![]() |
Robben ketika dipapah keluar padang ketika DFB Pokal. Gambar: AP |
Pemain sayap Bayern Munich Arjen Robben terpaksa diketepikan aksi sekurang-kurangnya enam minggu selepas perlawanan menentang Ausburg di Piala DFB.
Robben yang membuka jaringan menentang Ausburg dalam pusingan 16 pasukan terakhir DFB Pokal, diganti seawal minit ke-16 dan terpaksa dimasukkan ke hospital susulan perlanggaran dengan penjaga gol lawan Marwin Hitz.Pemain Belanda itu terpaksa dipapah membayangkan betapa teruk kecederaan dialaminya di bahagian lutut itu dan Thomas Mueller turun dari bangku simpanan menggantikannya dalam perlawanan yang dimenangi Bayern 2-0.
Masalah kecederaan itu membayangi kemenangan pasukan kendalian Pep Guardiola pada malam itu,
Pemain sayap Belanda itu membuka jaringan pada minit keempat dan gol kedua pula diperoleh menerusi Mueller yang menggantikannya dengan menjaring pada minit ke-78.
No comments:
Post a Comment