Monday, 2 December 2013

Pelabur benua luar ubah landskap bola sepak Eropah

Erick Thohir, bilionair dari Indonesia yang menjadi pemegang
 saham terbesar Inter Milan. Gambar: AP

Hartawan dari Asia, Rusia, Arab, Amerika - 10 tahun selepas Roman Abramovich membeli Chelsea, kelab-kelan di Eropah kekal menjadi sasaran pelabur dari luar dan jarang sekali kerana keutamaan bola sepak.

Dari Chelsea hinggalah belian ke atas gergasi Itali, Inter Milan oleh hartawan media dari Indonesia Erick Thohir, antara senarai panjang kelab-kelab yang bertukar tangan dari benua lain sejak dekad lepas.l

Tren ini paling mengejutkan di Liga Perdana Inggeris apabila suasana di sini lebih dialu-alukan bagi pelabur berpotensi dengan kebanyakan kelab tersenarai dalam tukaran saham.

Secara keseluruhannya, 11 daripada 20 kelab di liga utama di England berada dalam tangan bilionari asing.

Tetapi pelabur juga mengalihkan perhatian ke liga Eropah lain dan terbaru di Perancis di mana tidak mengalami masalah hutang besar seperti kes kebiasaan di Sepanyol dan Itali dan tidak terlindung seperti di Jerman yang mengamalkan undang-undang mengekang pelabur swasta dari memiliki lebih daripada 49 peratus saham kelab.

Hasilnya, Paris Saint-Germain dibeli oleh Qatar Sports Investments pada 2011 dan bilionair Rusia Dimitry Rybolovlev mengambil alih monaco pada Disember pada tahun yang sama sebelum secara dramatik menghidupkan nasib prinsipal kelab itu.

"Kemasukan wang ada impak segera ke atas pasaran. Perkara pertama adalah pemilik baru membayar jumlah besar wang buat pemain terbaik. Ini menyebabkan inflasi dan kadang-kala ketidakseimbangan dengan kelab yang tidak lagi mampu menurut keperluan," kata Didier Primault, pengarah bersama Pusat Undang-Undang Ekonomi Sukan (CDES) di Limoges, Perancis.

CDES menghasilkan satu laporan untuk Kesatuan Eropah sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mereka kembali sistem perpindahan bola sepak.

Dalam laporan mereka, CDES menyebut inflasi terbesar berlaku susulan ketibaan Abramovich di Chelsea pada 2003, selepas Manchester City dibeli oleh Abu Dhabi United Group pada 2008 dan pada musim panas lepas apabila PSG dan pencabar Ligue 1, Monaco bersaing antara satu sama lain untuk memecahkan jendela perpindahan di Perancis manakala gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona juga berbelanja besar.

Kemasukan wang ini digunakan untuk membersihkan hutang kelab dengan 200 juta euro (RM874.6 juta) dari pelaburan awal Thohir di Inter akan mengurangkan beban Nerrazurri.

Tetapi mengeluarkan jumlah besar berbelanja untuk pengurusan hutang dan membeli pemain kadang-kala dibuat tanpa menurut logik ekonomi dengan keadaan pasaran ketika ini.

Kes Monaco adalah contoh terbaik dengan kelab itu secara prinsipalnya merai kenaikan ke liga utama di Perancis dengan berbelanja sebanyak 167 juta euro pada jendela perpindahan musim panas.

Dan ada polisi paling diingati dari seorang lagi bilionair Rusia, Suleiman Kerimov yang menukar Anzhi Makhachkala di rantau bergolak Dagestan menjadi antara pemain besar di peringkat Eropah dengan berbelanja besar membeli beberapa pemain pada 2011, terutamanya penyerang Cameroon Samuel Eto'o, dikhabarkan menjadi pemain dengan bayaran gaji paling tinggi didunia selepas berpindah dari Inter.

Terbaru, Vincent Tan dari Malaysia memacu Cardiff City ke EPL buat pertama kali tetapi kaedahnya termasuk mengubah warna tradisi kelab dari biru kepada merah selain menempatkan rakan dalam pengurusan pengambilan pemain - tidak digemari penyokong.

"Ada berbeza jenis pelabur," kata Frederic Bolotny, seorang penasihat ekonomi sukan.
Wajarkan pembelian Gareth Bale
bernilai RM455.13 oleh Real Madrid
 dari Tottenham?


"Ada yang mencari faedah tidak langsung sebagai sebahagian daripada strategi politik, seperti pemilikan Qatar ke atas PSG. Yang lain kurang rasional."

"Abramovich di Chelsea atau Rybolovlev di Monaco mencari penghormataan tidak kira mereka boleh jana wang atau tidak.

"Tidak semua pelabur ini boleh dibandingkan."

Memanglah, beberapa kes pelabur asing mencari keuntungan dengan aktif seperti Glazers di Manchester United - yang jarang sekali berlaku.

Pengenalan Financial Fair Play (FFP) oleh badan induk bola sepak Eropah UEFA berusaha untuk menghentikan kelab berbelanja lebih banyak daripada memperoleh keuntungan daripadanya - secara teorinya - mengelakkan lebih banyak contoh tidak rasional berbelanja besar jadi kebiasaan. -AFP

No comments:

Post a Comment

Pages