Friday, 8 November 2013

Hernandez ke Arsenal?

Hernandez layak terima lebih banyak masa beraksi. Gambar: GETTY IMAGES

Beberapa ketika ini, hangat diperkatakan bahawa penyerang Manchester United, Javier "Chicharito" Hernandez ingin dipancing oleh Arsenal memandangkan kelab kendalian Arsene Wenger itu kekurangan penyerang berkelas dunia melainkan Olivier Giroud.

Sebelum ini dua sasaran iaitu Gonzalo Higuain dan Luis Suarez gagal ditambat ke Arsenal untuk mengisi posisi penyerang. Ini ditambah dengan kecederaan Lukas Podolski dan Theo Walcott yang membuatkan Wenger sukar menggantikan Gidroud dalam jentera serangan.

Dengan kegagalan dua sasaran disebut tadi, kini muncul khabar angin kelab London itu berminat memancing pemain antarabangsa Mexico itu ke Arsenal.

Ada kemungkinan Gunners mampu mendapatkan pemain digelar Little Pea itu pada Januari tahun hadapan memandangkan Hernandez bergelut untuk merebut slot kesebelasan utama di Manchester United kendalian David Motes setakat musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu berada paling belakang berbanding Robin van Persie, Wayne Roonie dan Danny Welberck apabila sekadar memanaskan bangku simpanan sangat kerap. Ini bermakna Arsenal mampu memujuk Hernandez walaupun pemain itu tidak pernah merungut kurang permulaan aksi musim ini memandangkan pada usianya kini, dia tidak boleh lagi dianggap 'terlalu muda' kerana pemain bola sepak pada masa paling prolifik di usia 26 hingga 30 tahun.

Hernandez tidak boleh membazirkan bakatnya begitu sahaja kerana nisbah gol jaringannya berbanding minit permainan sangat tinggi. Di arena antarabangsa, dia juga memiliki rekod lebih baik daripada dua antara pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo apabila mengumpul 35 jaringan daripada 55 penampilan sahaja.

Sering menunjukkan riak ceria antara sifat yang mudah 
menyenangi pemain ini. Gambar: AP
Dia tiba di Old Trafford pada 2010 dengan menjaring 20 gol pada musim pertamanya, 12 pada musim kedua dan 18 musim lepas membantu United menang EPL apabila datang dengan prospek hangat pemain muda dari Amerika Selatan.

Tetapi Manchester United yang kini diurus oleh David Moyes menggantikan Alex Ferguson, maka peluang merebut tempat itu semakin sukar meskipun masih mempamerkan bisa. Menjelang Piala Dunia di Brazil tahun hadapan, Hernandez tidak boleh berdiam diri dan kena menunjukkan sifat pentingkan diri, dia mesti berpindah ke kelab Eropah lain yang mampu menawarkan tempat lebih baik buatnya. Mungkin Arsenal?

Tetapi masih meragukan jika Wenger benar-benar berminat dengan pemain Mexico itu. Arsenal adalah sebuah pasukan yang gemar dengan pemain yang mampu mengasak lawan ketika tidak menguasai bola dan mementingkan corak hantaran lancar dan keupayaan Hernandez bukan berdasarkan sistem digemari Wenger ini.

Hernandez adalah seorang pemain yang banyak bergantung dengan menghidu peluang di depan gol dan mencari posisi baik bagi menampung kekurangan teknikalnya, tetapi Arsenal memerlukan pemain termasuk penyerang yang mampu menyumbang di bahagian tengah (seperti yang dilakukan oleh Giroud ketika ini) - sesuatu yang tidak mampu dilakukan Hernandez.

Kegemarannya juga adalah lebih mengintai peluang gol tetapi sangat lemah berhubungan corak gerakan dengan rakan pasukan memungkinkan Wenger mempertimbang pembelian Hernandez atas alasan taktik keutamaan pengurus Gunners itu ketika ini.

Bagaimanapun tidak salah Wenger memilih Hernandez sebagai penyerang kerana barisan tengah Arsenal kini  boleh dikatakan antara yang digeruni di England dengan pemain seperti  Mesut Ozil, Santi Cazorla dan Aaron Ramsey misalnya mampu memberi peluang buat pemain berbadan kecil itu mencari ruang di kotal penalti lawan untuk menjaring.

No comments:

Post a Comment

Pages