Saturday, 7 December 2013

Chelsea bermasalah: Mourinho

Mourinho bimbang pertahanan Chelsea. Gambar: AP

Chelsea terlepas peluang untuk menjarakkan satu mata di puncak BPL buat sementara waktu apabila pasukan kendalian Jose Mourinho itu kecundang di Stoke City.

Selepas kemenangan ke atas Southampton dan Sunderland awal minggu ini, Blues mempamerkan pertahanan rapuh yang membimbangkan Mourinho.
"Saya sendiri tidak selesa beritahu anda pasal perlawanan itu," kata Mourinho. "Kami dalam masalah."


Dalam sidang berita selepas perlawanan, dan sepanjang separuh masa kedua Mourinho nampak kecewa dengan persembahan Chelsea.
Dalam masa empat hari kelab London itu melepaskan enam gol di tempat lawan selepas kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland empat hari lepas dan pertahanan mereka sekali lagi mengecewakan pengurus dari Portugal itu.

"Saya ingin ringkas sahaja dan mereka jaring satu lebih daripada kami," kata Mourinho. "Mereka menang dan kami pula kalah. Saya tidak boleh pergi lebih jauh kerana tidak boleh jelaskan beberapa aspek perlawanan itu kepada anda. Ini membimbangkan. Saya tidak sukakanya, saya tidak atur pasukan macam ini. Kadang-kala kesilapan bunuh satu-satu organisasi itu."
Sekiranya Arsenal menang menentang Everton, Gunners akan tujuh mata di atas berbanding Liverpool di tangga kedua manakala Chelsea di tempat ketiga ketika ini. Jurang ini bukan sahaja meningkatkan kebimbangan bekas jurulatih Real Madrid itu ke atas pemainnya ketika ini tetapi kurang persefahaman di antara taktik defensif.

Tidak diketahui apa perancangan Mourinho walaupun mengaku tidak akan membeli pemain pada Januari hadapan sebaliknya hanya menumpukan kaedah kejurulatihan sahaja, seperti diakui sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Pages