Friday, 29 November 2013

Ancelotti: Saya tidak akan benarkan Ramos pergi

Ancelotti. Gambar: AP

Ancelotti menegaskan tidak ada masalah di antara dia dengan Sergio Ramos susulan pemain pertahanan Real Madrid itu dibuang padang ketika menentang Galatasaray selain menepis khabar angin mengenai perpindahan pemain berkenaan.

"Saya tidak ada masalah dengan Sergio Ramos dan dia juga tidak ada masa dengan saya. Itu hanyalah percakapan mengenai taktik. Dia buat silap di atas padang yang memang berlaku masa itu. Ramos adalah pemain yang sangat penting untuk pasukan ini. Dia baik sahaja dan akan beraksi dengan bagus."

Pengurus dari Itali itu juga tidak ingin mendengar soalan mengenai kemungkinan pemain pertahanan yang dinilai oleh Perez pada harga 60 juta euro meninggalkan kelab berkenaan.
Sergio Ramos.

"Saya tidak akan benarkan penjualan Sergio Ramos kerana dia antara yang terbaik di dunia. Semua tahu betapa penting dia untuk kelab ini. Hubungan di antara presiden dan pemain juga bagus."

Mengambil kesempatan ke atas isu Ramos itu, Ancelotti juga memberitahu Pepe: "Saya gembira dengan Pepe meskipun dia melakukan kesalahan yang sama seperti Ramos ketika perlawanan."

Ancelotti berharap Real akan terus cemerlang ketika menentang Valladolid nanti dan berkata: "Saya lega cara kami bermain, dengan suasana ini. Semua pemain fahami saya apabila keputusan saya buat. Kami dalam landasan yang bagus, kami akan terus memperbaiki diri selagi mana boleh.'

Ketika ditanya sama ada perlawanan menentang Valladolid itu boleh memotong jurang dengan Barcelona di puncak La Liga, Ancelotti menjawab: "Kami hanya fikir lakukan tugas kami. Barca menang 13 daripada 14 perlawanan musim ini, jadi saya tidak fikir mereka ada masalah serius.

No comments:

Post a Comment

Pages