![]() |
Giggs, Rooney dan Fellaini terpaku ketika Oviedo menjaring gol pada minit ke-86. |
Ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Arsenal ketika ini dan berada di berada tangga kesembilan hanya di bawah Southampton, sangat sukar bagi Manchester United kembali bersaing perebutan gelaran liga musim ini walaupun tidak mustahil.
Pengurus David Moyes kena mengaku pasukan kendaliannya itu ketinggalan agak jauh selepas tewas 1-0 di Old Trafford oleh Everton menerusi jaringan tunggal Bryan Oviedo. Tidak keterlaluan untuk dikatakan sasaran realistik United adalah kelompok tiga teratas.
Moyes yang bersemuka dengan kelab ditinggalkannya buat pertama kali itu, mengalami detik pahit selepas tewas hasil jaringan pemain Costa Rica pada minit ke-86 apabila mencatatkan kemenangan pertama kelab Merseyside itu di Old Trafford dalam 21 percubaan.
Sebelum ini Moyes mengakui tidak boleh membuat kesilapan selepas seri 2-2 ketika menentang Tottenham Hotspur, manakala Arsenal, Chelsea, Manchester City, Liverpool dan Tottenham semua mencatat kemananga, kini usaha mempertahankan gelaran liga nampak semakin kelam.
"Kami sangat kecewa. Kami tidak ambil peluang terhidang dan masa itu perlu sedikit tuah tapi satu dua cubaan terkena palang dan Tim Howard menyelamatkan satu atau dua kali (untuk Everton)," ujar Moyes.
"Everton ambil kesempatan darinya dan menunjukkan betapa mereka pasukan bagus."
"Kami ada peluang dan begitu juga mereka dan Everton bermain dengan kerana itulah mereka hampir di antara kelompok teratas liga."
Oviedo yang bermain di posisi bek kiri menunjukkan kekentalan Everton yang baru mengalami satu kekalahan liga setakat ini dan kewibawaan Roberto Martinez menggantikan Moyes memang sesuatu yang
terbukti, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Perlawanan ini pastinya menjadi catatan sejarah bukan sahaja untuk Everton, tetapi Martinez yang mencapai sesuatu yang gagal dicapai Moyes sebelum ini iaitu mengalahkan United di Old Trafford sejak 1992.
Oviedo mengisi kekosongan sementara ditinggalkan Leighton Baines yang mengalami kecederaan dengan baik apabila bukan sahaja terbabit di bahagian tengah serta bertahan tetapi di kotak serangan - terbukti selepas mengutip hantaran Romelu Lukaku untuk jaringan kemenangan.
Pemain Costa Rica itu juga berjaya menghadapi ancaman ditonjolkan Antonio Valencia dan Adnan Januzaj dengan empat terjahan berjaya.
Perlawanan adalah sekata sepanjang perlawanan di antara United dengan Everton tetapi kemenangan ditentukan menerusi gol membolehkan Toffee mencuri satu lagi mata penting di BPL musim ini.
Rajah di atas yang diperoleh dari Squawka menunjukkan statistik perlawanan.
Perlawanan kali ini mendedahkan kekuatan United yang masih tumpul dan bahagian tengah yang masih longlai, dan Alan Smith komentar bola sepak di Englan menyebut Manchester United tidak mampu mempertahankan liga dengan skuad ketika ini.
![]() |
Moyes alami kesukaran musim pertama di ManchesterUnited. Gambar: AP |
"Dengan apa yang dimiliki skuad United ketika ini tidak cukup."
Tetapi seorang pengurus lawan, Jose Mourinho yang membimbing Chelsea masih menyatakan waspada dengan United.
"Memang susah tapi untuk Manchester United, segalanya boleh jadi," kata pengurus Chelsea yang kelabnya ketika ini di tangga kedua liga, empat mata di belakang Arsenal.
Tidak diketahui pelan Moyes pada Januari tahun hadapan tapi pastinya Manchester United tidak boleh terus-menerus kalah dan mesti mencari rentetan kemenangan bagi mengejar rapat kelompok atasan di England.
Apa jadi Manchester United? http://t.co/am30XptnOb
— Abi Shukri (@abishukri) December 5, 2013
No comments:
Post a Comment