Friday, 23 September 2016

Mourinho mahu diamkan pengkritik

MOURINHO .... Bergelut sejak bergelar pengurus United.


Jose Mourinho berikrar untuk mendiamkan pengkritik apabila Manchester United berdepan juara bertahan Leicester manakala musuh lamanya Arsene Wenger berharap dapat meraikan peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dengan kemenangan keatas Chelsea pada Sabtu ini.
Mourinho mendapati dirinya dikecam kurang dua bulan dalam tempohnya mengendalikan United selepas tiga kekalahan berturut-turut dan kemenangan kurang meyakinkan dalam Piala Liga keatas pasukan divisyen tiga Northampton.
United sudah ketinggalan enam mata dibelakang pendahulu Liga Perdana Manchester City dan satu lagi kegagalan di Old Trafford hujung minggu ini boleh menjadi tamparan besar dalam usaha Mourinho membangkitkan pasukan yang semakin tenggelam dalam beberapa tahun terakhir ini.
Selepas memenangi tiga perlawanan pertama liga dibawah Mourinho, selain mengalahkan Leicester dalam Perisai Komuniti (piala sumbangsih), United tunduk kepada City dan Watford, selain kalah di Feyenoord dalam Liga Europa.
Taktik dan pemilihan pemain Mourinho dipersoalkan, sambil wujud andaian tentang kritikan terbuka pengurus itu terhadap pemain-pemain individu, termasuk pemain pertahanan yang dihantui kecederaan Luke Shaw, tidak diterima baik di bilik persalinan.
Menundukkan pasukan kerdil Northampton gagal menghapuskan rasa tidak puas hati yang kian memuncak tetapi, dengan lagak penuh yakin seperti selalu, Mourinho tampil berjuang.
GUARDIOLA .... Permulaan kempen cemerlang sejak 
mengendalikan City.

“Kami lalui minggu yang teruk. Saya sedar dunia ini penuh dengan ‘Einstein’ (orang-orang yang pandai). Saya tahu mereka cuba padamkan karier saya selama 16 tahun ini,” keluh Mourinho.
“Mereka cuba padamkan sejarah menakjubkan Manchester United dan fokus kepada minggu buruk dengan tiga keputusan yang teruk. Tetapi beginilah bola sepak baharu, ia penuh dengan ‘Einstein’.
Keadaan yang dilalui Mourinho pada hujung minggu sama dimana Wenger meraikan ulang tahunnya ke-20 sebagai pengurus Arsenal pasti turut mendapat tumpuan pengurus dari Perancis itu.
Wenger, yang telah menerima banyak kritikan dari Mourinho pada masa lepas, berdepan Chelsea dengan azam untuk memperbaiki rekod buruk lima kemenangan dalam 31 pertemuan terakhirnya dengan kelab itu.
Peristiwa penting terakhirnya – perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus Arsenal – dirosakkan oleh kekalahan besar 6-0 di Stamford Bridge.
Tetapi selepas menyaksikan skuad barisan keduanya menang 4-0 di Nottingham Forest dalam Piala Liga pada pertengahan minggu, selepas menang 4-1 di Hull hujung minggu lepas, Wenger percaya kekuatan dalaman skuadnya akan membantu membetulkan kembali keadaan selepas permulaan goyah musim ini.
“Kami ada empat hari untuk bersiap bagi perlawanan ini, ayuh tumpukan kepadanya sekarang,” kata Wenger.
“Prestasi menunjukkan pemain-pemain yang beraksi di Hull perlu berada di tahap terbaik dan itulah yang kami inginkan – persaingan merebut tempat.”
Chelsea pula turun dalam aksi setempat ini dengan kemenangan 4-2 di Leicester dalam Piala Liga dimana mereka bangkit dari ketinggalan 2-0.
Seorang pemain yang amat berharap diturunkan di Emirates ialah Cesc Fabregas, yang mencipta namanya sebagai pemain dibawah Wenger di Arsenal.
Everton cemerlang dalam Liga Perdana apabila menghuni kedudukan kedua setakat ini sejak diurus Ronald Koeman.

