Monday, 2 December 2013

Rooney penjaring kelima terbanyak dalam sejarah EPL

Rooney  menyempurnakan sepakan penalti ketika Manchester United menentang Tottenham. Gambar: AP

Wayne Rooney melakar satu lagi catatan dalam kariernya selepas dua gol jaringannya ketika Manchester United diikat seri 2-2 menentang Tottenham menjadikan penyerang England itu pemain kelima terbanyak jaringan di EPL.

Tonggak United itu kini adalah penjaring kelima tertinggi di Liga Perdana termasuk gol bersama kelab zaman remajanya Everton..

Ketika zaman remaja, Rooney adalah pemain kedua termuda Toffees di belakang Joe Royle, bekas pengurus Everton.

Tetapi jaringannya ketika menentang Arsenal menjadikan dia pemain termuda menjaring di Liga Perdana Inggeris yang menaikkan namanya pada Oktober 2002.

Pemain England itu juga hanya berusia 23 tahun apabila memecah had 100 gol menerusi dua gol ketika Manchester United membelasah Wigan Athletic pada Ogos 2009.

Kini pada usia 28 tahun, dua jaringan Rooney ketika menentang Spurs menyaksikan dia memintas bekas penyerang Liverpool Robbie Fowler ke kedudukan kelima senarai penjaring terbanyak. Mungkinkah Rooney akan terus menambah gol ini sehingga tamat kariernya?

No comments:

Post a Comment

Pages