Undian penentuan kumpulan Piala Dunia 2014 berlangsung di Costa du Sauipe di Salvador, Brazil telah mendedahkan penentuan bagi pasukan berentap dalam temasya bola sepak terbesar ini pada tahun hadapan.
Perlawanan pembukaan adalah membabitkan pasukan tuan rumah Brazil bertemu Croatia. Brazil, menjadi penganjur pertama kali sejak 1950 dan dianggap salah satu pilihan utama untuk menang kejohanan ini.
Undian menyaksikan Kumpulan B yang susah seperti Sepanyol dalam satu kumpulan bersama Belanda, Australia dan Chile. Sebuah kumpulan lain yang juga menyaksikan tiga bekas juara dunia dalam Kumpulan D dengan menemukan Uruguay, Itali dan England selaku bekas pemenang Piala Dunia di samping Costa Rica.
Ikuti reaksi jurulatih skuad negara terbabit Piala Dunia dalam bahagian pertama ini.
Luiz Felipe Scolari, Brazil
Undian bukan bergantung dengan saya jadi saya tidak bimbang. Tapi jika anda lihat kumpulan lain, anda boleh kata diri boleh tahan. England, Itali dan Uruguay dalam kumpulan paling susah. Kami terbuka dengan sebuah pasukan Eropah, yang saya lebih suka dan semua orang tahu pasal Croatia.
Mereka memiliki hantaran bola yang baik dan memiliki sentuhan yang bagus. Mereka beberapa kali beraksi Piala Dunia dan mereka juga ada pemain bermain di kelab besar Eropah. Cameroon pernah beberapa kali menyusahkan Brazil sebelum ini dan kemudian ada Mexico, lawan tradisi kami dan masih berbahaya. Kami pernah melalui perlwanan klasik menentang mereka dalam masa 20 tahun jadi saya fikir ini amaran lain buat kami. Sebelum saya mula katakan mengenai 16 pasukan terakhir, saya kena fikir mengenai Mexico, Cameroon dan Croatia. Jika anda fikir pasal pasukan kumpulan lain, ini berbahaya dalam Piala Dunia.
Nico Kovac, Croatia
Ini sangat istimewa. Brazil adalah perlawanan pertama yang disaksikan dunia, pastinya sesuatu yang istimewa. Kami cuba akan buat perlawanan melawan mereka susah tapi ini bukan mudah. Lihat pada 2006 ketika kami susahkan mereka. Masa itu, Dida melakukan beberapa tangkapan dan Brazil perlu jaringan Kaka untuk menang. Saya ingat saya hanya beraksi 45 minit masa itu dan kena keluar padang kerana kecederaan. Saya harap dapat sedikit mempengaruhi kali ini. Ini juga akan menjadi sesuatu yang istimewa buat Dudu (penyerang Brazil menjadi warganegara Croatia, Eduardo da Silva) kerana saya tahu ini pasal Brazil, banyak makna buatnya. Saya fikir Brazil jelas pilihan utama. Mereka antara pasukan terbaik di dunia. Tetapi tempat kedua masih terbuka. Manakala Mexico mungkin bergelut beberapa tempoh kebelakangan ini tetapi mereka sentiasa kuat di Piala Dunia.
Miguel Herrera, Mexico
Mexico sering sukarkan Brazil. Kami bermain corak bola sepak yang mampu melawan Brazil tapi untuk buat itu kali ini kami perlukan fizikal lebih kuat. Teras pasukan ini dibekalkan dengan pasukan yang melayakkan diri dan kami perlu kekalkan kompetitif. Apabila saya kata semua sudah tersedia, kami bernasib baik. Ini bukan kumpulan yang tidaik baik. Tapi bukan juga senang, tetapi saya yakin pasukan lain akan lihat kami sebagai lawan yang sukar. Menilai dari jenis bola sepak mereka, tiga pasukan lain akan biarkan kami bermain.