Pemain tengah Sepanyol itu belum memulakan perlawanan liga musim ini, tetapi selepas menjaringkan dua gol pada masa tambahan di Leicester, dia berharap dapat membuka laluan untuk kesebelasan utama pilihan Antonio Conte hari ini.
“Ini situasi baharu buat saya dalam karier saya selepas 13 tahun bermain secara tetap untuk kelab dan pasukan negara,” kata Fabregas.
“Dan ia cukup sukar, saya tidak akan nafikannya. Tetapi perkara terakhir yang akan saya lakukan ialah merungut atau berputus asa.”
Pendahulu liga, City, bertandang ke Swansea buat kali kedua minggu ini selepas menang 2-1 di Stadium Liberty dalam Piala Liga.
City menang kesemua sembilan perlawanan dibawah Pep Guardiola, termasuk lima dalam liga, dan pengurus dari Sepanyol itu mengekalkan pasukannya di selatan Wales untuk menambah tempoh memulihkan tenaga pada waktu yang sibuk ini.
Walaupun begitu, perubahan pasti dilakukan memandangkan Sergio Aguero akan kembali selepas digantung perlawanan manakala ketua pasukan Vincent Kompany bergelut dengan kecederaan yang dialaminya pada pertengahan minggu.
“Saya mahu kami pulih dengan sebaiknya, berlatih sebaik mungkin dan membuat persediaan terbaik untuk perlawanan di Swansea, untuk perlawanan kami dalam Liga Juara-Juara dan untuk berdepan Tottenham di tempat lawan,” kata Guardiola.
Pasukan tangga kedua Everton bertandang ke Bournemouth dengan azam bangkit dari kekalahan pertama mereka, dalam Piala Liga kepada Norwich pada pertengahan minggu, sejak pengurus dari Belanda Ronald Koeman mengambil alih. -AFP 

Tuesday, 14 January 2014

Ballon d'Or: Ronaldo akhiri dominasi empat tahun Messi

Ronaldo memegang anugerah yang dimenanginya. Gambar: AP

Cristiano Ronaldo menamatkan dominasi empat tahun Lionel Messi apabila memenangi anugerah FIFA Ballon d’Or 2013 di Zurich pada Isnin.

Bintang Real Madrid dan Portugal yang memenangi anugerah tersebut pada 2008 menjadi pilihan ramai untuk mengatasi ayam tambatan Barcelona Lionel Messi dari Argentina, pemenang empat tahun sebelumnya, dan juga bintang Perancis Franck Ribery, yang menjuarai tiga gelaran semusim bersama Bayern Munich pada 2013.

Ronaldo menang dengan undian 27.99 peratus mengatasi Messi (24.72 peratus) manakala Ribery ketiga (23.36 peratus) menurut France Football, penganjur bersama anugerah tersebut bersama FIFA.

“Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya,” kata Ronaldo yang gagal menahan air mata kegembiraan.

“Saya gembira, saya ingin berterima kasih kepada semua rakan sepasukan, semua keluarga saya yang ada di sini.

“Mereka yang mengenali saya tahu berapa banyak pengorbanan yang terpaksa saya lakukan demi mencapai anugerah ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang meletakkan kepercayaan kepada saya dan saya ingin bercakap sekali lagi tentang (legenda Portugal yang meninggal dunia baharu-baharu ini) Eusebio dan (mendiang bekas presiden Afrika Selatan) Madiba (Nelson Mandela) dan memberi penghormatan kepada mereka buat kali terakhir.”

“Tidak diragui, saya berhak atas kejayaan ini, Messi dan Ribery juga begitu.

“Setiap kali adalah berbeza. Tetapi saya boleh katakan Ballon d’Or kedua ini lebih emosional, kerana ibu dan anak lelaki saya (yang menyertainya di pentas) berada di sini.”

Presiden Real Florentino Perez turut memberi penghormatan buat Ronaldo.

“Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan ialah Ballon d’Or selayaknya menjadi milik Cristiano Ronaldo, ia satu pengiktirafan untuk usaha keras, bakat dan keinginan untuk menang setiap hari.”
Bagi Messi, kejayaan Ronaldo tidak banyak membawa perubahan.

“Saya memang ingin memenanginya, bagaimanapun, semangat saya tetap sama untuk berkembang, meningkat dan memenangi kejohanan,” ulasnya menerusi laman twitter Barcelona.

Bagaimanapun, Presiden UEFA yang juga ikon bola sepak Perancis Michel Platini pelik melihat kegagalan Ribery selepas membantu Bayern memenangi semua pertandingan yang mereka sertai.

