Friday, 29 November 2013

Fergie pernah tawar saya kontrak tujuh tahun: Gerrard

Gerrard.

Steven Gerrard mendedahkan Alex Ferguson pernah cuba memancingnya ke Manchester United dengan menawarkan kontrak selama tujuh tahun.

Pendedahan kapten Liverpool ini dibuat selepas mendiamkan diri ekoran kenyataan pengurus lagenda Manchester United itu seperti didedahkan dalam Daily Mirror baru-baru ini.

Fergie yang memberi cadangan Gerrard sebagai "bukan pemain berkelas" menerusi buku setebal lebih 350 halaman tulisan pengurus dari Scottland itu tetapi kenyataan terbaru bintang Liverpool itu menunjukkan Ferguson memberi penarafan yang bagus kepada pemain antarabangsa England itu.

Tawaran kontrak tujuh tahun dan cuba memikatnya ke Manchester United sebanyak dua kali membuktikan Ferguson menganggap Gerrard sebagai pemain dengan kualiti tersendiri - bertentangan dengan kenyataannya Gerrard bukan seorang pemain berkelas.

Pengurus Liverpool ketika ini, Brendan Rodgers yang menepis kenyataan Ferguson walaupun Gerrard tidak memberi sebarang komen.

Pertama kali Ferguson cuba merekrut Gerrard ketika masih berusia 13 tahun sebagai pemain memiliki masa hadapan cerah.

"Sekali lagi dia pernah cuba pancing saya pada awal 2002/2003. Jelas sekali saya menolak, jadi saya tidak ambil hati sangat.

"Memang saya rasa sedikit tergugat ketika membaca komennya apabila beliau cakap saya bukan seorang pemain berkelas tinggi. Tapi saya tidak akan termakan dengannya dan setiap orang ada pendapat mereka sendiri.
Ferguson ketika pelancaran buku tulisannya.


"Saya peminat besar Alex Ferguson dan apa yang beliau sumbangkan dalam sukan ini memang hebat, sebab itu kenapa bukunya terjual banyak dalam minggu pertama."

Pendedahan Gerrard ini dibuat pada rancangan tengah malam Clare Balding Show di rangkaian BT Sport.

Gerrard juga menyatakan dalam program itu menegaskan tidak pernah mempertimbangkan United sebagai pilihan meskipun ketika masih remaja. Tetapi mengakui pernah hampir terpanggil dengan pendekatan Jose Mourinho di Chelsea suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment

Pages