Wednesday, 4 December 2013

Jerman kemungkinan hadapi 'Kumpulan Maut'

Empat pasu undian sudah ditentukan bagi Piala Dunia 2014 dengan Jerman antara berpotensi menghadapi lawan sukar di peringkat kumpulan.

Dalam pasu adalah pasukan seperti Brazil (tuan rumah), Argentina, Colombia, Belgium dan Uruguay dengan anak didik Joachim Loew dalam pasu undian yang sama. Aturan akan dibuat berdasarkan posisi negara dalam Ranking Dunia FIFA pada penghujung Oktober tahun ini.
'Kami terima seadanya' -Low
Gambar: AP

Bagaimanapun, Jerman masih boleh diundi dalam satu kumpulan bersama dengan Belanda, Itali, Perancis atau England.

Ketika ini, ada sembilan pasukan Eropah di pasu keemopat ndian tetapi satu pasukan akan ke pasu kedua yang akan ditetapkan Jumaat, agar setiap pasu hanya mengandungi lapan pasukan.

Oleh yang demikian, Jerman boleh berdepan kemungkinan 'Kumpulan Maut' bersama Itali, Ivory Coast dan AS. Bagaimanapun, undian bersama lawan lebih mudah - sekurang-kurangnya di atas kertas - juga boleh jadi seperti satu kumpulan bersama Bosnia-Herzegovina, Algeria dan Honduras.

"Kami terima seadanya," kata Loew merujuk undian pada Jumaat. "Kami tidak ada keutamaan lawan tertentu. Jika Jerman ke kejohanan ini, kami sentiasa ingin berjaya."

No comments:

Post a Comment

Pages