Bahkan Platini, yang menjuarai Ballon d’Or tiga kali, berkata kebiasaan anugerah tersebut telah berubah sejak diletakkan dibawah penilaian FIFA pada 2010.

“Saya tumpang kecewa dengan Franck Ribery. Tahun depan kita akan kembali dan bakal menyaksikan persaingan dua penjuru Messi-Ronaldo, dalam dua tahun lagi begitu juga dan mungkin juga tiga tahun.

“Saya kecewa kerana selama 50 tahun Ballon d’Or mengambil kira keputusan perlawanan dan trofi di atas padang.

“Di sini kita bercakap tentang nilai global pemain dan itu memberikan masalah.”

Ronaldo menitiskan air mata
gembira.
Ronaldo, yang sememangnya diramal akan menang selepas berita tersebar di laman sosial lebih awal dalam tujuh hari ahli keluarga menyertainya di Zurich dam kelabnya Real menyiarkan majlis anugerah tersebut secara langsung di rangkaian televisyen rasmi dengan menukar program yang telah dijadualkan, menitiskan air mata di pentas ketika menyampaikan ucapan kemenangannya.

Ribery, yang menang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman bersama Bayern musim lepas, sebelum menambah Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia sebelum memasuki tahun ini, sebelum ini menjadi calon utama.

Tetapi lanjutan dua minggu untuk tarikh akhir undian untuk jurulatih, ketua pasukan dan media antarabangsa, yang mencetuskan kontroversi, bermakna mereka yang mengundi boleh mengambil kira hatrik Ronaldo ketika mengatasi Sweden dalam playoff Piala Dunia November tahun lepas.

Itu dilihat memadai untuk mengalihkan kelebihan kepadanya.

Bagaimanapun, dengan 66 gol dalam 56 perlawanan tahun ini – lebih daripada gabungan 65 antara Messi dan Ribery – tidak ada sesiapa boleh menafikan Ronaldo sebagai pemenang yang selayaknya.

Ini merupakan kali kedua dia memenangi anugerah ini dan hadir selepas musim dimana dia gagal memenangi apa-apa, sam ada bersama kelab atau negara, satu situasi tidak biasa buat juara Ballon d’Or.

Seperti dijangka, jurulatih Bayern Jupp Heynckes, yang bersara selepas kejayaan tiga gelaran bersejarah mereka Mei lepas, memenangi anugerah jurulatih terbaik.

Penjaga gol Jerman Nadine Angerer dipilih pemenang Ballon d’Or wanita manakala jurulatih Jerman Silvia Neid menang anugerah jurulatih wanita terbaik.

Ballon d’Or penghormatan khas diberikan kepada legenda Brazil Pele, yang tidak pernah melayakkan diri untuk anugerah pemain terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain kerana tidak pernah beraksi dalam liga Eropah.

Sejak edisi pertama pada 1956 sehingga 2010, Ballon d’Or dianugerahkan kepada pemain terbaik di Eropah dan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA hanya mula diperkenalkan pada 1991, sebelum berakhir pada 2009 untuk ditukar kepada Ballon d’Or.

Zlatan Ibrahimovic menang anugerah gol terbaik Ferenc Puskas untuk sepakan gunting aktobatik menakjubkan dari 40 ela untuk Sweden dalam aksi persahabatan menentang England.

Bekas Presiden IOC Jacques Rogge mendapat anugerah presiden untuk ‘Personaliti Hebat dalam Sukan”. -AFP

Friday, 3 January 2014

Arsenal buru Diego Costa

Diego Costa.

Arsenal dilaporkan sedia membida £32 juta ke atas penyerang sensasi Atletico Madrid, Diego Costa pada jendela perpindahan kali ini.

Penyerang itu yang sudah mengukuhkan tempat di antara salah seorang penyerang terhangat Eropah ketika ini dan Gunners dilaporkan sedia berbelanja besar bagi perpindahan itu bulan ini.

Menurut Daily Star, penyerang kelahiran Brazil itu yang bernilai 32 juta pound dalam klausa dan Arsene Wenger sudah sedia membawa Mesut Ozil bernilai £42.5 juta pada Ogos, kini gembira untuk berbelanja besar sekali lagi.

Mencari seorang penyerang adalah keutamaan nombor satu Arsenal ketika ini disebabkan beban ditanggung Olivier Giroud apabila mengetuai jentera serangan untuk hampir seluruh muism buat Arsenal.

