![]() |
Lukaku girang sehingga terduduk ketika melorongkan hantaran gol kepada Bryan Oviedo ketika menentang Manchester United. Gambar: AFP |
Beberapa laporan akhbar mengaitkan penyerang pinjaman Chelsea Romelu Lukaku dengan perpindahan mengejut ke Barcelona. Pemain muda Belgium itu mengalami tempoh sukar di Stamford Bridge tetapi menyinar ketika dipinjam ke West Bromwich Albion dan Everton sehingga membuatkan Metro mengaitkan pemain berusia 20 tahun itu dengan Barca.
Lukaku memulakan tempoh pinjaman di Goodison Park selepas dipinjam oleh West Brom musim lepas apabila menjaring lapan gol dalam sembilan penampilan.Ketika tempoh beraksi di Hawthorns, Lukaku menjaring 17 gol dalam 35 perlawanan dan menjadi salah seorang penyerang hangat di Eropah. Pemain Belgium ini juga di tempat kedua dalam pemilihan Golden Boy yang dimenangi oleh Paul Pogba di Juventus.
Apa yang menarik tentang Lukaku bukan sahaja fizikal di zon penalti lawan yang memberikan ancaman tetapi juga gerakan yang pastinya menyusahkan lawan dan sedia untuk berada di mana-mana di padang seperti ditonjokannya ketika menentang Manchester United. Jaringan tunggal menjelang tamat perlawanan oleh Bryan Ovieda adalah hasil hantaran Lukaku.
Lukaku yang setakat ini menjaring lapan gol daripada sembilan perlawanan Liga Perdana musim ini, dikhabarkan mendapat perhatian daripada ketua jurulatih Barcelona, Gerardo Tata Martino dalam perpindahan musim panas, menurut akhbar di Sepanyol.
![]() |
Gambar skrin diperoleh dari Aplikasi Bolasepak Squawka |
Bagaimanapun masih meragukan bagi jangka masa panjangnya di Chelsea meskipun peminat ingin dia dipanggil semula dan melanjutkan tempoh bersama Blueas kendalian Jose Mourinho dengan pinjaman semusim, tetapi pilihan penyerang lebih memihak kepada Fernando Torres, Demba Ba dan Samuel Eto'o.
Awal minggu ini Mourinho menegaskan Lukaku tidak akan meninggalkan Chelsea, tetapi laporan itu terus mengaitkannya dengan perpindahan.
Memberi respons ke atas kenyataan Lukaku mendakwa terbuka untuk kekal di Everton musim depan, Mourinho menjawab: "Mungkin undang-undang baru bola sepak apabila musim tamat, setiap pemain boleh tentukan masa depan mereka sendiri.
"Romelu suka bercakap. Dia masih muda dan gemar berkata-kata. Tetapi satu-satunya perkara dia tidak cakap adalah kenapa dia ke Everton untuk pinjaman."
— Abi Shukri (@abishukri) December 5, 2013
No comments:
Post a Comment