Kumpulan E
Ottmar Hitzfeld, Switzerland
Ini sangat hampir dan tahap kumpulan dengan mentaliti berbeza. Pasukan Eropah bertemu dengan pasukan dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Saya fikir ini kumpulan sangat menarik. Perancis lawan yang efektif, tapi kami tidak perlu merungut. Kami mesti guna masa untuk bersedia bagi keadaan akan kami hadapi.
Reinaldo Rueda, Ecuador
![]() |
'Inilah bola sepak, inilah hidup!' -Rueda |
Didier Deschamps, Perancis
Ini boleh jadi lebih rumit, secara jujurnya. Kami ada jiran Switzerland kami, sebuah pasukan Amerika Selatan manakala Honduras bermain gaya bola sepak hampir sama. Kami bimbang bermain di utara kerana haba. Perlawanan pertama kami adalah menentang Honduras, jadi ia perlawanan paling penting sekali, menang akan meletakkan kami dalam posisi terbaik. Tiada lawan yang mudah tapi kami perlu tunjukkan lebih ambisi dalam masa yang sama bersikap realistik. Sebelum dan selepas undian, matlamat kami adalah untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir.
Luis Suarez, Honduras
Saya puas hati jika nak kata kecuali satu perkara: saya tidak ingin bertemu Ecuador. Bukan hanya kerana Reinaldo tetapi juga kerana negara itu, banyak makna buat saya. Ecuador bantu saya membangunkan karier, dan saya hutang mereka banyak perkara. Tapi apa sekalipun, undian macam itulah. Kami akan cuba berdepan situasiini sebagai profesional sebenar. Kami ingin ke pusingan seterusnya.
Kumpulan F
Alejandro Sabella, Argentina
Rating dan ramalam sukar dan saya tidak sukakannya, tapi jika 'kumpulan maut' adalah 10, saya boleh kata kami bernasib baik kerana dapat elakkannya.
![]() |
'Secara amnya saya optimistik.' -Sabella |
Safet Susic, Bosnia-Herzegovina
Melihat kumpulan lain, saya boleh cakap puas hati. Tidak perlu rasa tidak gembira, meskipun kami sama Kumpulan dengan Argentina, salah sebuah pilihan menang Piala Dunia 2014. Antara pasukan lain, jelas lebih lemah berbanding kami adalah Iran. Satu lagi adalah Nigeria, senario terburuk yang sama kualiti dengan kami, meskipun mereka lebih banyak pengalaman Piala Dunia daripada kami. Saya percaya kami akan bertarung tempat kedua dengan mereka.
Carlos Queiroz, Iran
Saya tidak boleh bagi nombor. Persiapan kami adalah penting. Jika kami bekerja keras, kami akan ada peluang. Jika tidak, saya tidak dalam posisi untuk mengambil kesempatan untuk diri kami. Bagi kami, kelayakan sangat susah, jadi berada dalam kumpulan ini lega. Bagi pemain saya, adalah satu penghormatan menentang pasukan ini dan penting untuk bermain dan menikmati setiap minit perlawanan, ingin ke pusingan seterusnya. Berdepan Argentina di Maracana? Harapnya kami dapat susakan Argentina. Mimpi tidak perlu bayar apa-apa!
Stephen Keshi, Nigeria
Saya akan letak rating enam kerana kami akan melawan tiga pasukan dengan corak permainan berbeza. Kami tidak tahu butiran terperinci mengenai Iran atau Bosnia tetapi jika kami melawan Argentina dalam setiap Piala Dunia - ia sentiasa sukar. Jelasnya kami hormati semua tiga, meskipun tidak ada sebab untuk gentar dengan mereka. Perkara paling penting adalah persiapan bagi perlawana pertama kerana ia akan menunjukkan siapa diri kami.
Kumpulan G
Joachim Low, Jerman
![]() |
'Kami terima seadanya.' -Low |
Kami terima seadanya. Ini adalah perkara baik apabila tahu apa yang menanti kami, siapa akan kami tentang dan akan lawan. Kini kami boleh tumpu dalam pelan muktamad kami berhubung lokasi ibu pejabat pasukan - ini sangat penting. Mestilah, pertemuan semula dengan Jurgen Klinnsman sangat istimewa. Kami juga menentang Ghana, kami pernah menentang mereka di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan cabaran berdepan Portugal yang memiliki Cristiano Ronaldo akan menjadi tarikan.
