Sunday, 1 December 2013

Ancelotti yakin Bale tamat sesuaikan diri

FAKTA: Tiga jaringan Bale menentang Valladolid adalah menggunakan kaki kiri, kanan dan tandukan. Gambar: AP

Carlo Ancelotti yakin Gareth Bale sudah menyesuaikan diri sepenuhnya di Real Madris susulan hatrik dalam kemenangan 4-0 ke atas Real Valladolid.

Jurulatih dari Itali itu tidak menurunkan penjaring terbanyak La Liga yang juga pilihan utama Ballon d'Or Cristiano Ronaldo disebabkan kecederaan tetapi tidak menjadi masalah bagi Real apabila Bale cemerlang.

Selepas membuka jaringan menerusi tandukan, pemain Wales itu memberi hantaran gol untuk Karim Benzema untuk jaringan kedua dan kemudian menjaring gol ketiga selepas masa sejam perlawanan.

Bale melengkapkan hatriknya pada minit ke-89 dan Ancelotti memberi cadangan bintang Wales itu sudah menyesuaikan diri sepenuhnya di kelab itu selepas beberapa ketika sebelum turut memuji Angel di Maria.

"Seperti saya katakan sebelum ini, Bale sudah menyesuaikan diri dengan pasukan," katanya. "Dia memiliki keyakinan tinggi dan sangat penting bagi kami. Saya rasa pasukan ini seimbang pada ketika ini.

"Saya rasa formasi kami ketika ini berkesan. Isco juga selesa dan kembalinya Xabi (Alonso) memberikan kami lebih kualiti.

"Persembahan ditonjolkan Di Maria sangat hebat. Dia pemain kami yang paling berbahaya dan menyesuaikan diri di posisi berbeza di atas padang."

Pemain pertahanan kiri Marcelo menambah perkara utama dibimbangi Real adalah mengenai keputusan tetapi lega dengan cara aksi impresif dipamerkan.

"Semua perlawanan kami susah dan Valladolid juga sebuah pasukan hebat. Mereka tidak beri kami ruang pada awalnya tetapi kami kemudian memperkukuh pertahanan dan kemudian serangan kami lebih baik.

"Gol pertama kami adalah keputusan sama ada bermain dengan baik atau buruk tetapi kami kemudian tunjukkan kepada peminat dan perlawanan final sentiasa semakin bail. Sebagai tambahan kami tidak benar dibolosi adalah penting untuk pasukan."

No comments:

Post a Comment

Pages