Volke Finke, Cameroon
Perlawanan menentang Croatia dan Mexico adalah yang terbesar buat kami. Brazil adalah pilihan utama dan mereka boleh jadi lepas Kumpulan. Jelas sekali kami kena berikan yang terbaik menentang mereka dan mereka pasukan hebat dan ada penyokong di belakang mereka. Saya tidak fikir banyak pilihan di antara Croatia, Mexico dan Cameroon dan perlawanan ini akan menjadi genting. Secara realistiknya, kami patut memandang mereka sebagai lawan bagi merebut tempat kedua. Akhirna, dalam satu kumpulan bersama Brazil adalah pengalaman hebat. Kami akan dapat perhatian ramai.Kumpulan B
Vicente Del Bosque, Sepanyol
Semuanya bukan hanya bergantung dengan lawan kami tapi diri kami sendiri dan dengan pendekatan kami terhadap kejohanan ini dari segi mental. Kami berharap kumpulan yang tidak terlalu susah. Kami tahu mengenai dua pasukan (dalam kumpulan), meskipun Belanda sudah banyak berubah sejak 200. Mereka boleh bermain dengan cara tidak selesa buat lawan mereka. Mereka ada beberapa penyerang sama tetapi di bawah Van Gaal, sistem mereka berbeza selain beberapa pemain baru. Kami kenal Chile dengan baik, kami ada bertemu mereka beberapa kali dan mereka bukannya pasukan mudah ditentang. Mereka miliki pemain berpengalaman dan berbakat dan akan berikan tentangan sukar. Australia kurang dikenali tetapi mereka melayakkan diri dari zon Asia dan saya bayangkan mereka juga ada pemain yang bagus. Saya jangka Brazil akan teratas Kumpulan A jadi kami kena berikan segalanya untuk menang kumpulan kami juga.
Louis Van Gaal, Belanda
![]() |
'Bukan undian bagus buat kami.' -Van Gaal |
Jorge Sampaoli, Chile
Lupakan mengenai Brazil! Mula-mula sekali anda kena layakkan diri (ke 16 pasukan terakhir) dan ini adalah sebuah Kumpulan susah. Kami tidak gentar sesiapa pun dan kami sudah pamerkan kehebetan Chile sebagai antara terbaik. Ini akan jadi susah tetapi kumpulan sukar berikan anda motivasi untuk bersiap dengan baik jadi anda sedia berdepan dengan skuad terbaik, demi melakar sejarah. Ada banyak faktor lebih positif daripada negatif. Kami menentang dua nama besar iaitu Sepanyol dan Beland. Chile berdepa cabaran besar tapi jika kami berjaya atasi, pasukan ini akan berkembang baik. Del Bosque tidak ingin bertemu Chile, begitu juga kami (bertemu Sepanyol).
Ange Postecoglou, Australia
Ini kumpulan yang susah. Kami miliki skuad yang sangat muda dan ini akan menjadi peluang baik bagi mereka mengambil pengalaman. Dan kami lihat ini sama seperti yang saya nampak, Piala Dunia. Ini pasal negara bola sepak terbaik dunia dan kami berdepan cabaran besar, menanti kami di hadapan. Kami akan nampak aksi bola sepak hebat dalam Kumpulan kami dan ini bergantung dengan kami untuk menjadi sebahagian darinya. Kami ingin melawan negara besar. Jadi kami kena uji diri kami menentang negara kuat di pentas terbesar.
Kumpulan C
Jose Pekerman, Colombia
Saya ingin mula dengan berkata bagaimana terujanya berada di sini dengan Colombia - kembali ke undian kelayakan Piala Dunia sejak sekian lama. Kami tahu apa Kumpulan sekalipun kami berada, ia tetap akan sukar. Juara dunia pernah disingkir dalam peringkat ini sebelum ini. Ada beberapa nama besar dalam Kumpulan C tetapi pasukan reputasi lebih kecil juga akan menjadi lawan yang susah. Ini akan menjadi kumpulan menarik dari segi pandangan taktikal. Empat pasukan memiliki gaya permainan berbeza. Jepun dalam prestasi bagus ketika ini, manakala Ivoary Coast beraksi ketiga kali di Piala Dunia. Greece tidak terlalu menonjol tapi tahu betapa kuat mereka.
