![]() |
Tekanan semakin hangat ke atas Moyes. Gambar: AP |
Beberapa jam sebelum perlawanan di antara Manchester United dan Newcastle, pemain pertahanan veteran Rio Ferdinand mempersoal pemilihan pemain oleh David Moyes.
Ferdinand antara lain mungkin mempersoalkan kenapa dia sendiri tidak dipilih tetapi kali ini Moyes memilih percaturan yang salah.Newcastle mencatat kemenangan pertama di Old Trafford sejak 1972 dan ini selang empat hari selepas Everton turut melakar sejarah dengan kemenangan pertama di gelanggang yang sama ke atas United selepas 21 pertemuan, keputusan yang sama iaitu 1-0.
Beberapa minggu lepas mungkin United menang 5-0 di Bayer Leverkusen tetapi minggu kali ini adalah pergolakan sebenar buat kredibiliti Moyes mewarisi 'empayar' dibina Alex Ferguson selama beberapa puluh tahun apabila tekanan mula diberikan ke atasnya selepas kekalahan di tangan Everton.
![]() |
Van Persie hanya menunjuk sekilas pandang keberkesanannya kerana tahap kecedersaannya jadi persoalan. Gambar: AP |
"Pengurus kali ini sedikit berbeza dan dia tidak menyenarai nama pemain terlebih awal. Anda tidak akan tahu skuad yang main," kata Ferdinand memberitahu BT Sport. "Pengurus lama (Ferguson) selalunya berikan sedikit idea jika anda bermain dan beberapa perkara berkaitan.
"Apabila anda bermain, intensiti akan menaik sedikit pada hari perlawanan. Itu adalah apa yang anda perlu pastikan meskipun anda tidak pasti akan diturunkan - iaitu cuba mendapatkan intensiti bila anda sedar anda akan diturunkan.
"Ini susah. Susah lakukannya dari segi mental kerana banyak terbuang tertanya-tanya: 'Saya main atau tidak?' dan perkara di benak kepala macam ini buat anda jadi macam gila."
Tetapi Moyes menafikan perkara sedemikian wujud dengan berkata: "Ini sama bagi setiap pemain kerana saya rasa banyak pasukan buat macam ini. Ini pernah berlaku kepada saya dan tidak pernah rasa macam itu," kata bekas pengurus Everton itu.
"Kami buat dengan cara berbeza. Kadang kala kami senaraikannya (awal), kadang kala kami lewat. Kadang kala pengurus biarkannya begitu supaya media tidak tahu awal.
Wayne Rooney yang tidak beraksi kerana digantung manakala Michael Carrick masih dan Shinji Kagawa dilapor 'terlebih makan'. Robin Van Persie turun beraksi selepas masalah kecederaan dan mengisi peranan 'pemain nombor 10', posisi Rooney beberapa musim ini.
Pemilihan Van Persie bermain sepanjang perlawanan meragukan apabila Moyes sendiri mengakui tidak ada idea sama ada penyerang Belanda itu akan kembali dari kecederaan atau tidak dalam masa dua hari ini.
"Saya tidak tahu bila dia akan beraksi. Kami cuba bawa dia dalam masa seminggu. Tapi dia belum sedia masa ini."
Beberapa jam sebelum sepak mula menentang Newcastle, Moyes masih tidak pasti: "Saya tidak pasti kalau dia beraksi 90 minit."
Pemilihan Van Persie adalah mudah dan mengisi kekosongan Rooney manakala peranan serangan diisi Javier Hernandez tetapi memainkan penyerang Belanda itu selama 90 minit nampak Moyes semakin terdesak di sebalik 'ketiadaan ideanya'. Ini adalah tempoh krisis buat Moyes dan United apabila kecundang akibat gol tunggal Yohan Cabaye.
Jelas Van Persie tidak cergas sepenuhnya dan hanya memperlihatkan sedikit sebanyak sentuhan, satu cubaan tepat iaitu tandukan masuk tetapi disahkan offside selepas ketinggalan gol minit ke-60. Nani bukan sahaja longlai tetapi juga melepaskan banyak bola dan tidak mencipta peluang buat United sebelum digantikan dengan Wilfred Zaha pada minit ke-68.
Pemilihan Cleverley, pemain yang bergelut mencipta impak menjadi lebih basi selepas digantikan dengan Anderson pada minit ke-69 kerana Moyes sudah kurang pilihan.
Nampak Moyes semakin kalut apabila mengaku Manchester United dalam tempoh peralihan selepas perlawanan itu. Moyes mengaku kecewa dengan keputusan itu dan meminta penyokong untuk memberi dia lebih masa di Old Trafford.
"Sinar pasti akan wujud kerana ini adalah tempoh peralihan dan ini sentiasa begini," kata Moyes.
"Sebelum ini saya tidak berharap macam ini seperti beberapa perlawanan. Saya datang sini tahu ia bukan mudah dan ini terbukti."
Tidak pasti sejauh mana penyokong Manchester United mampu bersabar dengan keputusan seperti ini. Memang sudah kita maklum mewarisi United dari bekas pengurus lagenda bukan tugas mudah tapi kelab itu dari hari ke hari bertukar wajah dari juara kepada sekadar kelab pertengahan carta. Jika keadaan buruk ini berterusan, tidak mustahil Moyes akan ditunjuk jalan keluar sebelum pun musim tamat.
If this continue, wonder about Moyes' fate before end of the season. http://t.co/kj9YsU7wwU
— Abi Shukri (@abishukri) December 7, 2013
No comments:
Post a Comment