Sunday, 10 November 2013

Pembelian pemain Januari yang membolehkan Liverpool menang EPL

Sturridge dan Suarez - gandingan terbaik Liga Perdana Inggeris ketika ini?

Kembalinya kekerapan Philippe Coutinho beraksi untuk Liverpool nanti akan mempertajamkan barisan serangan diketuai Luis Suarez dan Daniel Sturridge.

Tetapi walaupun ketika ini Liverpool dalam landasan untuk bersaing gelaran EPL, masih ada bahagian yang perlu diperkuatkan dalam skuad Liverpool dan pembelian pada Januari hadapan adalah satu kemestian buat mereka.

Kita tahu mereka tidak perlukan posisi penyerang ketika ini apabila gandingan Daniel Sturridge dan Luis Suarez cemerlang ketika ini apabila mampu meratah mana-mana pertahanan lawan dan kedua-duanya juga melakukan tugas yang baik untuk pasukan Merseyside itu.

Barisan pilihan benteng serangan mereka juga agak baik ketika ini tetapi jelas posisi yang paling diperlukan dalam skuad ketika ini adalah bahagian hadapan empat pemain pertahanan, posisi pemegang tengah.

Steven Gerrard yang semakin meningkat usia tidak mampu menampung peranan seperti suatu ketika dahulu manakala Lucas Leiva dan Jordan Henderson memiliki beberapa kekurangan kritikal dalam posisi tengah ketika ini disebabkan kedua-duanya lebih ke arah fizikal dan daya kuasa tetapi tiada ciri teknikal untuk membuka ruang serangan buat Gerrard, Sturridge dan Suarez.

Cabaye yang dikait meluas perpindahan ke Arsenal, 
boleh disentap Liverpool. Gambar: PA
Pemain yang paling sesuai (dan berpeluang tinggi) untuk ditambat Liverpool ketika ini adalah Yohan Cabaye dari Newcastle. Tetapi ini semuanya bergantung dengan daya pujukan Brendan Rodgers ke atas pengurus Newcastle, Alan Pardew melepaskan pemain berkenaan.

Kelebihan Cabaye bukan sahaja mampu memberi hantaran yang baik, dia juga mampu melakukan tackle dengan baik selain mampu memegang peranan 'holding midfielder'.

Meskipun khabar angin lebih kencang pemain itu berminat ke Arsenal, tidak salah Liverpool untuk bersaing dalam merebut pemain dari Perancis ini.

No comments:

Post a Comment

Pages