Tuesday, 12 November 2013

Statistik permainan Rooney kekang tengah Arsenal

Rooney bekerja keras bukan sahaja dalam perlawanan menentang Arsenal tetapi juga sepanjang  perlawanan untuk Manchester United untuk musim ini. Gambar: ACTION IMAGES
Persembahan Wayne Rooney ketika menentang Arsenal daripada segi statistik bukanlah terlalu cemerlang musim ini. Beberapa hantaran terlepas, melepaskan bola menjadikan penyerang Manchester United itu jauh daripada sempurna ketika menentang Gunners di laman sendiri pada Ahad baru-baru ini.

Dia yang kini mengisi bahagian penyerang tengah bekerja keras di depan benteng pertahanan dan bahagian serangan untuk mengekang penguasaan tengah Arsenal dan terbukti berjaya dalam peranan itu.


Statistik yang diperolehi daripada OPTA menerusi olahan squawka.com ini mempamerkan gambar bagaimana penting Rooney dalam serangan dan pertahanan United.


Perbezaan terbesar permainan Rooney adalah keinginan pemain itu untuk terus berlari. Pemain seperti Arteta dan Ramsey sudah mengukuhkan reputasi sebagai antara pemain tengah paling aktif dalam Liga Perdana Inggeris dan Rooney sendiri dilihat gemar memaparkan ketekunan dalam perlawanan besar menentang seterus mereka itu.


Ramsey dan Arteta sebelum perlawanan dijangka akan menjadi paling aktif pada hari itu tetapi sebaliknya Rooney yang mencuri perhatian dalam pertembungan itu.


Statistik selepas perlawanan memaparkan hanya Ramsey yang menampung kawasan lebih luas daripada Rooney dengan penyerang England itu berlari menjangkau 11km pada perlawanan di Old Trafford itu.


Dia berjaya bersemuka bahagian tengah dan pertahanan Arsenal dengan kerja keras yang memberi kesan ke atas Red Devils memberi inspirasi buat pemain lain untuk berlari dan bergerak selain memaksa hantaran kurang kemas daripada Gunners yang biasanya berdisiplin mengawal bola.


Asakan Rooney ke atas pertahanan pastinya akan diingati bagi sebahagian aksi permainannya menentang Arsenal. Dia mengalahkan Bacary Sagna di sayap kanan untuk menang sepakan sudut penting buat United apabila berlari mengejar hantaran lintang 40 ela kepada Kieran Gibbs untuk memaksa kesilapan, dia berlari lebih separuh padang untuk mengasak penerimaan bola Thomas Vermaelen pada separuh masa kedua.


Apa yang Rooney berikan untuk United adalah bukan sahaja keinginan untuk mengejar pertahanan Arsenal tetapi juga pemain tengah mereka tanpa terkeluar daripada lingkungan posisi.


Kita sering nampak pemain No.10 dan 'penyerang nombor sembilan palsu' (false-nine) untuk undur jauh ke belakang tetapi jarang disaksikan seseorang bermain peranan kedua-duanya sekali (false-nine dan pemain No.10). Tetapi realitinya itulah apa yang dilakukan Rooney sepanjang perlawanan itu dan ini menyebabkan impak peranan Mesut Ozil, Ramsey dan Santi Cazorla menjadi terhad.



Imej di bawah menunjukkan transisi Rooney:

Imej di atas memaparkan bagaimana transisi Rooney daripada bertahan untuk ke tengah mempertahankan kawasan itu. Ketika Cazorla menunggu menerima hantaran, Rooney berada di antara ruang mengasak empat pertahanan Arsenal. Tetapi apabila pemain tengah Sepanyol itu menerima bola itu, Rooney sudah sempat mengejar dan secara tiba-tiba mengasak bahagian tengah.

Cazorla dapat diperhatikan menerima hantaran dan cuba bergerak ke ruang depan melepasi Rooney tetapi larian pemain England itu mengelak perkara ini daripada berlaku dan ini dapat dilihat dalam imej seterusnya.


