![]() |
Aaron Ramsey memilih tidak merai gol menentang kelab lamanya. Gambar: AFP |
Arsenal menjarakkan diri dari pasukan terdekat sebanyak tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu perlawanan selepas kemenangan meyakinkan 3-0 di Cardiff City.
Tumpuan pra dan pasca perlawanan pastinya terarah kepada Aaron Ramsey, 22, yang menentang bekas kelab lamanya di negara asalnya di sini. Menjaring dua gol ke atas bekas kelab lamanya, Ramsey menunjukkan rasa hormat buat kelab yang membimbing melancarkan kerjayanya ketika zaman remaja apabila tidak meraikan dua golnya ke atas Cardiff.Arsenal menguasai perlawanan menerusi corak hantaran lancar menentang pasukan tuan rumah di selatan Wales malam itu. Gunners juga menguasai bola dengan menyempurnakan sebanyak 468 hantaran selain efisien dalam melakukan tackle dengan 94 peratus kadar berjaya.
![]() |
Gambar skrin ini diperoleh menerusi Aplikasi Bolasepak Squawka - Sila tekan sini untuk muat turun |
Pemain lain yang menunjukkan perbezaan di atas padang juga adalah seperti Wojciech Szczesny, Mikel Arteta, Mesut Ozil, Bacary Sagna serta Jack Wilshere yang bekerja keras. Penjaga gol Szczesny cemerlang melakukan empat tangkapan kemas dari cubaan tepat pemain Cardiff tetapi satu daripadanya berkelas dunia apabila meluru pantas menangkap bola dari gerakan kilat lawan ke kotak penalti Arsenal.
Ozil juga cemerlang apabila melengkapkan 94 peratus hantaran, mencipta tiga peluang dan membuat dua hantaran gol.
Ketika keputusan masih 0-0 pada minit ke-15, Ozil membuat sentuhan cantik menemui Giroud di kotak penalti tetapi kesilapan pemain Perancis itu menyangkakan kedudukan offside ketika hanya tinggal penjaga gol untuk ditewaskan tetapi berhenti seketika selama beberapa saat sebelum sedar penjaga garisan tidak memberi isyarat offside dan mula mengatur langkah tetapi sudah terlambat dan pertahanan Cardiff Steven Caulker sempat menyelamatkan keadaan. Ini menyebabkan Arsenal terlepas satu gol mudah tetapi Giroud bernasib baik kerana Ramsey cemerlang.
Ozil Ramsey
Sementara itu, Giroud pula masih perlu terus meningkat dan membuktikan kredibili untuk Arsenal bagi memperkukuhkan pemburuan gelaran liga musim ini.
Tetapi Gunners perlu membeli penyerang lebih prolifik ketika jendela perpindahan Januari hadapan untuk memperkukuh jentera serangan. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, maka perancang tengah Arsenal Ozil akan lebih kerap memberi bantuan gol seperti dilakukannya semasa bermain untuk Real Madrid. Untuk Ronaldo sahaja Ozil memberi 27 hantaran gol dan kelebihan Ozil untuk mencari ruang untuk lorongan dan permainan tidak pentingkan diri adalah salah satu perkara yang perlu diambil kesempatan oleh Arsenal dengan mencari penyerang lebih berbisa.
Manakala Ramsey pula baru berusia 22 tahun tetapi sudah menunjukkan peningkatan mendadak berbanding musim sebelum ini.
Bagi seorang pemain tengah, menjaringkan 13 gol daripada 22 penampilan, membuat 47 tackle dan 4 bantuan gol adalah sesuatu yang bagus dan sekiranya pemain Wales ini mengekalkan momentum sebegini sehingga penghujung musim, tidak syak lagi pemburuan gelaran lebih cerah dan membariskan dia di kalangan pemain terbaik di EPL untuk musim ini.
No comments:
Post a Comment