Pep Guardiola menyatakan rasa bangga dapat melatih Bayern Munich dengan mereka melebarkan rekod kalah dalam Bundesliga kepada 40 perlawanan manakala krisis kecederaan Borussia Dortmund bertambah teruk.
Bayern berpesta gol dalam kemenangan 7-0 di Werder Bremen apabila pemain sayap Perancis Franck Ribery mencipta dua peluang dan menyumbat dua gol untuk menaikkan peluangnya memenangi anugerah pemain terbaik dunia 2013 yang akan diumumkan pada 13 Januari depan.![]() |
Bayern lebar rentetan tanpa kalah liga kepada 40 perlawanan. Gambar: AP |
“Adalah satu penghormatan dalam melatih mereka hari ini, tetapi saya tahu Bremen boleh bermain lebih baik daripada ini,” kata Guardiola apabila pasukannya mencipta kemenangan terbesar mereka sejak dia mengambil alih Jun lalu.
“Saya perlu katakan terima kasih banyak-banyak kepada pasukan saya. Mereka telah bermain dengan baik sekali.”
Selepas merangkul 14 piala dalam tempoh empat tahun sebagai jurulatih Barcelona, Guardiola boleh menjuarai gelaran keduanya bersama Bayern lewat bulan ini dalam Piala Dunia Kelab di Maghribi selepas memenangi Piala Super UEFA pada Ogos.
Bayern telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati, tetapi memanaskan badan untuk perlawanan Liga Juara-Juara esok di tempat sendiri menentang Manchester City dengan berharap dapat melebarkan rekod rentetan kemenangan di Eropah kepada 11 kemenangan.
“Pasukan ini memiliki mentaliti yang hebat, ia membuatkan bermain jadi menyeronokkan,” kata Ribery, yang turun dalam kesebelasan utama buat kali pertama selepas sebulan kerana kecederaan.
Bayern, yang kali terakhir tewas dalam liga Jerman pada Oktober 2012, mudah merobek benteng pertahanan Bremen.
Pemain Belgium Daniel van Buyten, Mario Mandzukic dari Croatia serta pemain Jerman Thomas Mueller dan Mario Goetze berada dalam senarai penjaring selepas Bremen menjaringkan satu gol sendiri.
Kemenangan tersebut hanya kurang sedikit daripada rekod Bundesliga berusia 57 tahun iaitu kejayaan 9-0 di tempat lawan dan ini juga merupakan kekalahan terbesar Werder di tempat sendiri.
Jurulatih Bremen, Robin Dutt mengekalkan pasukan itu di atas padang untuk ceramah ‘tegas’ sambil mereka jatuh ke tangga ke-14 selepas mencatat hanya dua kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir.
Pasukan tangga kedua Bayer Leverkusen kekal empat mata dibelakang Bayern selepas kemenangan tipis 1-0 di laman pasukan tangga ketiga Borussia Dortmund, yang kini ketinggalan enam mata dibelakang Leverkusen dan 10 di belakang Munich.
“Saya amat gembira dengan pasukan ini,” kata jurulatih Leverkusen Sami Hyypia, yang pasukannya mesti mengalahkan Real Sociedad esok sambil berharap Shakhtar Donetsk kalah di Manchester United, untuk mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.
“Di babak pertama, kami benar-benar membuktikan apa yang boleh kami lakukan.
“Selepas rehat, kami berjuang habis-habisan dan menang, kemenangan ini penting kerana Dortmund hanya ketinggalan tiga mata di belakang kami (sebelum perlawanan).”
Penyerang Korea Selatan Son Heung-Min menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-18 selepas menghukum kesilapan pemain pertahanan Dortmund Manuel Friedrich untuk membolehkan Son menjaringkan gol kelimanya dalam tiga perlawanan terakhir menentang Borussia.
“Bukan mudah untuk menang di Dortmund tetapi kami berikan segalanya,” kata Son.
Kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 p emain selepas Leverkusen kehilangan pemain pertahanan Bosnia Emir Spahic kerana menyerang pemain Dortmund Henrikh Mkhitaryan manakala Borussia kehilangan pemain pertahanan tengah Greece Sokratis di akhir babak kedua keraan mengutip kad kuning kedua.
Dortmund terpaksa mengeluarkan dua pemain tengah Sven Bender dan Nuri Sahin disebabkan kecederaan buku lali dan tidak pasti dapat bermain dalam perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini di Marseille, perlawanan yang mesti dimenangi Dortmund untuk mara ke peringkat kalah mati.
“Keajaiban berlaku berulang kali, tetapi ini tidak kelihatan bagus,” kata jurulatih Dortmund Jurgen Klopp.
“Kami tidak bermain dengan baik, kami gagal mencari jalan untuk kembali dalam permainan manakala Leverkusen melakukannya dengan aksi agresif mereka.
“Kami bermain lebih bersemangat di separuh masa kedua, tetapi kami masih tidak cukup bagus.
“Pemain kami mengalami masalah kecederaan lagi, ini memang menyakitkan hati.” -AFP
— Abi Shukri (@abishukri) December 8, 2013
No comments:
Post a Comment