Sunday, 1 December 2013

Fulham pecat Martin Jol sebagai pengurus

Jol dihentikan perkhidmatan sebagai jurulatih Fulham.

Martin Jol dipecat sebagai pengurus Fulham dengan jurulatih pasukan utama yang baru sahaja dilantik, Rene Meulensteen mengambil alih serta-merta seperti diumumkan kelab itu.

Fulham berada di tangga ke-18 dan berada di zon penyingkiran susulan kecundang 3-0 kepada West Ham dan hanya mengutip 10 mata daripada 13 perlawanan.

Menurut kenyataan kelab itu pada Ahad, pemilik yang juga pengerusi Shahid Khan membeli kelab itu tahun ini, memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan jurulatih dari Belanda itu dan rakan senegaranya Meulensteen akan mengambil alih buat pertama kali ketika menentang Tottenham pada Rabu.

"Prestasi buruk kami dan keputusan musim ini sukar dinafikan, dan penyokong Fulham layak mendapat lebih baik," kata Khan. "Dengan lebih separuh daripada musim menanti di hadapan, perubahan serta-merta diperlukan."

Jol bergelar pengurus Fulham pada 2011 dan pernah mengurus Tottenham selama tiga musim di Liga Perdana Inggeris sebelum dipecat pada Oktober 2007. Dia juga pernah melatih kelab Bundesliga, Hamburger SV dan pasukan dari Belanda, Ajax.
Meulensteen, pernah berkhidmat
di bawah Ferguson di Manchester
 United sebelum ini.


Pengurus Belanda itu gagal memberi nafas baru kepada Fulham selepas mengambil alih dari Mark Hughes. Pasukan itu menghabiskan musim kesembilan dalam musim pertama sebagai pengurus dan ke-12 dalam kempen lepas selain hanya menang tiga perlawanan musim ini.

"Satu keistimewaan melatih Fulham, salah sebuah kelab hebat di Liga Perdana atau mana-mana di dunia," kata Jol yang menyebut dalam kenyataan Fulham. "Saya kecewa musim ini tapi saya tahu ada hari baru menunggu di hadapan untuk Fulham dan penyokongnya. Saya sentiasa hargai pengalaman di sini dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Khan dan semua orang di Fulham bagi peluang ini."

Meulensteen diambil sebagai jurulatih pasukan utama pada November selepas bekerja di bawah Alex Ferguson di Manchester United sebelum ini.

"Saya hargai kepercayaan En. Khan kepada saya dan akan cuba lakukan yang terbaik untuk menghormati kepercayaan ini," kata Meulensteen. "Kami ingin bawa Fulham kembali ke landasan sepatutnya, bermula malam Rabu."

No comments:

Post a Comment

Pages