Fernando Santos, Greece
Ini kumpulan sekata. Tidak ada pasukan yang dianggap pilihan utama tetapi mereka semua lawan yang susah. Semua empat negara (dalam Kumpulan C) gembira dengan undian ini. Ini akan jadi lebih terbuka dan sesiapa boleh kalahkan sesiapa. Ramai orang kata ini adalah kumpulan yang lebih mudah tetaou bagi saya ini antara yang paling susah. Colombia memiliki beberapa pemain yang dikenali seperti Radamael Falcao, James Rodriguez, Jackson Martinez dan lain-lain yang beraksi baik di Eropah, terutamanya di Portugal. Ivoary Coast juga berkelas tinggi, memiliki pemain berpengalaman. Dan Jepun sangat seimbang, memiliki pasukan mampu meletup.
Sabri Debouchi, Cote d'Ivoire
Ini Kumpulan yang sengit, meskipun bagi Ivory Coast ini tidak sesusah Piala Dunia 2006 dan 200. Tapi cakap sahaja jauh daripada senang. Dalam ini ada salah sebuah pasukan terkuat di Amerika Selatan, juga ada pasukan terkuat dari Asia dan Greece yang sangat teratur, bekerja keras dan paling sukar ditentang di Eropah. Kami ingin perlawanan pembukaan yang baik dan akan pastikan persiapan pemain sebaik mungkin agar tiba dengan yakin di Brazil. Kami ingin lakukan lebih baik daripada dua penampilan terakhir kami dan ingin ke peringkat kalah mati.
Aberto Zaccheroni, Jepun
![]() |
'Boleh kata lebih baik, boleh kata lebih buruk.' -Zaccheroni |
Kumpulan D
Celso Otero, Uruguay
Ada tiga bekas juara dunia dalam Kumpulan kami dan itu nampak betapa kompetitifnya ini boleh jadi. Apa yang tinggal hanyalah nikmati kejoahanan ini. Kami tahu banyak pasal lawan kami - kami pernah tentang Itali di Piala Konfederasi jadi ini akan membantu kedua-dua pihak. Kami pernah menentang Costa Rica di playoff sebelum Piala Dunia terakhir, meskipun empat tahun ini mereka berubah dan ada beberapa wajah baru. England adalah sebuah pasukan hebat. Mereka kekal tenang dan kita lihat apa pilihan berkesan dalam setiap perlawanan.
Jorge Luis Pinto, Costa Rica
Kami gembira dengan undian ini. Saya tidak perlu cakap mereka semua pasukan yang bagus. Uruguay sentiasa susah dengan Itali dan England sering antara pasukan terkuat di Eropah. Sebenarnya semua akan memandang pasukan di antara kami jadi saya tahu kami akan bertemu lawan yang susah dan sebenarnya berdepan bekas juara dunia hanya meningkatkan keinginan kami untuk bersiap dengan baik demi kejohanan ini. Ini bermakna jika kami bukan terbaik dalam Kumpulan, kami hanya kena buat persiapan lebih baik.
Roy Hodgson, England
Bila saya lihat Kumpulan ini, saya serta-merta fikir akan jadi sukar. Ada yang gelar ini Kumpulan Maut, antaranya disebabkan kami juga. Lawan kami memiliki pemain berkas dunia misalnnya Luis Suarez, Edinson Cavani, Mario Balotelli dan Andrea Pirlo. Saya fikir ada dua atau tiga pemain dalam pasukan kami yang di tahap sama dan Itali serta Uruguay akan fikir pasal Steven Gerrard, Wayno Rooney dan lain-lain.
Cesare Prandelli, Itali
![]() |
'Bukan selalu nampak tiga bekas juara dunia bersama.' -Prandelli |
— Abi Shukri (@abishukri) December 7, 2013
No comments:
Post a Comment