Wednesday, 13 November 2013

Siapa akan ke Piala Dunia: Ronaldo atau Ibrahimovic ?

Tidak kira siapa yang layak dan tidak beraksi di Brazil tahun hadapan, dunia bola sepak rugi kerana kedua-duanya adalah  pemain berkelas tinggi.

Cristiano Ronaldo dan Portugal akan melayani Zlatan Ibrahimovic dan Sweden dalam pusingan kelayakan playoff Piala Dunia 2014 di Estadio da Luz pada 15 November 2013.

Malang sekali buat dua pemain ini, perlawanan playoff itu berlangsung dua kali dan hanya seorang bintang sahaja akan beraksi di Piala Dunia Brazil tahun hadapan.

Ronaldo dan Ibrahimovic akan mewakili aksi negara dengan kedua-duanya memiliki prestasi semasa memberangsangkan di peringkat kelab.

Pemain Portugal itu memiliki sembilan gol dan dua bantuan dalam empat penampilan di semua pertandingan manaka penyerang Sweden itu menjaring 10 gol dalam lima perlawanan.

Kali terakhir kedua-dua Portugal dan Sweden beremu adalah pada Mac 2009 dan Oktober 2008 - tiada gol meskipun kehadiran kedua-dua bintang itu.

Tetapi perlawanan pertama ini adalah berbeza daripada pertemuan sebelumnya apabila kedua-dua bukan lagi dalam peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia di Eropah.

Tetapi kelebihan sedikit memihak Portugal yang memiliki pertahanan lebih baik dan lebih berpengalaman dengan format playoff.

Selain itu, Portugal adalah pasukan lebih baik dalam serangan balas, kemungkinan jadi faktor penentu dalam perlawanan timbal balik pada Selasa depan di Friends Arena.

Gol di tempat lawan juga genting untuk menentukan pasukan mana akan beraksi di Brazil pada musim panas tahun depan dan Portugal yang dikendalikan Paul Bento itu juga memiliki peluang lebih baik untuk merobek pertahanan Sweden apabila melepaskan lima gol dalam pertemuan kelayakan terakhir menentang Jerman.

Statistik bergambar di antara Ronaldo dan Ibrahimovic diperoleh dari whoscored.com

No comments:

Post a Comment

Pages