![]() |
Sempat jaring satu gol sebelum direhatkan kerana masalah otot. Gambar: AP |
MADRID: Cristiano Ronaldo terpaksa dikeluarkan akibat ketegangan otot paha selepas membuka tirai jaringan manakala Gareth Bale turut meledak gol dalam kemenangan 5-0 Real Madrid di Almeria untuk kekal enam mata di belakang Barcelona yang berada di puncak La Liga.
Barcelona pula
tidak terjejas dengan krisis kecederaan walaupun turun tanpa kehadiran Lionel
Messi untuk menang 4-0 keatas Granada di Camp Nou.
Ronaldo hanya
memerlukan kurang dari tiga minit untuk menyumbat golnya ke-14 dalam tujuh
perlawanan terakhir untuk kelab dan negara apabila menyudahkan hantaran lintang
Isco bagi meletakkan Madrid di hadapan.
Bagaimanapun, dia
kemudian digantikan dengan Jese Rodriguez enam minit selepas babak kedua
disambung akibat kecederaan itu.
Walaupun
kehilangan pemain utama, Madrid terus mengasak dengan Karim Benzema menambah
kelebihan sebelum Bale, Isco dan Alvaro Morata melengkapkan kemenangan besar.
Pengurus Madrid
Carlo Ancelotti yakin kecederaan Ronaldo tidak akan membuatkan dia direhatkan
untuk tempoh masa yang panjang.
“Saya tak fikir
ia serius kerana dia tidak kesakitan. Ia ketegangan otot, jadi saya harap dia
akan pulih tidak lama lagi. Ujian akan dibuat lagi esok, tetapi kami tidak
fikir ia masalah besar.”
Selepas meledak
hatrik menentang Sweden untuk menjamin tempat Portugal di Piala Dunia minggu
lepas, Ronaldo meneruskan rentak jaringannya apabila menolak masuk hantaran
lintang rendah Isco dari sebelah kanan.
Bekas pemain
Manchester United itu kemudian menyaksikan rembatan deras jarak jauhnya
dihalang oleh Esteban dan penjaga gol Almeria itu turut cemerlang menafikan
percubaan susulan Benzema.
Ronaldo dinafikan
satu lagi tindakan baik Esteban pada pertengahan babak pertama tetapi itu
menjadi penglibatan signifikan terakhirnya apabila mengalami kecederaan selepas
perlawanan disambung.
Benzema
memastikan Almeria tidak sempat mendapat semangat daripada ketiadaan Ronaldo
apabila melencongkan bola masuk dari jarak 20 ela dua minit selepas itu.
![]() |
David Villa turut menjaring dalam kemenangan 7-0 Atletico Madrid ke atas Getafe. Gambar: AP |
Madrid menambah
dua lagi gol menerusi percubaan jarak jauh Isco dan penyudah menarik pemain
gantian Morata 10 minit sebelum permainan tamat.
Awal sebelum itu,
Barca meneruskan rekod 100 peratus di tempat sendiri musim ini dengan
kemenangan 4-0 ke atas Granada yang bermain 10 pemain.
Penalti di
separuh masa pertama menerusi Andres Iniesta sebelum Cesc Fabregas memberi
kelebihan selesa buat kelab Catalan itu menjelang rehat.
Pelawat kemudian
terpaksa bermain suku terakhir perlawanan dengan 10 orang apabila Manuel Iturra
dilayangkan kad kuning keduanya.
Alexis Sanchez
menambah gol ketiga tidak lama kemudian selepas menyudahkan lorongan Neymar
sebelum Pedro Rodriguez melengkapkan kemenangan bergaya seminit sebelum tamat
perlawanan.
Dengan Victor
Valdes, Xavi Hernandez, Dani Alves dan Jordi Alba turut cedera, pengurus Barca
Gerardo Martino terpaksa melakukan tujuh pertukaran dari pasukan yang memulakan
perlawanan sebelum ini ketika menentang Real Betis dua minggu lepas.
Bagaimanapun,
Martino mengulangi keyakinannya yang Barca memiliki pemain yang cukup untuk
menampung ketiadaan mereka.
“Ramai pemain
terbaik, seperti Leo atau Victor, tidak bermain, tetapi semua pemain memang
bagus. Mereka yang diturunkan amat bagus, jadi saya tidak melihatya sebagai
perlawanan yang berbeza. Ia satu perlawanan dimana kami berdepan kesukaran
tetapi tidak ada sebab untuk kami tidak bermain dengan baik.
“Kami perlu
menumpukan usaha untuk memenangi setiap perlawanan yang kami hadapi dan perkara
terbaik yang boleh lakukan ialah menunggu Leo, Victor, Jordi, Dani, Xavi sambil
terus mencatat kemenangan bagi membolehkan pasukan ini membentuk keyakinan, dan
mereka tidak kembali dalanm semiggu atau sebulan lagi dengan tekanan tambahan
untuk mula menyelamatkan pasukan ini.
“Satu-satunya
perkara yang tidak akan saya lakukan ialah membuat alasan.”
Persembahan individu
paling menyerlah pagi kelmarin, bagaimanapun, menjadi milik pemain Real
Sociedad Carlos Vela apabila meledak empat gol untuk membantu pasukan Basques
itu bangkit dari ketinggalan 3-1 untuk menundukkan Celta Vigo yang bermain 10
orang 4-3 di Anoeta. -AFP
No comments:
Post a Comment