Costa yang pernah diburu Liverpool pada musim panas tetapi pemain berusia 25 tahun ini memilih kekal di Vicente Calderon.

Saturday, 28 December 2013

Lagenda: Ikon terawal Barcelona dari Filipina

Alcantara mendapat digelar 'Si Penghancur Gawang' disebabkan kederasan sepakannya
sehingga pernah dikhabarkan menyebabkan jaring gol bocor.

Pada 25 Februari 1912, seorang pemain berusia 15 tahun 18 bulan yang turun dalam penampilan sulungnya meledak hatrik untuk kelab bola sepak Barcelona menjadikan dia pemain termuda (rekod masih dipegang) penampilan sulung dan menjaring tiga gol dalam kemenangan 9-0.

Pemain ini bukanlah dari negara gergasi bola sepak dari benua Amerika Latin mahupun Eropah tetapi dari Filipina dan namanya adalah Paulino Alcantara.

Sebelum tiba lagenda dan ikon masa lalu gergasi Sepanyol itu seperti Cesar Rodroguez, Hristo Stoichkov, Johan Cruyff, Rivaldo, Michael Laudrup, Ronaldinho, Deco - Alcantara adalah antara bintang terawal kelab Blaugrana.

Antara penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu dengan catatan 369 dalam 357 penampilan, dikira termasuk gol kompetitif dan persahabatan untuk Barcelona.

Jika Lionel Messi kini penjaring terbanyak dalam sejarah Barcelona (dikira hanya dalam gol kompetitif) tetapi kini catatan Alcantara masih belum dipecahkan jika gol keseluruhannya iaitu 369 dicipta di antara tahun 1912 hingga 1927. Rekod ini dirujuk dalam arkib FC Barcelona di sini.

Selain itu, bintang bola sepak pertama dari Asia beraksi di Eropah itu juga memimpin dalam mencitpa rekod dunia dalam kemenangan 17-2 mengetuai Filipina melawan Jepun pada 1917.

Pemain kacukan Sepanyol 
dan Filipina ini memiliki 
369 gol untuk Barcelona.

Fenomena menakjubkan dicipta oleh pemain Filipina berdarah Sepanyol ini juga menjadikan dia ikon terawal kelab dan juga bakat dimilikinya tidak disangkal sebaik menjaring malah dengan tiga gol ketika penampilan sulung pada usia baru 15 tahun dalam perlawanan rasmi - satu pencapaian yang mengagumkan.

Dilahirkan di bandar Iloilo, Filipina dengan ayahnya seorang pegawai tentera Sepanyol manakala ibunya warganegara di tanah kelahirannya, sensasi remaja itu terbukti menjadi tokoh pelopor dalam satu perkara ini. Belum pernah lagi seorang pemain Asia mewakili sebuah kelab Eropah sebelum perpindahannya ke Sepanyol.

Alcantara masih berusia 19 tahun apabila membantu kelab Catalan itu menang gelaran Copa del Rey dan dua Campionat de Catalunyas sebelum kembali di negara kelahirannya selama dua tahun menambah pingat dalam koleksi peribadinya.

Pemergiannya serba sedikit terbukti menjadi kesukaran buat Barca apabila tidak menjulang apa-apa kejuaraan sejak ketiadaannya dan hanya apabila Alcantara kembali semula ke kelab itu zaman emas kelab itu bermula.

Dia bersara pada tahun 1927 untuk menjadi seorang doktor pada usia 31 tahun dan sudah mengumpul 17 gelaran dan pernah mewakili Sepanyol, Catalonia dan Filipina di peringkat antarabangsa dan mendapat gelaran 'El Romperedes' atau 'Trencaxarxes' (Si Penghancur Gawang) ketika bersama La Roja selepas dikhabarkan jaringan 30 ela oleh pemain itu menghancurkan jaring gawang ketika menentang Perancis.

Lagenda kekuatan sepakan Alcantara juga jelas ketika satu perlawanan menentang Real Sociedad pada 13 April 1919, menurut rekod kelab Barca.

Alcantara menjaring 'gol polis' apabila satu sepakan sangat deras dari pemain Filipina itu menuju ke pintu gol   selepas mengenai dan menjatuhkan seorang polis kebetulan berada di atas padang.

Bintang Catalan itu juga menjadi pemain  pertama menulis memoir diri dalam karier bola sepaknya dan satu tugu Alcantara masih berdiri sehingga hari ini di luar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Filipina.

