Thursday, 5 December 2013

Magis empat gol Suarez

Suarez ledak empat gol. Gambar: Soccerlens

Luis Suarez menjaring empat gol untuk Liverpool ke atas Norwich City. Penyerang Uruguay itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menyempurnakan hatriknya.

Pastinya Norwich City akan membenci Liverpool kerana jadi bahan hatrik tiga kali oleh pemain ini. Empat jaringan Suarez sangat berkelas terutamanya gol pertama dan kedua, menyaksikan keupayaan seorang pemain yang memiliki keupayaan dan teknikal hebat dan boleh menghampiri taraf pemain hebat seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Lihat sahaja gol pertama dari jarak 40 ela ini
............dan disusuli gol kedua, ketiga dan keempat Suarez, anda akan sedar seorang pemain berbakat. Liga Perdana Inggeris bukan sahaja disemarakkan oleh seorang lagi pemain dari benua Amerika Selatan - Sergio Aguero dari Argentina di Manchester City - tetapi juga seorang pemain Uruguay yang berpotensi menyinar pada Piala Dunia di Brazil tahun hadapan.

"Dia layak disebut sebaris dengan Messi dan Ronaldo," kata Rodgers. "Selama beberapa tahun mereka (Messi dan Ronaldo) dalam kelas tersendiri tapi Luis masih 26 tahun dan akan meningkat baik.

Kata-kata Brendan Rodgers ada kebenarannya memandangkan persembahan ditonjolkan pemain antarabangsa Uruguay ini yang semakin sensasi di Liga Perdana. Membantu Liverpool menang 5-1 ke atas Norwich dengan empat gol dan satu bantuan bukannya perkara biasa.

Tidak hairan jika jendela perpindahan Januari nanti pemain ini akan dipancing ke Real Madrid dengan harga 50 juta pound sterling.

No comments:

Post a Comment

Pages