Paulo Bento, Portugal
Ini adalah kumpulan sengit dengan sebuah pasukan pilihan - Jerman - sebab sejarah dan potensi mereka. Jerman adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk menang kejohanan ini tetapi Amerika Syarikat dan Ghana juga adalah pasukan yang baik secara keseluruhanya dan memiliki pemain di sebahagian kelab di Eropah. Kami ingin ke pusingan 16 pasukan terakhir dan akan berjuang untuk melayakkan diri.
Kwesi Appiah, Ghana
Jerman dan Portugal adalah pilihan tapi kami akan cuba segalanya untuk sukarkan mereka. Kami akan tumpu satu perlawanan pada satu masa dan yakin capai ke fasa kalah mati. Kami lebih kuat daripada 2010 dan ada beberapa kejutan pada 2014. Lawan kami dalam prestasi bagus ketika ini ada tidak ada sebab untuk memandang rendah setiap dari mereka. Saya fikir kami termasuk Kumpulan Maut.
Jurgen Klinsman, Amerika Syarikat
Kami ingin menentang habis-habisan Jerman dan lihat apa mampu kami lakukan. Secara keseluruhannya, ini akan menjadi kumpulan susah dan bila anda sebut Portugal, ada Ronaldo dan sejarah Ghana bersama AS. Kumpulan ini cabaran sebenar tapi kami terima. Ini adalah antara undian paling susah tapi harapnya kami akan kejutkan penonton di Brazil.
Marc Wilmots, Belgium
Ini sebuah kumpulan yang menarik. Ini tidak akan jadi mudah tapi matlamat utama kami adalah layak ke pusingan seterusnya tidak berubah. Secara jujurnya lawan kami tidak ada pemain berkelas dunia, tapi mereka secara satu pasukan sukar ditewaskan. Saya fikir kami ada peluang. Mungkin ada yang kata Belgium dan Rusia ada pilihan untuk lepasi peringkat kumpulan. Tapi saya waspada dan tidak ada pilihan jelas di sini.
Vahid Halilhodzic, Algeria
![]() |
'Kami bukan ke Brazil melancong.' -Halilhodzic |
Kami sebelum ini boleh termasuk kumpulan lebih susah tetapi tidak ada kumpulan senang atau pun kumpulan maut. Belgium adalah negara utama dengan memiliki kualiti hebat. Pada pandangan saya mereka bolej jadi pasukan kejutan kejohanan. Saya kenal Rusia dengan baik - mereka ada jurulatih yang bagus. Pemain Korea memiliki skil permainan yang tinggi, berdasarkan gerakan berterusan dan memiliki beberapa pemain baik. Kami akan lakukan yang terbaik untuk beri mereka kejutan. Kami bukan ke Brazil sebagai pelancong.
Fabio Capello, Rusia
Kumpulan kami mungkin tidak sesusah yang lain macam Kumpulan B atau G, antara contohnya. Setiap pasukan dalam kumpulan ini sangat berbeza. Mungkin ada yang cakap Belgium pilihan utama kerana keputusan kelayakan ke Piala Dunia mereka sebelum ini tetapi saya masih harap dapat tempat teratas. Saya ada bercakap dengan jurulatih Jepun Alberto Zaccheroni mengenai pemain Korea dan dia beritahu saya berhati-hati. Ini kumpulan yang baik dan undian selalu tidak memihak kami. Satu lagi perkara penting adalah lokasi kerana kami akan bermain di tengah Brazil. Saya gembira.
Ho Myung-Bo, Republik Korea
Kami pernah bermain aksi persahabatan menentang Rusia pada November dan akan mengkaji mereka lagi kerana beberapa perkara berubah. Ramai fikir ini kumpulan mudah tapi ini tidak benar - kita tidak patut padang rendah mana-mana lawan kita kerana mereka semua lawan yang mampu mara. Hanya pasukan yang baik sahaja dapat ke Piala Dunia. Jadi kami bukan hanya perlu tumpu Rusia sahaja tapi juga Belgium dan juga Algeria.
— Abi Shukri (@abishukri) December 7, 2013
No comments:
Post a Comment