![]() |
Membimbing Chelsea dalam gelaran Liga Juara-Juara pertama dalam sejarah Chelsea pada 2012. |
Bekas pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo disebut antara calon menggantikan jurulatih ketika ini Vladimir Petkovic pada hujung musim ini.
Spekulasi menyebut Petkovic akan menghabiskan musim ini bersama pasukan jolokan Biancocelesti sebelum kontraknya tamat bagi mengambil alih peranan jurulatih kebangsaan Switzerland selepas Piala Dunia 2014 di Brazil.Menurut sumber Switzerland, infoticker.ch, Di Matteo antara calon utama dipilih presiden Claudio Lotito.
Peluang Di Matteo mendapatkan posisi itu meningkat hasil pengalamannya sebagai pemain buat kelab ibu negara di antara tahun 1993 hingga 1996 apabila melakukan 87 penampilan untuk Aquile.
Pengurus berusia 43 tahun itu juga memiliki kelebihan susulan pencapaian membimbing Chelsea memperoleh gelaran Liga Juara-Juara dan tugas mendapatkan khidmat Di Matteo akan menjadi lebih mudah sejak dia tidak menjawat posisi pengurusan di mana-mana kelab sejak dipecat oleh Chelsea pada November 2012.
No comments:
Post a Comment