Jurgen Klopp menyatakan dia tidak peduli dengan gol kedua dan ketiga Bayern Munich apabila Borussia Dortmund kecundang 3-0 di laman sendiri dalam pertembungan 'Der Klassiker'.
![]() |
Klopp percaya Dortmund tidak selayaknya tewas 3-0 di tangan Bayern. |
Bavaria menang pertama kali dalam Bundesliga ke atas BVB
sejak Februari 2010 dalam perlawanan di Signal Iduna Park menerusi jaringan
Mario Goetze, Arjen Robben dan Thomas Muller untuk meninggalkan tujuh mata
pencabar mereka itu.
Bagaimanapun Klopp merasakan pasukan kendaliannya tidak
selayaknya kalah dengan keputusan seperti itu memandangkan peluang mereka
miliki pada awal perlawanan.
“Saya tidak kisah betapa buruk kami kalah. Gol kedua dan
ketiga tidak menjadi penentu perlawanan ini,” katanya bercakap kepada Skyafter
selepas perlawanan.
“Bayern bermain dengan berbeza. Mereka guna banyak hantaran
bola jauh dan sangat sabar. Kami ada peluang lebih besar sehinggalah
ketinggalan 1-0 dan juga ada peluang menyamakan kedudukan.
“Tapi anda tidak tukar peluang jadi gol. Maka gol kedua anda
nampak pasukan kami mula retak. Saya tidak kira pasal gol ketiga.
Sementara itu, penjaga gol Borussia yang juga kapten
pengganti Roman Weidenfeller tegas pasukan mereka lebih bagus di antara
kedua-dua pasukan itu sepanjang 90 minit perlawanan.
“Kami lebih baik dalam perlawanan ini tetapi ditentukan
menerusi beberapa gol. Dan ada ketiga anda tidak dapat menjaring gol,” katanya.
“Kami kurang tajam di hadapan gawang musuh. Kadang-kala anda
hanya kena cuba sepak untuk menjaring gol. Kekalahan besar ini tidak layak kami
terima. Kami cuba mendapatkan 1-1 (sebelum perlawanan berubah arah).
No comments:
Post a Comment