Alcantara ketika bergelar doktor.

Selepas persaraan sebagai pemain untuk menjadi doktor, Alcantara belum mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak apabila berkhidmat dalam lembaga pengarah Barcelona di antara tahun 1931 hingga 1934.

Kelab bola sepak Barcelona pasti belum melupai lagenda ini apabila pada tahun 2012, kelab itu membawa hadia khas buat cucu perempuan Alcantara sebelum perlawanan menentang Sporting Gijon ketika merai ulang tahun ke-100 penampilan sulung pemain lagenda itu untuk Blaugrana.

Tolak semua jaringan "tidak rasmi" Alcantara tetapi dia masih dalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan jumlah 142 gol. Jumlah ini lebih banyak daripada Samuel Eto'o, Rivaldo, Patrick Kluivert dan Hristo Stoichkov dan selayaknya mendapat tempat dalam bukur sejarah kelab bola sepak Barcelona.

Wednesday, 25 December 2013

Lagenda: Fandi Ahmad 'mutiara' bola sepak Singapura

Fandi Ahmad. Gambar: Straits Times

Bekas pemain kebangsaan Singapura Fandi Ahmad dilantik ketua jurulatih kelab bola sepak LionsXII selepas menandatangi kontrak tiga tahun pada pada 7 Disember 2013 dengan pilihan melanjutkan tempoh kepada dua tahun.

LionsXII menang gelaran Liga Super Malaysia tahun 2013 ketika di bawah jurulatih V Sundramoothy.

"Saya gembira dan diberi penghormatan daripada 70 calon lain untuk terpilih dan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Singapura bagi peluang membina kejayaan dicapai oleh V Sundramoothy," kata jurulatih berusia 51 tahun itu.

Fandi adalah salah seorang jurulatih yang dihormati di Singapura dan memiliki pengalaman luas di peringkat domestik dan rantau termasuk liga bola sepak Singapura, Indonesia Belanda dan Malaysia.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Singapura itu dengan anak lelakinya yang sulung, Irfan pemain bola sepak bawah 16 tahun Singapura dan ketika artikel ini ditulis, berada di Chile untuk tempoh ujian memperoleh kontrak profesional.

Kelab-kelab terkemuka seperti Ajax di Belanda, Boca Juniors di Argentina dan Young Boys di Switzerland pernah mememancing pemain berbakat dari negara kecil di seberang tambak Johor itu.

Masih bergelar 'budak kampung' ketika itu, Fandi mendapat peluang dari Ajax tapi ditolak dselepas nasihat daripada keluarganya untuk bermain untuk kelab Indonesia yang lebih dekat. Kelab gergasi Belanda itu dikemudi oleh lagenda bola sepak Johan Cruyff dengan pemain seperti Marco Van Basten, tetapi sebaliknya Fandi memilih untuk bermain dengan sebuah kelab Indonesia, Niac Mitra.

Tetapi Fandi Ahmad mengakui tidak memilih Ajax adalah satu kesilapan besarnya dalam masa yang sama menyatakan gembira di Indonesia.

Mula menunjukkan bakatnya di Liga Galatama apabila membantu Niac mempertahankan kejuaraan dan namanya lebih naik selepas menjaring 13 gol meskipun bukan penyerang utama kelab - dalam posisi penyerang kedua.

Kali ini arena bola sepak Belanda masih mengintai bakatnya dan kali ini Fandi menandatangani kontrak dua tahun bersama FC Groningen, kelab zaman remaja bintang ketika ini seperti Arjen Robben.

Fandi menjadi satu-satunya pemain Singapura yang pernah bermain untuk kelab Eropah secara profesionalnya.
Fandi Ahmad diapit anaknya Ikhsan (kiri) dan Irfan. Gambar: Straits Times
Meskipun kecederaan mengganggu beberapa minggu pertamanya dalam kelab, Fandi tidak perlu memerlukan permulaan awal untuk membuktikan dirinya dan penyerang itu dilihat memberi kerja keras dalam jentera serangan.

Pada awalnya, Fandi bermain di bahagian tengah dalam kejohanan Piala Malaysia tetapi selepas mengisi bahagian penyerang, dia dilihat lebih gemar menjaringkan gol dan ini berlaku ketika 1980 apabila dia menjaring lapan gol walaupun dari tengah, menjadikan kelebihan ini memungkinkan dia dipilih oleh Jita Singh sebagai penyerang untuk skuad kebangsaan Singapura.

