Sunday, 1 December 2013

Liverpool 'dibaham' Hull

Martin Skrtel.

Gol sendiri Martin Skrtel melengkapkan hari suram bagi Liverpool apabila Hull mengutip tiga mata di Stadium KC.

Hull City yang memberi kejutan ke atas Liverpool seterusnya merakamkan kemenangan pertama ke atas kelab Merseyside itu dalam sejarah mereka dan Reds beraksi tanpa salah seorang tonggak mereka iaitu Daniel Sturridge kerana kecederaan selain Philippe Coutinho sekadar memanaskan bangku simpanan.

Jaringan membias Jake Livermore dipadam menerusi sepakan bebas menarik Steven Gerrard dan separuh masa pertama tamat dengan seri.

Tetapi jaringan David Meyler  dan tandukan gol sendiri Skrtel melepasi Simon Mignolet menyebabkan pasukan kendalian Rodgers itu ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Arsenal.

Pada awal perlawanan, Hull mendahului apabila Livermore menemui ruang dan meluru ke depan gawang Liverpool kemudian menyepak deras Simon MIgnilet  tetapi pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan.
Gambar skrin ini diperoleh menerusi Aplikasi Bolasepak Squawka - Sila tekan sini untuk muat turun
Tetapi pasukan pelawat tidak menunggu masa untuk menyamakan kedudukan.

Kekasaran Davies Curtis ke atas Jordan Henderson memberikan Steven Gerrard peluang untuk meledak gol  dan kedudukan diikat kekal seihingga separuh masa pertama tamat.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang menjaring pada babak kedua dengan Suarez paling hampir dari sudut sempit.

Tetapi ianya berubah ketika perlawanan berbaki 18 minit. Kolo Toure gagal untuk membuang bola jauh dan membenarkan David Meyler itu membuat sentuhan dan masuk ke sudut bawah gawang.

Dan gol sendiri Skrtel hasil hantaran lemah Huddleston ketika perlawanan berbaki tiga minit dan mengutip tiga mata.

Pasukan kendalian Brendan Rodger ketinggalan tujuh mata dari pendahulu tetapi Hull naik ke tangga ke-10.

No comments:

Post a Comment

Pages