Cazrola tidak boleh maju tanpa kemungkinan hilang bola apabila sama ada mencuba atau mencari pilihan lain. Rooney menguasai ruang di hadapan pemain Sepanyol itu dalam masa tiga saat dan pergerakan itu ada beberapa implikasi di bahagian tengah United.

Pertama, Phil Jones dan Michael Carrick tidak perlu lari daripada posisi masing-masing untuk menghentikan Cazorla. Jika Rooney tidak pergi jauh ke belakang, kemungkinan salah seorang daripada dua pemain disebut  tadi atau mungkin juga Antonio Valencia, akan cuba beralih daripada posisi mereka untuk menghentikan Cazorla yang mana akan membuka ruang untuk pemain Arsenal lain untuk bergerak. Gunners paling efektif (dan ini nampak musim ini) apabila mereka dibenarkan berlari di antara ruang dan menyebabkan pemain lawan terkeluar daripada posisi tetapi pergerakan Rooney mengelakkan ini daripada berlaku dengan contoh di atas.

Kita dapat nampak bukan sahaja Jones berdisiplin dengan Jonny Evans sebagai pemain pertahanan tengah tetapi juga mempunyai corak baik dengan Carrick sebagai pemain pangsi kembar - mengelak bola daripada menuju Ramsey di bahagian serangan, kawasan pemain Wales itu paling berbahaya sebelum ini.

Kesan daripada itu, Cazorla bukan sahaja menyebabkan hantaran kepada Ozil tersasar tetapi menghantar kepada pemain yang terasing jauh memandangkan penyerang United yang berada berhampiran hingga membawa kepada pusingan belakang Ozil yang membenarkan Manchester United meluru dari sayap pertahanan. Pujian mungkin patut diberi kepada pasangan tengah kerana menyebabkan perkara ini menjadi kenyataan tetapi ini disebabkan keinginan Rooney untuk mengejar di bahagian pertanan dan mempertahankan tengah daripada Arsenal.


Mungkin contoh paling jelas adalah apabila cuba menghalang sepakan Ozil pada separuh masa kedua. Pemain Jerman itu menerima bola di ruang yang baik tetapi Rooney sudi menggerakkan badan ke arah pemain tengah itu, memaksa Ozil sedikit kelam-kabut melintangkan bola lebih ke arah kiri. Sila lihat gambar di bawah.

Dengan permainan habis 1-0, seseorang hanya bole mula membayangkan bagaimana pentingnya perlawanan ini United itu bukan sahaja dalam perlawanan ini tetapi juga dalam persaingan EPL musim ini secara keseluruhannya.


Secara statistiknya mungkin permainan Rooney bukan yang terbaik tetapi apa yang dia lakukan adalah untuk menganggur aliran pergerakan Arsenal yang melancarkan tiga pemain tengah United.

Hantaran Cazorla untuk Arsenal. Ihsan: SQUAWKA

Gambar daripada Squawka ini menunjukkan peta hantaran Cazorla memaparkan bagaimana terputus-putuh disempurnakan di antara ruang itu. Dapat dilihat jelas dua membahagi ruang di antara bahagian tengah serangan dengan tengah, menunjukkan asakan daripada larian Rooney.


Statistik akhirnya mungkin hanya beberapa takel dan pintasan tetapi tidak berhenti berlari dalam pertahanan dan memberikan contoh bagaimana mengganggu pemain tengah dan penyerang pada masa yang sama tanpa lari daripada posisi.
Dikait dengan perpindahan ke Emirates pada musim panas jendela perpindahan, Rooney menunjukkan Arsenal dengan kelegaan buat penyokong United di Old Trafford. Walaupun ini bukan permainan Rooney terbaik daripada statistik, tetapi pada peringkat ini, jelas lebih penting bagi United tidak mencalarkan maruah sebagai juara bertahan di England.

Artikel tulisan Dan Talintyre dan diterjemah oleh 
Mat Misai Putih

No comments:

Post a Comment

Pages