"Sukar tahu detik gembira bermula. Tapi tidak susah agak ia sudah bermula," laya H.W. Longfellow merujuk kepada Fandi dan mempamerkan harapan dari peminat Groningen.

Fandi menjaring dua gol dalam penampilan sulungnya dan penyokong mula menggemari penyerang berkulit sawo matang ini.

19 Oktober 1983 pastinya menjadi hari paling diingati apabila Fandi menyumbang membawa Groningen layak beraksi Piala UEFA buat pertama kali dalam sejarah kelab bola sepak itu dan pusingan kedua menentang kelab seperti Inter Milan dari Itali - pasukan yang dibarisi lagenda seperti Giuseppe Baresi, Bergomi dan Walter Zenga.

Umpama kisah dongeng bagi pemain dari Asia Tenggara yang menentang kelab gergasi seperti Inter Milan dengan bersemuka pertahanan kental Itali dikenali dengan Catenaccio. Dalam saat-saat akhir minit permainan, tandukan buang dari Van Tiggelen ditanduk kembali McDonald dan ditemui Fandi yang kemudian menyepak masuk bola melepasi Zenga dan kemudian merai jaringannya dalam kemenangan sensasi 2-0 Groningen ke atas gergasi Itali itu.

Penyokong Groningen merai di stadium itu selepas wira tidak tersangka mereka beribu batu jauhnya melengkapkan salah satu kemenangan paling bersejarah dalam kelab itu.

Fandi kemudian menghabiskan musim dengan 10 gol dan dipilih sebagai Pemain Tersohor kelab untuk musim itu dan selepas walaupun menghabiskan masa kurang daripada dua tahun di Groningen, Fandi mendapat tempat dalam Hall of Fame dan diundi antara 25 pemain terbaik dalam sejarah kelab itiu sebelum kembali ke Asia Tenggara untuk bermain bersama kelab Kuala Lumpur FA.

Mengejutkan, sekali lagi Ajax cuba mendapatkan penyerang itu tetapi gagal dan memori ditinggalkan bersama kelab kecil di Belanda itu walaupun singkat, cukup untuk kesan kepada penyokong Groningen.

Pada 2006, bekas penyerang kebangsaan dari republik kecil di selatan Malaysia itu kembali ke kelab lamanya semasa pembukaan stadium baru dan segera mendapat tepukan bagi penampilannya. Hadir bersama dua anak lelakinya, di stadium yang mana Fandi menjaring gol ketika perlawanan menentang Inter Milan sudah diganti.

Boleh dikatakan Fandi Ahmad adalah pemain bola sepak tersohor dihasilkan di Singapura dan kekal sebagai  wira, dianggap lagenda oleh penyokong di sini dan kini anak sulungnya Irfan boleh mengikut jejak kaki ayahnya sekiranya terus dipupuk.

Tuesday, 24 December 2013

Analisis:Perlawanan ingin menang tapi tidak mahu kalah di antara Chelsea dan Arsenal

Petr Cech cuba menangkap bola ketika bertembung dengan Mesut Ozil. Gambar: AP

Arsene Wenger masih belum menang menentang Jose Mourinho. Ini kenyataan dan sekali lagi jurulatih dari Portugal ini membuktikannya pada perlawanan Liga Perdana baru-baru ini.

Chelsea bertandang ke Stadium Emirates menentang Arsenal dan memperoleh keputusan seri 0-0 yang pastinya membuka ruang kepada pasukan lain (Manchester City, Liverpool, Everton misalnya) dalam lima kelab teratas selain Gunners dan Blues.

Walaupun Chelsea masih belum mencapai kekuatan seperti ketika musim 2005/06, Mourinho menggerakkan pasukannya dengan cara hampir serupa dengan memakai corak bertahan kukuh dengan 8 atau 7 pemain di belakang bola, perkara yang menjelaskan kenapa Wenger tidak pernah menewaskan Mourinho dalam liga. Ironiknya, Mourinho hanya menang dua perlawanan liga daripada tujuh menentang jurulatih daripada Perancis itu.

Kesebelasan utama utama Arsenal (kiri)
dan Chelsea. Foto ehsan Skysport

Arsenal menguasai 61.4 peratus bola tetapi dalam bola sepak, keputusan perlawanan diterjemahkan menerusi gol. Tetapi Mourinho sedia maklum penguasan bola tidak terlalu penting dan mengimbangkan pasukan kendaliannya.

