.jpg) |
Christian Eriksen, pemain Tottenham Hotspur dari Denmark juga terlepas peluang bermain Piala Dunia tahun hadapan. Gambar: AP |
Lumrah dan pahit dialami bagi seseorang pemain bola apabila ada yang beraksi cemerlang untuk kelab tetapi gagal menonjol untuk skuad kebangsaan walaupun jarang sekali berlaku kes pemain yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa tetapi kurang baik di peringkat kelab.
Beberapa pemain bola sepak ternama akan terlepas aksi di Piala Dunia tahun hadapan dan kumpilan kali ini adalah berdasarkan posisi kesebelasan utama terbaik yang terlepas kejohanan di Brazil nanti.
Penjaga gol: Petr Cech
 |
Petr Cech. Gambar: AP |
Diletak sebagai antara penjaga gol terbaik dunia, Petr Cech yang bermain untuk Chelsea gagal beraksi Piala Dunia bersama skuad Republik Czech tahun hadapan. Pemain berusia 31 tahun ini hanya sekali ke Piala Dunia pada 2006 dan ternyata kekalahan menentang pasukan kerdil, Armenia ternyata membawa padah.
Pertahanan tengah: Mehdi Benatia
 |
Mehdi Benetia. Gambar: AP |
Mehdi Benatia mula menarik perhatian sejak ketika beraksi sejak permulaan musim ini buat AS Roma apabila menang 10 perlawanan daripada dua belas selain hanya membenarkan tiga gol bolos di Itali. Pemain berusia 26 tahun ini berasal dari Maghribi.
Pertahanan tengah: Branislav Ivanovic
 |
Branislav Ivanovic. Gambar: AP |
Pemain dari Serbia ini adalah contoh seorang pemain profesional dan kekerapan beraksi bersama Chelsea tinggi. Bagaimanapun bersama skuad kebangsaan yang biasa Serbia, pemain ini juga terlepas kejohanan itu di Brazil tahun hadapan.
Bek kiri: Daniel Alaba
 |
David Alaba. Gambar: AP |
Baru berusia 21 tahun tetapi kerap beraksi untuk Bayern Munich dan membantu kelabnya menang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman, pemain dari Austria ini terlepas aksi Piala Dunia meskipun menjadi penjaring terbanyak untuk negaranya dalam peringkat kelayakan Eropah.
Bek kanan: Lukasz Piszczek
 |
Lukasz Piszczek. Gambar: AP |
Lukasz Piszczek menjadi antara pemain pertahanan kanan yang digeruni di Eropah beraksi bersama Borussia Dortmund tetapi kecederaan membelenggu, kegagalan Poland melayakkan diri ke Piala Dunia menyebabkan bakat pemain ini tersia-sia.
Pemain sayap kiri: Gareth Bale
.jpg) |
Gareth Bale. Gambar: A
Pemain termahal dunia ini cemerlang ketika bermain untuk Tottenham dan masih membiasakan diri di persekitaran kelab baru Real Madrid, tetapi tag pemain termahal ini umpama tiada "umpph" kerana tidak beraksi di Piala Dunia tahun hadapan apabila Wales masih tercari-cari penglibatan dalam kejohanan antarabangsa utama.
|
Pemain tengah: Marek Hamsik
 |
Marek Hamsik. |
Pemain berusia 26 tahun ini menjadi kapten untuk Slovakia ketika Piala Dunia 2010 dan kini cemerlang bersama Napoli tetapi kegagalan negaranya ke Brazil tahun depan bermakna seorang lagi pemain konsisten tidak beraksi. Marek Hamsik pada musim sebelum ini adalah antara tiga tonggak digeruni di kelab di Naples itu di Itali.
Pemain tengah: Henrikh Mkhitaryan
 |
Henrikh Mkhitaryan. Gambar: Media Armenia |
Pemain baru Borussia Dortmund memberi impresi yang kuat bersama kelab lamanya, Shakhtar Donetsk selain permulaan awal yang baik bersama Armenia. Pemain berusia 24 tahun ini mula mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaring tiga gol dan membantu 5 jaringan dalam 10 perlawanan setakat sehingga namanya menjadi siulan peminat di Dortmund. Tetapi sayangnya Armenia tidak layak aksi ke Piala Dunia.
Penyerang: Robert Lewandowski
.jpg) |
Robert Lewandowski. Gambar: AP |
Penyerang berbisa ini bermain dengan baik bersama Dortmund dan ketika ini penjaring terbanyak di Bundesliga tetapi tidak dapat membantu Poland untuk beraksi Piala Dunia.
Penyerang: Zlatan Ibrahimovic
.jpg) |
Zlatan Ibrahimovic. Gambar: AP |
"Piala Dunia tanpa saya tidak bermakna," itulah ungkapan Ibra menggambarkan kekecewaannya. Pemain berusia 32 tahun ini cemerlang untuk mana-mana kelab dari Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan kini Paris Saint-Germain tetapi sangat malang apabila Sweden gagal mara selepas ditumpaskan Portugal.
No comments:
Post a Comment