistik semua perlawanan yang menampilkan Ozil untuk Arsenal setakat ini dan jelas mempamerkan keupayaan perancang tengah ini masih hebat - 2.8 purata hantaran penting dan 1.7 purata gelecekan bola sebagai bukti.
Gambar: Whoscored dan data dari Opta

Gambar di atas dan di bawah adalah statistik semua perlawanan yang menampilkan Ozil untuk Arsenal setakat ini dan jelas mempamerkan keupayaan perancang tengah ini masih hebat - 2.8 purata hantaran penting dan 1.7 purata gelecekan bola sebagai bukti.

Ozil, baru berusia 25 tahun mungkin tidak memberi jangkaan segera diharapkan dengan tag harga pemain termahal Arsenal dan Jerman tetapi ini berlaku kepada semua pemain.

Perlu diingatkan, dia masih menyesuaikan diri di negara dan liga baru dan musim masih panjang buat tonggak tengah Jerman itu. Jika pemain lagenda Gunners seperti Thierry Henry dan Robert Pires juga mengambil masa dan ada ketika kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan, kenapa tidak Ozil.

Walaupun terlepas penalti, Ozil masih memberi bantuan gol untuk dijaring Jack Wilshere dalam perlawanan menentang Marseille. Ozil juga mengutip empat hantaran gol dan hanya tiga pemain sahaja yang lebih banyak daripada dia di Liga Perdana Inggeris iaitu Steven Gerrard, Wayne Rooney dan Kevin Mirallas - semua lima dan kita perlu ingat bahawa dia hanya bermain untuk Arsenal pada bulan Ogos.

Sumbangan keseluruhan Ozil patut lebih baik lagi tapi perkara terbaik dari pemain ini masih ada dan sesiapa yang mengikuti permainannya untuk kelab Werder Bremen dan Real Madrid serta skuad kebangsaan Jerman akan faham justifikasi perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Pages