Strategi Chelsea malam itu berkesan apabila Arsenal yang menguasai bola memiliki 7 cubaan manakala Chelsea yang bermain lebih waspada memiliki 13 cubaan. Cubaan Arsenal untuk mencorak permainan di bahagian kotak musuh kurang berkesan disebabkan taktik bertahan Chelsea apabila barisan pemain Blues yang ramai memaksa Gunners menghantar kembali ke belakang.

Arsenal terdedah dengan serangan balas Chelsea - perkara yang menjadi ancaman pasukan dari Stamford Bridge malam itu dan dua peluang jelas ketika counter attack apabila mula-mula sekali cubaan Frank Lampard terkena palang dan kedua ketika Willian menyepak rendah bola di sekitar ruang ditinggalkan Bacary Sagna.

Secara keseluruhan, pertahanan Arsenal masih memberangsangkan dan Thomas Vermaelen kembali mengetuai Gunners dan Mikel Arteta sedikit mengalami kesukaran di bahagian pemain tengah bertahan apabila Aaron Ramsey lebih ke depan dengan cuba mencari hantaran penting atau larian gol. 

Arsenal ada detik berbahaya apabila Sagna membuat hantaran berbahaya yang dikejar Ramsey tetapi tersia-sia dan pemain Wales itu masih bergerak seperti apa yang dilakukannya sepanjang musim ini memaksa Tomas Rosicky memenuhi ruang ditinggalkan Ramsey.

Chelsea berada di tangga keempat manakala Arsenal di tempat kedua, sama mata dengan Liverpool dan berada di belakang kerana perbezaan gol.

"Kami boleh perbaiki keputusan dnegan mendapatkan keselamatan (pertahanan) lebih baik apabila terlepas penguasaan bola," kata Mourinho minggu lepas dan berjaya membuktikannya malam itu.

Dan selepas perlawanan itu Mourinho berkata: "Ini adalah pertempuran taktikal. Arsenal mahu menang tapi tidak ingin kalah dan Chelsea juga ingin menang tapi tidak mahu kalah."

Arsene Wenger menyebut perkara yang hampir serupa dan Arsenal ternyata melepaskan peluang untuk memintas Liverpool di puncak dalam perlawanan yang dari segi teorinya memihak kepada Chelsea.

"Bahagian terakhir perlawanan itu kami patut menang. Mereka datang sini dan bertahan dengan baik dan hentam kami ketika serangan balas. Awal perlawanan kami sedikit nampak kurang kemas tetapi kami mengawal perlawanan pada separuh masa kedua dan patut menang."

"Apabila anda tidak dapat menang satu-satu perlawanan, jangan kalah dan itulah yang kami telah buat. Itu kenyataan yang kuat tapi lepaskan dua mata di tempat sendiri. Kami sudah bekerja keras."

Monday, 23 December 2013

Mackay ramal dipecat dalam masa terdekat


Malky Mackay meramal akan dipecat dalam masa terdekat ini.

Pada Isnin, pengurus Cardiff City itu mengesahkan laporan dia menerima satu emel dari pemilik kelab Vincent Tan sebelum perlawanan menentang Liverpool dan memberitahunya untuk meletak jawatan atau dipecat.

Mackay ditekan oleh Tan untuk
meletak  jawatan.
Gambar: AP

Cardiff kemudiannya menerbitkan sebuah kenyataan pada Ahad mengesahkan Mackay akan kekal sebagai pengurus dengan dialog dirancang di antara pengurus dari Scottland itu dengan Tan.

Dalam sidang berita 24 jam kemudian Mackay berkata: "Saya rasa akan dipecat hujung minggu ini. Emel itu memang benar-benar mengecewakan saya.

"Saya sebelum ini enggan meletak jawatan dan agak akan dipecat hujung minggu ini. Peminat beri tepukan (di Anfield, sesuatu yang saya ingin lakukan bagi sokongan yang telah diberikan kepada saya.

"Saya tidak tahu jika kami boleh berunding. Mehmet (Dalman, pengerusi Cardiff) melakukan benda ini dalam tiga bulan seperti saya juga.

"Ada beberapa perkara perlu disebut, juga ada tertulis dalam emel. Saya akan tahu apabila bertemu nanti."

Pages