Tuesday, 12 November 2013

Sirie A: Juventus benam Napoli, Milan diikat seri

Tidak dinafikan Paul Pogba dari Perancis kini menempatkan diri di kalangan bakat muda terbaik Eropah.

Juventus mengekor rapat pendahulu Sirie A, AS Roma dengan beza satu mata selepas membenam Napoli 3-0 di Turin. Pendatang baru Sassuolo mengejutkan Roma di Stadium Olympic dengan menyamakan kedudukan 1-1 pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Keputusan itu memberikan kedua-dua pasukan insentif tetapi Juventus mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk menghasilkan persembahan cemerlang dan seterusnya mengutip kemenangan kesepuluh kempen untuk menghampiri satu mata di belakang kelab Rome itu. Penyerang Sepanyol Fernando Llorente menolak mudah gol untuk membuka jaringan buat Juve pada minit kedua dan kemudian Napoli bergelut untuk mencari rentak.

Jurulatih Napoli, Rafael Benitez menyebut gol awal Llorente mengejutkan pasukan kendaliannya tetapi mengakui tidak dapat mempertikaikan kualiti dua gol seterusnya.

"Apabila anda melepaskan gol pantas di stadium  ini, pastinya ia menyukarkan untuk bangkit," kata Benitez memberitahu Sky Sport Italia. "Tetapi pada separuh masa kedua Juventus menjaring dua gol berkualiti."

Juventus terlepas beberapa peluang baik tetapi membuat perbezaan pada pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila sepakan bebas melencong diambil Andrea Pirlo melepasi Pepe Reina dan Paul Pogba mengalahkan penjaga gol dari Sepanyol iyu dengan volei mengejutkan dari jarak lebih kurang 20 meter 10 minit baki perlawanan. Llorente mengakui kesilapan Roma memberikan Juventus sedikit kelebihan.

"Melihat Roma seri awal sebelum itu, kami tahu ini adalah peluang besar buat kami. Meskipun persaingan scudetto masih panjang, menang ke atas Napoli malam ini sangat genting," katanya.


Sementara itu, Inter Milan menang 2-0 ke atas Livorno pada Sabtu, masih kekal di tangga keempat dengan ketinggalan tiga mata di belakang Napoli dan satu mata di hadapan Fiorentina selepas aksi gugup La Viola di tempat sendiri tetap memberikan kemenangan 2-1 ke atas Samprodia hasil dua gol daripada Giuseppe Rossi. Penyerang Itali itu memberikan Fiorentina kelebihan gol pada minit ke-11 menerusi penalti apabila Gaetano Berardi mengasari Alberto Aquilani pada set-piece dan menggandakan kelebihan La Viola nema minit kemudian menerusi sepakan membias dari sudut kotak penalti dengan membawa golnya dalam liga 11 daripada 12 perlawanan.
Fiorentina terlepas rencatan selepas Manolo Gabbiadini mengurangkan kelebihan lawan untuk dan Vincenzo Montella mengakui: "Kami bawa risiko menghabiskan perlawanan seri 2-2 dan ini bukanlah pertama kali musim ini tetapi kami bernasib baik."
Roma dilihat menambah jurang enam mata ke atas Napoli dan Juventus meskipun melepaskan beberapa peluang keemasan selepas mendahului pada minit ke-19 menerusi Alessandro Longhi yang menjaring gol sendiri. Bagaimanapun pasukan tuan rumah dikejutkan apabila Domenico Berardi meledak tinggi bola melepasi gawang Morgan De Sanctic apabila kekeliruan berlaku di sekitar kotak penalti Roma.
"Ini semua berlaku apabila anda tidak menjaring gol kedua," kata jurulatih Roma Rudi Garcia. "Tetapi jika kami terus bermain seperti hari ini dan kemudian menang perlawanan lain kami masih di tempat pertama."
Chievo memperoleh mata penting selepas AC Milan diasak untuk seri tanpa jaringan di laman sendiri. Milan, yang melihat Riccardo Montolivo dibuang padang pada lewat separuh masa kedua, naik tangga kesepuluh tetapi pasukan kendalian Massimiliano Allegri itu 19 mata di belakang Roma dan jauh dari tempat Liga Juara-Juara.
Di tempat lain, Parma bangkit ketinggalan untuk mengikat seri 1-1 Lazio di Il Tardini, manakala Cagliari, Atalanta dan Genia semua menang. -AFP

No comments:

Post a Comment

Pages